Wednesday, September 24, 2008

Salam Ramadhan...

salam semua,



lamanya kaklong menghilang..kemana?

ada, kaklong ada

tapi kemana?

ada kat rumah

tu nape tak blogging?

sebabnya pulun menulis tesis, bab 1..first draf la

tu la pasal senyap

bayangkan start pulun masa last entri bulan 7 ari tu sampai la ari ni, dah 2 bulan lebihkan?

dapat supervisor yang aktif, dia nak tengoklah hasil kerja kita secepat mungkin

jadi, siang tadi dah hantar pada supervisor

malam ni rehat jap, tu yang masuk blog sebab itu janji diri sendiri yang akan buat entri bila dah submit draf tu.

tapi esok akan mula sibuk balik, lepas ni tak tau bila masuk balik

selama ni kaklong tau ada komen entri masuk melalui email aje..

oh ya, anak-anak kaklong sihat semua. Alhamdulillah, takat selsema batuk sikit2 tu adatlah. Dan Asmaa dah 11 bulan. 30 September ni nanti dia 1 tahun genap. Oh..banyak dah aktiviti dia, antaranya dah join ahli kelab punggah (suka keluarkan lipatan kain baju daripada laci, ahli kelab sepah rumah. Dia lum pandai berjalan lagi, tapi meniti jalan sambil memegang tu dah lajulah, dah lepas naik tangga rumah sebanyak 17 anak tangga tu dan gigi baru tumbuh 2 batang.

Ada yang mengecat rumah? pagar rumah? pintu gate? biskut raya amacam? den ni nan ado..biskut tesis adalah, huhu. Bak kata sahabat, Dr. J, study first!!!

Oklah..RAMADAN KAREEM buat semua.

Terima kasih masih sudi jenguk-jenguk kat sini hinggakan ada yang bertanya sibuk atau tak berupdated blog ni..amat dihargai

Mohon ampun pada kalian kalau ada salah silap dan entri-entri kaklong selama ini menyinggung hati kalian.

Selamat menyambut lebaran aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sementara mereka masih ada ni, hargailah kehadiran mereka di dalam kehidupan kita, kerana belum tentu esok dia bersama kita lagi.

Wassalam

12 comments:

Anonymous said...

salam,
Alhamdulillah, dah melepasi 1 tahap. chaiyok2...selamat berpuasa utk 5 hari terakhir ini. Semoga dalam keberkatan Allah selalu.

Cik Sar said...

selamat hari raya kak long...Berhati2 di jalan raya.

Qaseh Bidadari said...

kak long,selamat hari rayo ye..maaf zahir batin..

zino said...

ooo patut senyap yo.. ada tugasan rupanya.. teringat masa zino sediakan tesis dulu siang malam tak tidur maklom lah last minit baru nak taip hehe.. masa tu mana ada komputer.. guna mesin taip..

bila salah taip haru biru jadi nya.. hehe..

silversarina said...

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

KV said...

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

MOKCIK AZWA said...

Syikin...lama betoi menghilangkan diri. Ingatkan dah pencen berblogging hahahaha...

wokey..caya la dah abis first stage. Sama la Asmaa ngan hadi azwa tu..bulan syawal nanti genap setahun la dia.

Selamt hari raya maaf zahir batin Syikin ya.

Irfa said...

salam kak long..
SELAMAT HARI RAYA..

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri Kak Long dan keluarga. selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

Selamat hari raya, maaf jika ada tersilap kata atau terkasar bahasa ya

Anonymous said...

bravo kak long! dah siap 1st draft tu... :D tumpang gembira...

ayah saya pun sibuk ngan phd dia.. huhu..

selamat hari raya kak long! nak biskut raya? :D

Sidek & Salwa said...

Salam aidilfitri syikin...

saya pun hilang mood nak berblog... betullah kalau nak start buat tesis ni tak boleh cam[pur aduk berblog...saya pun terpaksa tinggalkan blog buat sementara...ti baru master....nak buat prpposal p[un dah pening dah....