Sunday, February 17, 2008

Faktor masa

Salam,

Nota: entri dibawah ini telah ditaip pada malam Ahad, dan disambung sedikit pada pagi Ahad ini.



Malam ni curi masa lawat blog kengkawan. Tak sedar, hampir satu jam rupanya kaklong ronda2 blog kawan2 mana yang sempat plus buat entri ni. Lama tak duduk macam ni untuk blog hop. Tapi pergi mana yang sempat ajelah. Macam2 cerita kawan2 yang kaklong ketinggalan. Terkini, takziah pada KV dan family atas pemergian arwah bondanya yang tersayang. Al-Fatihah.



Barangkali ada yang terfikir, susah sungguh ke kaklong nak bertenet sekarang di waktu siang hari terutamanya? Memang susah.



Jadual kaklong, hari2 keluar pegi kampus, naik LRT dan bus. Macam orang pergi kerja tu. Biasalah naik pengangkutan awam ni, mmg banyak ambil waktu kita. Biasa sampai dalam kampus antara jam 9 pagi lbih - jam 10 pagi. Lepak kat perpustakaan cari bahan. gedebak gedebuk buat itu ini, termasuk memfotostat bagai, curi masa makan tgh lagi, maka jam 2.30 ptg kaklong dah kena standby tunggu bas nak keluar kampus utk ke stesen lrt. biasanya jam 3 dah naik lrt. lebih kurang 3.30 ptg sampai destinasi perhentian. pastu berkejar nak naik bas rapid ke tmpt kerja suami pula. biasanya lagi 5 atau 10 minit jam 4 ptg baru sampai tpt kerja suami. daripada sana, kami ke sekolah, taski n nurseri anak2 ambil depa.


Biasanya sebelum 5 ptg kami dah sampai rumah, tapi kalau singgah beli barang or kuih muih, atau suami masih ada kerja, 4.30 prg baru kami ke sekolah anak2 dan lepas 5.30 baru sampai. Masuk rumah, terus buat kerja rumah pula. Kalau penat sangat, rehat jap. Kalau rasa ok lagi, mmg buat kerja rumah tak berhenti. Nak tgk tv sakan macam dulu pun tak berani. Tapi tulah, kerja rumah tak pernah habiskan..tenaga kita pula terhad. Suami pula jadual malamnya mmg banyak kat luar. Balik pun lewat. So, banyak kerja rumah mmg kena buat sendiri. Tapi kaklong tak mo paksa diri, buat mana yang larat. kalau tak boleh meroyan, ngan anak2 lagi. mana nak sempat bertenet berjam2 waktu malam hari?


La ni, jam 10 malam mmg dah boleh masuk tidur (pernah 9 mlm lebih tertidur dah), penat sangat2 lah tu, kalau tak boleh tahan mata sampai jam 12 malam wlwpun penat. Nanti pagi2 esoknya, jam 5.30 pagi lebih kurang, dah bangun. Paling lewat 6 pagi. Atau tidur jap lepas maghrib, pastu bangun buat apa yang patut. La ni ada jadual baru, masakkan bubur nasi Asmaa sebaik bangun pagi. Dah seminggu dia mula makan bubur. Skrg ni dah tak jual ke nestum utk 4 bulan? Setakat yg kaklong jumpa, semuanya utk 6 bln ke atas. Kat hypermarkets pun tak de utk 4 bulan. Ada sesapa tau kat mana boleh jumpa nestum 4 bulan? tulah sebabnya kena masak bubur nasi asmaa. pas tu kena sejukkan kejap dan blender halus siap2 utk dibawa ke nurseri.


Mesti ada yang bertanya..tak baca buku ke kat rumah waktu malam? hehee..anak2 kaklong dan kerja rumah adalah 'buku2 kaklong'. sesekali ada ruang masa baru dpt baca.


Tu sebabnya kalau kat kampus kaklong betul2 gunakan masa tu cari bahan.Bukannya tak de pc n internet dlm lib tu, ada. Bukannya tak de makmal komputer, ada. tp kaklong tak leh nak blogging memanjang. faktor masa tu penting buat masa ni. Lagi satu, ramai student nak guna internet gak, sedangkan pc terhad. Tu tak boleh nak guna pc lama2. Rugi p library tapi tak leh nak access bahan banyak2. Dan kaklong belum ada rezeki nak beli laptop masa ni, kalau tak bolehlah bertenet daripada mana2 tempat yang ada tawarkan wayarless internet tukan, hatta dalam kampus sekarang pun mmg ada kemudahan tu.

Kaklong tak boleh nak lepak kat lib. lama2 sampai malam sekarang ni, sian kat anak2 terutama Asmaa yang masih breastfeed. Yap, kaklong buat susu perah dan bekalkan. Tunggulah Asmaa dah setahun kot, mungkin boleh balik lewat sikit.


Dan mesti ada yang pelik, panjang lebar entri kaklong kali ni. Ini pun tadi baru terjaga tidur, curi tidur lepas maghrib. Bawa asmaa tidur sama. Anak-anak yang lain berjaga. Penat badan giler2 sangat. Rehat jap, sambung buat kerja rumah. Kaklong tak masak sebab mak dah bekalkan nasi dan lauk. Siput sedut masak lemak cili api you.... Pagi - petang Sabtu ada kelas. Balik naik lrt dan bas sampai ke rumah. Suami dan anak-anak pula duduk rumah mak kaklong. Husna dan Aiman ada sekolah ganti hari Sabtu. Biila kaklong balik rumah, baru suami dan anak2 dapat balik rumah. Mana taknya, kunci rumah suami tertinggal pada kaklong masa kunci pagar, lupa kaklong nak serah kat dia lepas kunci pagar tu. Tu yang suami tak dapat nak bawa anak2 balik rumah awal.
oklah. stop dulu, kerja rumah dah menanti tu...(oh, ni pagi ahad pula).

20 comments:

KV said...

kak long. epi belated besday!
Tu lah kan, bizi je ngan mcm2 hal. Tenaga kita hgk terhad. So, rumah sepah2 n kain bertimbun, kv buat2 tak nampak je. Nak2 plk, kalo kita kemas, sekejapan je dan semak balik. Panas hati jd nya. Huhu

FaEzHussain said...

KL,
I am so amaze with ur level of energy. tabik tabik.
saya ni pun, anak baru 2, dah tercungap2 ni, nak handle study, handle rumah lagi.
Memang KL terrer lah.

btw, birthday KL sama dgn birthday anak 'bongsu' saya dan new cousin dia. Happy belated birthday ye.

Bunga Rampai said...

Salam Kaklong,

Oh, sungguhlah Kaklong sibuk sebagaimana yang dikata tahun lepas bahawa tahun ini tahun sibuk buat Kaklong.

Kagum dengan kebijaksanaan Kaklong mengatur masa. Syabas!

yusztiey said...

salam...hepy besday
tbik222 kat k.long dapat urus keluarga dgn sempurna n baik...memang k.long bz tul tapi sempat lagi tu nak brn3..saya ni makin tak sempat..camner nak sempat asal kita buka jer kom..budak2 ni dah kalutsuh psng diorg puyer citer..tak bagikan hancus umahdiorg wak mainan semua brg..nak jalan loni sejuk..tak sanggup nak kuar umah..

AppleB said...

salam kaklong,

wahh kaklong sangat hebat gitu. macam superwoman. kalo sayalah, dah lama give up ahhahaahhaah. saya respek la dgn kecekalan kaklong.

Zareda Norman said...

syikin
dah makan siput sedut.. aikkss pantang dulu.. siput tu sejuk, belum pun 6 bulan lagi bersalin kan. Zar ni dah dekat setahun setengah masoh dok pantang lagi siput sedut tu.. padahal meleleh air liur tu.. hehehhe

tak apa syikin, bersusah susah dahulu kan..

aNIe said...

Kak Long...happy belated Birthday...eh!! ari tu akak ada sms kaklong...tak tau lah kaklong dpt ke idak.

Tabik kat kak long yang boleh buat macam2 biarpun ada anak kecik yang breastfeeding lagik...belajar...buat kerja rumah...jaga anak2...memang macam superwoman..

ILA said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

salam buat akka tercayang;)
tak pe lahhh...faham gitu..
almaklum sdang mgejar cita2.mesti ada perkara yg perku di korbankan.

tuii takkk??

wasalam..
dari adik akak..
(sndiri tau;) )

zino said...

ada kala nya kira banyak masa free dan selalu nya penuh dengan aktiviti..

itulah rutin harian..

Mak Su said...

penat nampaknyer tu

cikdinz said...

kak long sambung belajar kat mana.
full time ke...

MAMAMIA said...

Masa Kak Long memang terhad... Tak pa kalau tak sempat berblogging, sekarang time for you to concentrate on your studies & family. Akak faham....

Ummi said...

salam,

tabik spring ummi dekat syikin. kalau ummi mau meraung penat. rasa ummi belajar lagi penat dari bekerja. bekerja abis kat situ je, esok sambung balik tapi belajar tak abis2.

ummi baru baca email syikin semalam setelah 3 bulan email ummi ada problem. thanks untuk nasihat. ummi cool aje. sejuk aje macam ais. tak de cepat melatah dan sentiasa positive. :) syukur kepada Allah kerana bagi ummi kesabaran yang teramat sangat. :)

Qaseh Bidadari said...

kak long,
bersusah dulu..bersenag kemudian...besar pengorbanan kak long pada keluarga..mama harap mama pon akan setabah dan sekuat kak long...

Anonymous said...

huhu..saya bleh bayangkan betapa sibuknya akak hari2..insyaAllah, semua pengorbanan tu akan berbaloi..

RaFFLeSiA MeRaH said...

hepi besday kak...ari tu bz sgt, x sempat nak wish kat akak...apepun moga tuhan beri keberkatan pada akak sekeluarga dan bahagia selamanya.....

silversarina said...

Baca kak long kena naik lrt dan pelbagainya pun dah rasa letih.... tak pe muda lagi masih banyak energy dan sihat... way to go kak long :)

Angah said...

Untuk bubur Asmaa itu... ye gunakanlah cara angah memasak untuk 2 anak angah... Gunakan la slow cooker 0.6 liter. Campak segala benda dan masuk tidur, sok pepagi bubur yang sangat smooth akan siap untuk dibawa ke rumah pengasuh.

cikdinz said...

study smart hah.....