Monday, June 23, 2008

Selamat Harijadi Huda Nasriyyah

Huda, bergaun pink. Awat tegak macam askar tu yang?

Salam,


Pagi Sabtu (21 Jun) lepas, Kaklong rasa macam ada sesuatu aje dalam hati. Duk terfikir bila agaknya besday budak ni..Bila 21 Jun ? Kaklong pun pi tengok kalendar..laaaaaaaaaa, hari tu besday Huda rupanya. Kaklong pun announced kat Huda yang baru aje bangun tu, duk terpisat2 lagi landing kat ruang tamu. Bagitau dia yang hari tu dia dah 5 tahun!!! Siap nyanyikan happy besday untuk dia lagi (biarpun suara umminya mcm itik time nyanyi..). Eh, tersipu2 dia bila dapat tau besday dia hari tu.



Kaklong pun suruh dia call mbahnya (mil) dan mak kaklong bagitau haritu dia besday dia. Memang happy cik mek tu. Senyum memanjang satu hari. Sepanjang satu hari tu, asal ingat aje dia tanya kaklong balik, confirm kan yang dia dah 5 tahun kan? Yaaa..itulah jawab ummi. Hmm..itulah budak2kan?



Apa hadiahnya? Tak de. Ada kek? Tak de. Sempoi gitu aje? ya... Tak celebrate tak pe, yang penting kasih sayang kaklong tak pernah berkurang...



Dan buat kaklong, 5 tahun dah Allah amanahkan Huda untuk kaklong didik dan pelihara, apa yang dah kaklong lakukan untuk dia setakat ini dan sehingga akhirnya? Moga kaklong ada jawapan untuk itu bila ditanya ttg amanah ini di akhirat kelak.


Happy besday Huda. Seperti biasa, ummi doakan segala yang terbaik dalam hidup Huda.



**********************
Cerita lain. Kesian Alia, kena chicken pox..Daripada kulit kepala hinggalah ke tapak kaki naik bintik2 cecair tu. Style dia, keluar benda alah tu baru demam. Apapun dia memang kuat, tak meragam. Tengok dia macam orang tak demam. Badan suhu 38 darjah pun boleh terkinja2 main lagi.Sib baik dia tak teruk menggaru. Ni dah hari ke 6. Bintik2 tu ada yang dah kering, terpecah sendiri pun ada. Alahai, harap2 tak berbekaslah. Sian kalau berbekas.

Perkembangan Asmaa. Dia dah berjaya menaiki tangga hingga ke tingkat atas rumah. 17 anak tangga! Rajin Husna jadi bodyguard dia masa dia naik tangga tu.

Tahniah buat p-nut yang dapat baby girl baru2 ni :). Moga baby dia cepat membesar dan sihat walafiat.

14 comments:

Anonymous said...

hepi besday buat huda. Anak saya 1 Julai ni..dah tak sabar2 nak tunggu besday dia... dia kata, nape besday dia lambat sangat..hehehe.

Syikin, tgk email tak?

Zareda Norman said...

happy birthday buat huda.. semoga membesar menjadi anak yang solehah dan kebanggaan ibu bapa..

Alinlai said...

hepi b'day huda :) panjang umur murah rezeki insyaAllah

KAMATO said...

Salam ulang tahun buat Huda, moga sentiasa diberkati dan diberi kesihatan sewajarnya

Maryam said...

sanah helwa untuk huda... semoga huda jadi anak solehah yang taat pada allah, berbakti pada ibubapa dan agama..

untuk alia, syafahallah :)

Mak Su said...

:D

hepi besday buat anak kaklong ke 5 tahun, take care utk yg kena chickenpox tu, dan lagiii take care buat yang baru pandai naik tangga tu

MOKCIK AZWA said...

Happy belated Birthday buat Huda, semoga sentiasa dirahmati Allah SWT dan menjadi anak yang solehah...aminnnn

HAPPYIRFA said...

salam kak long..
sampaikan salam pd besday girl.semoga menjadi anak yg baik dan berguna pd ibubapa agama dan bangsa.amin

RaFFLeSiA MeRaH said...

slmt hari lahir buat huda...dah besar dah anak umi ni yerrr, mudah-mudahan jadi anak yg solehah bila besar nanti....amin....

Puteri Satu said...

hepy belated besday tuk huda...dah lama tak jengok blog akak nih...bila akak saya citer pasal akak..baru teringat...salam untuk akak...

zino said...

hadiah tu tak penting..(kalau dapat ok jugak..) tapi ingatan tu ..

zino said...

oops lupa nak wish happy birthday huda.. semuga menjadi anak kesayangan dan kebanggaan ibu bapa..

Bunga Rampai said...

Selamat Hari Lahir buat Huda - semoga membesar sebagai wanita berhemah menjadi kebanggaan keluarga dan agama.

cikdinz said...

hepi besday buat huda.
semoga menjadi anak yg solehah..