Ok..rasanya semua tau pasal kontroversi filem "Fitna" tukan. Baca ulasan oleh Blogger ini.
Kisah demam
Hari ni kaklong tak dapat nak ke kampus seperti yang dirancangkan. Husna masih demam lagi. Pendek kata, kali ni semua 5 anak kaklong demam. Syukurnya tak serentak. Lepas Asmaa dan Alia kena, Aiman pula kena malam jumaat lepas. Hari Jumaat petang lepas, giliran Huda pula. Bawa Aiman dan Huda ke klinik malam Sabtu tu, panas masing2 39 darjah. Husna pula, petang Sabtu dia mula demam. Syukur demam Huda dah kebah hari Ahad. Hari Isnin dia dan Alia ke sekolah. Mula2 dia menangis takut nak ke sekolah sebab abang dan kakaknya tak de nak jemput dia petang tu. Bila kaklong yakinkan dia yang kaklong akan datang ambil, baru dia berhenti menangis.
Kiranya Isnin dan semalam (Selasa), Husna dan Aiman duduk rumah mak kaklong. Malam tadi bawa depa balik rumah dengan harapan boleh dah pergi ke sekolah hari ni. Tapi Husna masih mengaduh sakit kepala, sudahnya Aiman dan adik2nya pergi sekolah dan taski serta nurseri, Husna masih cuti lagi.
Sungguh, rasa geram juga tak dpt nak ke kampus sebab ada urusan cukup penting nak diuruskan, tapi fikirkan anak dan tak mo menyusahkan mak lagi, jawabnya berkorban satu hari ni lah. Esok kena pergi gak, tak mo tangguh2 kalau boleh.
Huda bersukan
Alkisahnya, Jumaat lepas Taski Huda n Alia anjurkan sukan tahunan. Macam yang kaklong cakap di entri sebelum ni, Alia demam, jadi dia tak dapat serta sama. Huda ajelah yang pergi. Semangat makcik tu pakai baju sukan. Sayangnya kaklong dan ayahnya tak dapat nak tengok sama, sebabnya hari bekerja dan kaklong pula nak kena jumpa supervisor atas urusan penting yang kaklong cakap tadilah. Masa kaklong balik ambil Huda tengahari tu, sebab waktu taski dia habis cepat sempena sukan, Huda pun luahkan isi hati dia masa kami menunggu bas untuk ke tempat kerja ayahnya, lebih kurang dia cakap satu satu"tadi emak kawan huda ramai datang, tolong cikgu..ummi tak de pun" alahai, sebaknya kaklong. Mata dia dah merah mcm nak menangis. Kaklong pun minta maaf dan jelaskan kenapa tak boleh datang. Bila kaklong cakap tahun depan kaklong akan dtg tengok, dia jawab dia tak sekolah situ dah. kaklong cakaplah dia akan sekolah situ lagi. Tapi dia jawab, dia takkan main acara yang sama lagi..hmm, betul gak tu. Tak pelah, harapnya tahun depan kaklong boleh datang tengok dia main.
Yang si Alia pulak, pecahlah rahsia dia masa bab berlatih utk acara sukan tu. Masa kaklong ambil Huda balik, cikgunya cerita yang masa sesi latihan, si Alia punyalah takut nak lari, puas cikgu dia pujuk dia tak mo, sampaikan cikgu dialah yang tolong pegang tangan dia supaya dia boleh lari. Dia ni takut sampaikan sambil berjalan ke arah kawannya dia boleh gigit tudung. Cikgunya pun risau camnerlah hari Sukan tu nanti, takkan cikgu dia nak pegang tangan dia masa tu. Lorrrr..kat rumah, Alia punyalah beria2 cerita kat kaklong camner dia berlatih siap demo lagi berlari kat ruang tamu tu sampai jatuh tersungkurlah. Ketawa cikgu dia bila kaklong citerkan perkara ni. Sabor ajelah cik mek kecik tu. Sib baik Alia tak join sukan tu disebabkan demam, kalau tak alamat kalahlah pasukannya.hehee.
Cerita Asmaa
Asma dah 6 bulan pada Ahad lepas
Dia duk sibuk nak mulakan pergerakan merangkak, tapi tak boleh2 lagi. Pendek kata bertambah lasak. Bab kutip benda masuk mulut biasalah tu.
Dah belajar minum pakai cawan
Dah belajar pegang botol susu sendiri
Dah mula fokus dengan suasana keliling
Biasalah umur masa ni mudah ketawa bila diagah
18 comments:
mudahan anak-anak kak long sembuh cepat
syikin
masa umur 6 bulan ke atas ni ler seronok bila di agah kan..
semoga anak anak kak long cepat sembuh
Anak-anak akak pun selalu demam tak serentak, tapi berjangkit-jangkitlah. Acara penutupnya, akak lah yg demam, lepas berapa malam berturut2 jaga dia org...
ANak2 masa sek rendah, semua 'hari' nak suruh parents datang. Bila dah menengah, dia org kalau boleh tak nak mak bapak dtng. Tak cool katanya!!!!
Agaknya musim demam nie tak abis2 lagi. Pagi tadi kawan azwa pun mengadu dua orang anaknya demam sampai masuk spital.
Semoga anak2 Syikin cepat sembuh ya.
siannya tak habis agi yer musim demam anakk2 k.long..mudahan cepat sihat blaka...
ala siannyanya kat huda ummi tak dtg..tak per yersayang thn depan ummmi dtg tgk huda n alia main sukan.
aysar sari dua ni laju jer bila masukkan dlm walker...kesana kemarii tpi kalu menirap kejab jer dah menangis...tak nak org letak dia kat bwh...huhuhuuu
tue la akak, pasal filem fitna tue,mmg melampau la puak2 rwestern people nie, they aim to make muslims become disintegrated and treat them unfair and tyranny...berjela2 notes final exam ari tue ttg western people punya aim to disunite people esp muslim.but,as a muslim we should boicot all the things..dlm paper cakap boikot SHELL..alamak!terpk gak,minyak shell mrah nak di compare dgn minyak petronas and one more thing saya mmg suka boh minyak shell..guana erk?
sian anak akak demam,post lah gambar2 diorg..huhuhu
siannyer budak2 tu kan kak, harap2 cepatlah baik demamnya...ujian tu kak...tgk pembesaran asmaa tu tingin nak jumpa dia, tingin nak agah dak kecik tuuu...hehehe, aqilah pun suka sgt bila cik ngah dia agah...sampai diorg kat umah tu panggil sy ni badut aqilah...hehehe...
salam ziarah..semoga sihat sumenya..
salam,
syikin! ummi selamat melahirkan Damya Khadeeja pada 2 April pada pukul 5.52 ptg.
terima kasih untuk doa2. walaupun tidak pernah berjumpa tetapi seolah2 kita sudah kenal bertahun2.
semoga anak2 syikin cepat sembuh. maaf kerana tidak balas msg atau komen sbb masa tu ummi mmg sibuk dan stress sangat kat tempat keje sbb banyak keje nak kena buat sebelum bercuti panjang. :)
pandai die buat aksi tersungkur ye kak long...hehehe...
salam kak long.... mudah2an semua dah sembuh dari demam. Helena ni pun baru baik dari demam. MC 2 hari. menjangkit dari anak no2.
dah 6 bulan? cepatnya masa berjalan....
sian kat huda, explainler kat dia slow-slow
Biasalah anak ni Syikin, anak Am pun berjangkit juga dari abg ke adik, tak lama lagi adik ke abg semula hehehe
Pasal blog satu lagi tu, Am tak berapa setuju pendapat dia, kerana bagi Am kita bukan menghukum rakyat belanda tapi lebih kepada ingin menyedarkan mereka yang mereka semua bertanggungjawab dengan apa yang rakyat mereka lakukan. Habis takkan kita nak diam sahaja.
kak long....
dah 6 bulan kan budak2 ni. hafiy ni langsung xde ciri2 nak merangkak pun. xpe la kan. let them grow on their on paces.
New Cabinet:
Prime Minister - Anwar
Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang
Culture Minister - Farish Noor
Defence Minister -
Education Minister - Nga Kor Ming
Environment Minister - Teresa Kok
Finance Minister - Tony Pua
Foreign Minister - Ramasamy
Health Minister - Tan Seng Giaw
Home Minister - Chong Eng
Information Minister - Jeff Ooi
Law Minister - Teng Chang Khim
Manpower Minister -
Sports Minister - Kula
Technology Minister -
Trade Minister - Khalid
Transport Minister - Liew Chin Tong
(Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)
moga semua dah baik..
zharif pun baru baik demam & batuk. baru nak baik, kena pulak berjemur kat padang. latihan utk hari sukan.. balik tadi panas pulak badan dia..
Moga anak2 tu cepat sembuh
hehehe... tulis lagi comment untuk kak long. kitorang kat sini pun semua baru baik demam. siap ade yg masuk spital lagi. dugaan....
Post a Comment