Friday, January 18, 2008

Apa2 ajelah tajuknya

Salam,

Curi masa sikit.

Kaklong sefamili sihat. Kami sekeluarga baru aje kebah daripada sakit tekak. Doktor kata virus la tu sebab hampir semua kena waktu yang sama. Semua anak kecuali Asmaa kena batuk dan selsema masa tu. Alia paling teruk. Syukur lelah dia tak datang sebab cepat2 bagi ubat alahan.

Asmaa nampak gaya nak belajar meniarap. Dalam dua tiga hari ni galak dia mengiring, nak tunggu harinya dia betul2 dapat meniarap sendiri. Kalau ditiarapkan kepala dia memang dah boleh tegak sendiri. Dia pun dah terima suntikan k 3 serangkai minggu lepas. Demam juga, walaupun dah diberi ubat demam terus lepas suntik dan dituam kat tempat cucuk tu.

Kisah Huda dan Alia di alam taski depa ni. Percaya tak dah masuk minggu ketiga ni, Alia masih menangis bila suami/kaklong nak balik. Tapi taklah meraung, nangis kecil aje. Sambil menangis tu ikut gak cikgu masuk dalam kelas. Huda pula dah tak menangis dah, walaupun bila tengok adik dia menangis, dia pun nak menangis sama heheh. Hari ni kaklong tak ke kampus, jadinya huda dan dua adiknya tu kaklong tak hantar ke taski dan nurseri. Tak ke kampus pun, kerja rumah melambak menunggu, tak leh nak blog hop mana. Oh ya, ari tu dah jumpa adik blogger kita, Inqilaab kat kampus. Kecik molek aje orangnya :). len kali jumpa lagi ya.

Dan hari ni kaklong tersenyum happy. Mana tidaknya, mission yang awalnya impossible dah berjaya dilaksanakan. Mission accomplished. Yehaaaaaaaa. Cik tikus yang jadi musuh ketat kaklong tu dah berjaya dihalau keluar betul2 pagi tadi. Bayangkan sekarang ni hari2 rumah kami dah bau kencing tikus aje..Bukat takat kat bilik belakang tu, kat ruang tamu pun dia buat bisnes kat belakang almari2 buku. Geram betul. Dah basuh, bau kat tempat lain pula di hari lain. Selalu tertipu ingatkan dia dah keluar daripada rumah, rupanya ada lagi.

Dan pagi tadi, kaklong betul2 kemas bilik belakang tu, rupanya elok aje dia berumahtangga dalam satu beg plastik hitam atas almari. Bila kaklong turunkan plastik tu, rupanya dah berlubang sana sini plastik tu, ngan bau hapak kencingnya lagi. Tiba2 dia terpacul keluar. Apa lagi, kaklong menjerit lari keluar takut dia lari dan terpijak pula atas kaki kaklong..eiiii geliiiiii. Dah lah badan besar macam tikus2 yang ada kat pasar2 malam tu. Dia pun apalagi macam mat rempit melulu lari keluar ikut sliding door yang sedia terbuka tu. Leganya.. Tapi jangan tak percaya, badan kaklong menggigil kejap lepas tu sebab terkejut tengok kebesaran tubuhnya itu Heheh..apa raaa.. So, sekarang rumah i dah bau terra care dah, itu hapak kincing sudah tarak..Harapnya berkekalan. Sekarang ni nak pastikan malam2 dia tak cuba curi masuk lagi. Kaum kerabat tikus ni ramai, jiran2 pun duk mengeluh rumah depa dimasuki tikus. Buat macam rumah sendiri pulak tu, sabor ajelah.

12 comments:

Qaseh Bidadari said...

amboi...kemain lg ye cik siti tu...

siap berumah tangga die ye!

Anonymous said...

umah sy sewa dulu banyak sgt tikus...siap lalu lalang lagi time kami tgk syok tgk tv, kencing dan taik dia tu memang merat rata ada...at last dah tak tahan sy pun bela kucing( memang sy ni suke kucing)...hosmet pun alhamdulillah semua suke kucing... Alhamdulillah tikus semua dah lari coz terbau kucing.Alhamdulillah juga coz kucing yang saya bela tu sgt pandai..buang najis di dalam pasir yang saya dah sediakan..( pasir kumbahan kucing ). Skang tikus dah takde...

Sastri said...

eeeee... geli-geleman ngan tikus nih... tak skerrrr... pernah sekali masa kat kampung, tikus ni mai dari mana ntah tapi dok main lari2 dalam bilik kami dua beradik... dah la susah nak tangkap... bila tingat, traumanya masih ada... huhuhu...

KV said...

sakit pala bau kencing tikus. Mmg tensyen lah!

silversarina said...

Kelakar pulak baca cara tikus u melarikan diri,mat rempit style... wah dah wangi rumah kak long ye...

Tahniah sebab dapat sambung PhD. Kuat semangat dan semoga berjaya.

MOKCIK AZWA said...

Salam.

hehehhe kelakar la kisah cik ti tu lari cam mat rempit..rumah azwa pulak banyak sangat lipas...ntah dari mana datangnya. Dah macam2 usaha dan petua dibuat, still tak berkesan. Siang2 kita tengah baring2 depan tibi pun dia dengan selamberland aje merayap depan kita...geram betoii.

ada petua halau lipas...anybody?

Kiah Kardashian said...

Qayyiim pun baru baik demam kak. Demam sakit tekak juga...syukurla tak jangkit satu rumah

Anonymous said...

syikin
jangan ingat cik siti tu tak balik ek.. jaga jaga.. beware..

Mak Su said...

aiyo...ada rumah di dalam rumah

aNIe said...

Salam kak long...rumah kalau ada tikus ni memang le buat hati kita susah...maklumlah dia tu bukan kira ...semua benda yang di makannya...kalau dpt baju...baju pun dia gigit...tapi orang kata kita jgn marah2 dia...nanti habis jahanam barang kita dikerja kan...tapi ntahlah ...tu kata orang...

Kak lady pun geli bab tikus ni...tapi taklah takut sangat...hehehe...dpt bayangkan kak long bertempiaran lari sebab terperanjat tikus...& tikus tu pulak merempit keluar sebab takutkan kak long...hahahah

FaEzHussain said...

Assalamualaikum Syikin,
Lama dah saya tak jenguk blog ni. Baru sekarang berkesempatan. Blog saya pun dah reactivated semula.
Tahniah, dpt baby no 5. Tahniah kerana kembali belajar.

Good luck.

Anonymous said...

same la ngan umah kaori dulu kak syikin...penuh ngan tahi tikus lam toilet..kat dapo pon ade..siap boleh main kejar2 lam umah lagi..ishk..geli betul kalu ingat blk...kaori mmg punggah habis kat blkg umah..penuh ngan semak samun..cik siti pon beranak pinak kat sane...lagipon umah sblh kosong...takde sape duduk..bermaharajalela la si tikus..tapi skang dah ok...umah sblh pon dah ade org sewa...kat blkg umah pon dah kemas..takde lagi bau air kencing ngan tahi tikus..hehe..