Hari ni kaklong masih tak ke perpustakaan. Asmaa nampak beransur sihat sejak petang semalam, tapi kaklong nak bagi dia rehat lagi kat rumah dan esok ke nurseri, InsyaAllah. Betui la agaknya dia demam nak beralih bulan kot :). Hujung bulan ni masuk 6 bulan. Terima kasih mendoakan Asmaa kembali sihat.
Hmm..kecoh betul pagi ni anak2 nak ke sekolah. Aiman sejak semalam tak jumpa songkoknya. Mana dia salah letak, tak taulah. Kaklong cuba cari pun tak jumpa. Sian gak kat dia. Tapi memang nak kena cari lagi. Huda pulak, entah kenapa sejak awal pagi sensitip. Waktu mandi menangis, sampai hilang sabor kaklong dibuatnya. Katanya sakit, bila tanya apa yang sakit, dia tunjuk lengannya. Tapi tak de apa2 pulak kesan gigitan ke apa. Sib baik Alia sporting time mandi ni, ok aje, biasanya dia yang lebih kerenahnya. Husna pula sibuk ngan t-shirt sukannya. Kaklong suruh cari sampai jumpa. Bukannya tak de ada. Ha, jumpa gak dalam almari dia. Pastu, Aiman datang mengadu baju sekolah dia tak de pulak. Aikk..rasanya ada 4 helai dah bergosok lagi dalam almari tu. Rupanya dia salah letak, dah dua helai dia keluarkan daripada almari, dua2 salah letak. Sabor ajelah. Sudahnya jumpa jugak. Aman kejap.
Pastu dah nak pergi sekolah, tak semena2 Huda berebut nak bawa botol air abgnya..Sampai menangis melalak lalak. Ya Allah..geram betul. Ayahnya duk sabar2 pun hilang sabar jadinya. Memang kaklong tak bagi Aiman mengalah, suruh aje Aiman bawa botol airnya tu. Botol air Huda ada, tapi dia tak mo bawak. Dia berkenan ngan botol air mineral water abgnya gak..Kaklong pesan kat Husna suruh beli air mineral water, supaya esok Huda boleh bawa botol air tu.Tak nak pulak si Huda. Akhirnya Huda mengalah dalam tangisan. Mana taknya, ayahnya cakap kalau tak berhenti menangis, tak yah ke sekolah. Dia masuk dalam kereta aje minta susu pulak. Ayoyo..dah nak pergi ni. Eiii..geram geram. Yang si Alia pula, ayahnya dah hidupkan enjin, tiba2 dia perasan kaklong tak bersiap. Dah menangis tak mo ke sekolah. Nak ikut ummi katanya. Ya Tuhan...memang kaklong bertegas suruh dia pergi gak. Dia masih tak mo bergerak daripada muka pintu. Kaklong basuh botol susu Huda dan masukkan air teh. Dah siap tu, dukung Alia masukkan dia dalam kereta. Sempat lagi tu berebut tempat duduk ngan kakak Hudanya yang baru nak 'cool'. Dia nak duduk tengah, tempat feveret dia. Cembeng balik menangis. Dah..kaklong malas nak layan. Terus tutup pintu kereta.
Dan bila suasana kembali aman? Bila ayahnya pandu kereta keluor drp laman rumah..fuhhhh lega.....Tak taula apa citer pulak depa tu on the way ke sekolah.
Psst..nak gosip pasal politik plak. Sian ler pulak tgk ex MB Perlis tu. Tak pelah, takat itu aje Allah izinkan dia jadi MB. Allah nak suruh dia rest la tu. Biarlah orang lain pula yang jalankan tugas. Mana tau ada rezeki lebih baik drp jawatan MB ni. Kalau kita buat kerja kerana ALlah tu, insyaAllah, apa2 hal yang berlaku, terutama perkara yg mendukacitakan hati, kita akan belajar rasa redha dan akan fikirkan hikmah disebaliknya.
14 comments:
aha...
saya paham sebab akak anak ramai..mmg begitu le kerenahnya..saya yang 3 nih pun, dah kelam kabut..cam ptg marin, lepas unload si kakak dan abang, angkat baby plak..letak baby jap, potongkan kek sbb nak bagi kat jiran..yang si baby dah nangis nak suh dukung (dia terberak..suh cuci lee..) yang si abang plak melalak nak susu..adeeehhh...malam pun gitu..bbay yg dlm buai tu melalak tak hengat, si abang plak berak..kena cuci dulu..meraung la si baby..huhuhu...rasanyalahkan, kalo bleh, nak le tgn nih ada byk..then bleh jadi cam plastikman, tgn bleh panjang sampai ke dapur...hihihi...
bercerita pasal songkok ni syikin, anak Am baru hilang songkok keduanya dalam tahun ini, ingat masa lunch nanti Am nak pergi songkok dia.
Bila ditanya jawapannya sentiasa "Tak Tahu"
budak2 kalau x bergaduh sesame adik beradik, x syok pulak kaklong, rasa x meriah lak suasana umah tu...tapi jgn la kerap sgt pulak kan...hehehe...sian kat dato'negeri perlis tu yerr...mmm, kan rezeki dia...
ada sekali hubby mak su tanya, korang ni bising pot pet pot pet bila nak senyap. mak su cakap, senyap ler nanti bila tinggal kita berdua-duaan je kat rumah ni. anak pulak tanya, mak, mak nak hantar kami kat rumah orang lain ker? mak su trus terdiam, tak reti nak cakap dah. gituler gamaknyer kisah rumahtangga org yg byk anak... tapi ai laik... nanti later2 sunyi sepi takut meleleh je airmata berteleku kat tepi tingkap ek.
mb perlis tu sungguh kesian kan?
siannya asmaa'... bila nak jumpa asmaa' ni... bawak aje lah ke uia :D
Salam syikin...lama tak dapat menjenguk ke blog kenkawan. La ni baru ler dapat berblogging kembali walaupun agak bizi jugak ngan kijer2 kat opis baru ning.
Kesian Asmaa demam ek. Skang ni musim demam kut, baby Hadi pun baru baik dari demam. Batuk dan selsema sampai kena jangkitan. Tidur tak lena dan takmo menyusu...lepas makan ubat baru la dia dapat lena. Cucuk utk bulan ni kena tangguh la nampaknya tu.
Asmaa dah bleh merangkak dah ke?
memang huru hara kalau bebudak nak pi sekolah kan.. zar yang sorang ni pun riuh rendah.. yerlah mana maknyer nak pi opis mana anaknya nak pi sekolah..
wah bisnes sakan... :) alhamdulillah murah rezeki
kelam kabut kalau dah ramai masih kecik lagi semuanya... tak pe cabaran tu akan jadi kenangan manis bila semuanya dah besar nanti..semua akan ketawa bila teringatkan kisah mereka masih kecil...
cheers !!
ex-MB Perlis tu boleh dah rehat sekarang... yang terengganu ni masih tak de MB ..penin penin .
demam nk tumbuh gigi ke asmaa :D
Bila nak2 besar nanti, baru datang manis dia
mb perlis tue sangat kesian..takder rezeki kan..nak buat mcm mana..tapi apa apa pun pAS dah amek kedah..hehehe
kesian shahidan kasim.. mungkin rezeki dia tempat lain pulak.. dia pon baik orgnya
Post a Comment