Thursday, March 27, 2008

Demam Viral

Salam,

Terima kasih suruh kaklong makan ubat dan doakan cepat. Syukurnya kaklong tak demam, cuma rasa badan demam. Periksa suhu badan, tak sampai 37 drjh pun. Tapi, memang lain macam masa tu, telan gak panadol pagi dan petang, syukur ok lepas tu.

Alia dan Asmaa pula kena demam viral dalam minggu ni. Ala demam yang keluar bintik2 merah tu, tapi bukan measles atau chicken pox. Asmaa kena dulu dan Alia berjangkit daripadanya. Syukurnya Asmaa dah kebah demamnya pagi ni. Alia masih demam lagi.


Kesian plak kat Alia, dia missed nak join sukan Taskinya esok (JUmaat), walhal dah siap beli kasut sekolah tu. Tak de rezeki la Alia. Tahun depan ek, insyaAllah.


Oh ya, Ahad lepas, Aiman bawa pulang 2 hadiah sukan sekolah. Pasukan dia dpt tpt k 3 dlm 2 acara. Seronok tengok dia happy dengan hadiahnya tu. Husna pula tak de rezeki nak rangkul apa2 hadiah.

Oklah, tak de apa nak laporkan ni. Hajat hati nak masukkan gambar2 masa sukan sekolah anak2 ari tu, nantilah. Tak de mood ni. Letih pun ya. Mengantuk menunggu orang antar gas tak datang2.

hmm..entri boring ari ni. Nak citer pasal isu politik terkini pun mood tak de. Wassalam

8 comments:

silversarina said...

kat sini pun ada jugak yang kena demam ni sampai ada yang kena kuarantin sebab takut demam denggi...

kaklong pun kena jaga kesihatan jugak, kena rehat bila rasa tak sihat tu... take care !!

ShalinzZ85 said...

la..kesiannye..kalo kat gombak nie,kejap panas, tetiba plak hujan.mmg tak menentu..tue kadang2 demam kan?kalo panas tue,hanya tuhan ja yang tahu,panas sampai tak larat nak bukak mata..kalo hujan rasa cam nak tido je..huhuhu..apa pun,semoga akak sekeluarga cepat sembuh ye..

YuszTieY said...

alahai...siannya kalu budak22 yg kena demam ..kita yg sihat ni pun boley jadi letih dok layan diorg yg tak sihat..
sianya kat alia tak dapet main sukan yoo...tak per la thn depan ader lagi yer dik

MAMAMIA said...

Anak-anak akak pun baru sembuh dari demam, & selsema. Sekarang batuk pulak. Macamana nak cepat baik betul, asyik nak makan aiskrim aje...

Sek dia org baru nak adakan sukan.

Take care Kak Long.

MOKCIK AZWA said...

Salam

La ni memang musim orang demam...cuaca agaknya yang tidak menentu membuat kita macam tu.

Syikin...azwa berada kat Bangi la nie tengah kursus. Monday haritu dok batu caves tumpang rumah my sis kat jln pinggiran tu... berangkut ngan baby n my mom sekalik...huhuhu

Bunga Rampai said...

Salam,

Sekarang musim demam Kak Long. Denggi pun sama. Banyakkan rehat dan minum air banyak-banyak.

Lepas sihat nanti boleh sembang-sembang politik :)

Alinlai said...

ingatkan asmaa nak dpt adik lagi ;) apa2 pun take care ye ummi, jgn lupa makan ubat :)

Mak Su said...

alahai, siannyer tak dapat gi sukan.