Kawan-kawan,
Hari ni, genap 3650 hari kaklong bergelar isteri. Ringkas cakap, dah 10 tahun kaklong bergelar isteri. Tahun 1998 dulu, pada hari ini dalam sejarah, 19.4.1998 kaklong selamat bergelar isteri.
Dulukan, masa belum kahwin, masa tengah belajar di kampus, ada belajar subjek kekeluargaan Islam. Wah..nampak senang aje bunyinya nak jadi suami isteri ni. Nampak semuanya ideal. Tinggi melangit berangan nak jadi isteri solehah. Tapi, bila dah kahwin ni, baru tahu susahnya nak bergelar isteri solehah.
Percayalah, tidak ada hari yang kita buat pasangan suka sentiasa. Tidak ada hari yang kita tak pernah buat dia kecewa. Tidak ada hari yang kita tak buat dia marah. Ini semua menguji cinta dan sayang kita dan dia. Tak yah fikir jauh, bagi anda yang bercinta bagai nak rak tu, pergi dating hari2 tu sampai tak ingat nak balik cepat hingga menyusahkan hati mak bapak, mesti ada bergaduh, bertekakkan? Orang zaman sekarang bercinta daring, siap tampar menampar, tengking tengking pasangan depan public. Buat malu company aje. Itu baru bercinta tu, belum berumahtangga lagi. Ha, inikan pula kita dah duduk serumah dngn dia, sebantal, sekatil, seselimut, sepinggan, secawan dan lain2 lagi yang se tulah. Pendek kata, hari2 duk tengok muka pasangan kita. True colour masing-masing memang crsytal clear. Ingatlah, peribadi dan akhlak kita tak sempurna, tapi kita kena sentiasa perbaiki diri dan hubungan suami isteri, menambah perasa moga seimbang rasa manis, masin dan pahitnya. err..kalau boleh jangan rasa pahit tu terlebih. tak best!!!!!!!! Masin pun jangan terlebih, tak best!!!!!!!!!!Tapi manis terlebih tak pe, tak kena penyakit kencing manis..sbb kita akan lebih harmoni ngan keluarga kita.
Dan benarlah sabda Rasulullah bahawa rumahtangga adalah medan jihad seorang isteri. Kalau lelaki, jihadnya adalah di medan perang, tetapi isteri, jihadnya adalah di rumah. Punyalah berat urusan rumahtangga ni, hinggakan Rasulullah mengatakan medan perang isteri adalah di rumah. Ingat, pahala berjihad di medan perang ni besar tau. Jadi, pahala urusan rumahtangga ni pun besar nilainya. Dan dalam konteks hari ini, ada isteri yang terpaksa keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Maka, jihadnya bertambah. Pada isteri yang keluar bekerja dengan redha suami, jagalah diri dan maruah suami dan keluarga. Menakutkan bila mendengar dan melihat banyak kejadian isteri menduakan suami pada hari ini. Na'udzubillah..ingatlah, setiap langkah kita tu dilaknat Allah dan malaikat kalau kita keluar berdating dengan lelaki lain, yang bercinta di alam maya pun Allah marah tau..Cepat-cepatlah berpatah balik ke pangkal jalan, kalau tersalah tu. Eh, melalut pulak..
Sambung balik...Bia dah kawin ni, tak cukup dengan CINTA semata-mata, tapi kena ada sokongan lain kerana cinta itu mudah layu dan kalau tak dibaja, akan hilang. Masa bercinta, hari-hari bergayut dalam tepon tu tak jemu cakap i love u kot, balik dating tu siap berpisah cakap i love u lagi agaknya. Pendek kata sehari tu maulah sebakul perkataan i love u yang keluar tu agaknya.Tapi..bila berumahtangga, perkataan i love u semata tak cukup tau. Itu cuma kalimah yang keluar daripada mulut kita. Tapi, mana perbuatan yang menunjukkan rasa cinta kita tu?
Tu sebab nak bahagia rumahtangga pun kena berjihad. Apa jihadnya? Iman mesti mau kuat sebab bila ada apa2 masalah, kita akan cepat rujuk pada Allah. Maknanya kena rajin munajat dengan Allah bila ada sedikit ujian2 rumahtangga tu. Mohon Dia tunjukkan jalan keluar. Tapi, jangan ingat Allah time ada problem aje, time happy langsung tak ingat nak berdoa supaya bahagia itu berkekalan.
Lagi.. kena ada kematangan dan kesabaran dalam hadapi masalah rumahtangga terutama perangai pasangan kita, itu belum lagi kalau ditambah perangai ahli keluarga yg suka campur tangan tu (kalau adalah), kena ada ketabahan sebab ada masanya ketabahan kita teruji, kena ada kekuatan kerana ada masanya kita rasa macam nak lari aje daripada bebanan rumahtangga, kena ada persefahaman sebab adakalanya tindakan pasangan tu memeningkan kepala kita, kena ada sikap saling memberi dan menerima, kena belajar menerima kekurangan pasangan. Pendek kata, untuk bahagia kena belajar itu dan ini.
Kita akan bertatih perlahan2 untuk menjadikan rumahtangga kita bahagia dan mantap. Bukan sehari dua, tapi bertahun, bahkan selagi hayat kita bergelar isteri atau suami, selagi itulah kita belajar membina rumahtangga bahagia. Belajar daripada pengalaman sendiri dan orang lain juga. Selain tu, kena ada ilmu tanggungjawab sebagai suami dan isteri.Tak tau tanggungjawab sebagai suami dan isteri, belilah buku..berlambak kat kedai buku tu. Nak dapatkan khidmat nasihat orang lain boleh, tapi pastikan orang tu bukan tukang kipas api..maknanya dia bubuh 'api' dalam rumahtangga kita. Elok2 masalah tu kecil dan boleh diselesaikan, dah jadi besar dek khidmat nasihat orang tu. Ni nak pesan, kekadang tu, ada orang suka bagi nasihat negatif sebab dia sendiri tak suka tengok kita bahagia. Hati-hatilah dalam mendapatkan nasihat ya. Lagi satu, cari orang yang boleh simpan rahsia.
Di samping tu juga, kena buang perangai2 negatif yang tak tentu hala tu; Baran, pemarah, kuat merajuk. Sesekali merajuk, tak pelah. Kalau kerap sangat orang pun menyampah. Dan ada hari, rajuk tu memang perlu dipujuk. Tapi ada hari, sendiri mau pujuklah..naknya kalau kita yang mengada2 cipta suasana merajuk tu. Hargai tau dapat pasangan suka pujuk. Jangan jual mahal. Sok sok dia tak mau pujuk langsung dah, padanlah muka tu.
Pendek kata, banyak kerja kita nak bahagia berumahtangga ni, kalau tidak, susah kita nak capai nikmat bahagia itu. Hmm.. sedap aje menyebutnya, tapi nak praktiknya masyaAllah, menguji iman kita. Betul!!! Ingatlah, iman dan amal yang baik terhadap ahli keluarga itu tunjang kebahagiaan rumahtangga. Kalua pun ada ujian2 kecil dalam rumahtangga itu, adatlah sebab kita hidup kat dunia ni mmg penuh ngan ujian. Ada hari, rasanya banyak kita kumpul pahala berumahtangga :). Ada hari, rasanya banyak kita kumpul dosa berumahtangga :( . Kita lebih tau sapa diri kitakan
Sekarang ni, kalau kaklong baca cerita cinta orang sebelum kawin, kaklong pasti tersenyum kalau orang tu cakap," dialah bintang hati saya, dialah pengarang jantung saya.."hehe. masa bercinta dik, lum teruji mana lagi cinta kita tu, tapi dah kawin tu lah baru tau betulkah dia tu cinta hati saya ke, bulan bintang saya ke, pengarang jantung manikam kalbu ke atau dialah sebenarnya neraka jahannam saya huhu..
Bahagiakah kaklong sekarang? Alhamdulillah, rasa bahagianya, biarpun rumahtangga kaklong jauh daripada sempurna mcm org lain, tapi kalau kita sentiasa berniat dan berjihad ke arah itu, Allah akan kabulkan insyaAllah. Tapi tak taulah satu hari buatnya suami kata nak kawin lain..waaaa, tak taulah ada bahagia lagi atau idak masa tu. Macam kaklong cakap, kaklong ni tamak. Tak mo kongsi-kongsi. Dan terima kasih pada suami sebab hingga ke hari ini berusaha tanpa jemu nak buatkan kehidupan keluarganya bahagia dan sempurna.
Err..tapi tak taulah suami kaklong bahagia ke idak ngan kaklong, tu kena tanya dia :). Yang..u bahagia ngan i tak????jawab Yang jangan tak jawab. Kalau u jawab negatif, siap. Malam ni tidur dalam keta, ahhaha..acah aje. Huh..jangan buat camtu kat suami tau dik, kena laknat ngan Allah dan Malaikat. Dan buatnya malam tu kita mati, confirm tak cium bau syurga. Penat aje hidup berpuluh tahun kat dunia, akhirnya, cium bau syurga pun tak dapat huhu. Nak tau tak, semalam lagi dia dah wish happy anniversary hehe.
Abang,
Terima kasih menerima Nor seadanya; ada hari Nor masak tak sedap langsung. sori ya. Ada hari Nor bad mood tiba2. sori ya. (Biasalah pms tukan). Ada hari Nor buat abang marah tiba2. sori ya. Tak sengaja nak buat abang marah tu. Ada hari kain baju abang tak wangi langsung. sori ya. Ada hari abang makan maggi aje. sori ya (eh, makan maggie tu sebab abg nak makankan? hihi). I lap u..eh, i love u. ecewah..
Memori suatu petang.
Lokasi: Bilik tidur
Aktiviti: tak de aktiviti daring maring..tapi kaklong duk potong kuku kaki suami, sambil borak2. Asyik tunduk mengetip kuku suami tu, tiba2 kaklong tergerak mengangkat kepala. Pandangan kami bertaut. Rupanya suami duk memandang kaklong,
Kenapa pandang? (hehe..tanya tu sebab rasa malu plak kena tenung camtu)
Nor tak boring ke layan abang? (lerr..apa punya soalan ni..ni soalan tahun ni tau, bukan 5 tahun dulu)
Huh..na'udzubillah... (spontan kaklong jawab)
Ya ..na'udzubillah, janganlah kaklong boring layan suami. Moga suami kaklong tak boring ngan kaklong gak..amin.
Eh udahlah..merapu meraban dah ni. Lalalala..(eh, french fries dalam kuali tu..kang makan french fries hangit lak suami kaklong tu huhu. chow..)
Err..jap jap..ada lagi sikit: Moga rumahtangga kaklong bahagia selagi hayat kami berdua masih ada dan cakap orang putihnya, till death do us part bukan till debt do us part. Moga jodoh kami panjang hingga ke syurga, sebab ada pasangan diuji, rumahtangga mereka hanya sekerat jalan biarpun mereka berusaha untuk bahagia bersama selamanya. Na'udzubillah.Kasihan dengan mereka. Moga mereka yang diuji sebegini kuat dan tabah.
Ok. Wassalam
16 comments:
hari yang kita tak buat dia marah. Ini semua menguji cinta dan sayang kita dan dia"
MEMANG BENAR...ianya akan lagi mgeratkan perasaan kasih syg kedua2 pihak:)
mcm biasa..bila k.syikin genap yg ke 10 tahun..kami pula akan menyusul yg k 11 tahun lpas 10 hari nanti:)
Utk akak & suami, semoga jodoh kalian berpanjangan.Ameenn..
thans 4 everything kak...
di atas sgala nasihat & motivasi yg d beri:)
segala perkara, perlu di terima secara positif.
u are good sister;)
Happy anniversary kak long!
Semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
3650 days! Barakallahu lakuma wabaarka 'alaikum wajama'a bainakuma fi khair... :) rasanya releven je sebagaii ucapan ulang tahun, kan?
seronok baca coretan ni.. [dengki la.. hikhik!]
10 tahun, 5 anak.. lagi sepuluh tahun berapa yek? :D
salam.
slamat ulangtahun...moga cinta k.long n cik abg sentiasa ber i lup u ,,u lap meeeeee..
nice thought...i wish i can write like this..cuma tak tau la ada kekuatan ke tidak...betui cakap akak..nak bahagia tu, mudah disebut, tapi ujiannya, maha berat..
hepi anniversary kak long. Moga bahagia ke akhir hayat!
kak long memang termasuk kategori isteri mithali la sampai kuku suami pun sanggup potong...alahai manjanya. saya suka entri ni...sangat real!
Happy 10th anniversary kak.. semoga rumahtangga kekal dalam rahmat Allah..
Banyak boleh belajar ni...angah thn ni baru 6 tahun 4 tahun daripadanya tinggal berjauhan isyk isyk
Salam
Hai Syikin. Dah lama Aku tak masuk blog Syikin. Sejak Aku sendiri dah malas nak berblog. Tapi ari sabtu baru ni, tiba2 jer terasa hati nak jenguk. Sedih rasa hati sbb dlm keadaan Aku yg baru bergelar ibu tunggal, Aku dpt tau seorang rakan blogger berjaya menyambut ulgthn perkahwinan yg ke 10. Terfikir, kenapa bukan Aku menerima kebahagiaan yg sama. Apa pun, aku terima semua takdir Ilahi. Aku dah mula berblog semula, sekadar menyediakan catatan utk ditatap oleh anak2 Aku bila mrk dewasa nanti. Ini blog baru aku http://diariaku2.blogspot.com/. Buat Syikin, TAHNIAH yer... moga bahagia kekal ke akhirat..amiinn!!
syikin
tahniah dan semoga kekal berbahagia..
Selamat ulang tahun dari Am juga ya (walaupun dah terlambat sikit hehehe)
Semuga kebahgian sentiasa bersama syikin sekeluarga
hepi aniversary kak syikin, moga dipanjangkan usia akak suami isteri dan rumahtangga akak sentiasa dirahmati tuhan dan diberi kebahagiaan yg berpanjangan hendaknya...amin...suka baca entry akak yg ni...sikit sbyk dpt jadikan panduan utk sy yg baru jer hidup sbgai suami isteri ni...
bagus.... besh ek
happy belated anniversary..!!! moga selamanya dikurniakan rahmat..
Selamat ulang tahun, moga kekal bahagia hingga akhir hayat
Salam ziarah,
Semuga bahagia hingga ke surga....
ridwanto
www.muhammadridwanto.wordpress.com
Post a Comment