Thursday, January 3, 2008

Persekolahan bermula

Salam,

Curi masa sikit ni sebelum tidur.

Husna dan Aiman dah naik darjah 3 dan darjah 2.

Huda dan Alia masuk Taski. Menangis kejap depa berdua masa nak ditinggalkan. Hudalah teruk sikit (walhal dialah yang sibuk menghitung hari bila nak bersekolah). Ala2 drama swasta gitu sebab Huda peluk kaki kaklong tak mo lepaskan. Lepas tu dia sempat berpaut belakang kaklong sebelum cikgu dia tolong lepaskan. Adiknya Alia, kuat semangat sikit. Tapi tangisan depa tu menarik perhatian semualah. Kaklong 'keras'kan hati tu daripada rasa simpati. Syukurlah tak lama lepas kaklong keluar tu, dah senyap dah. Minta siap2 no. contact cikgu nak bertanyakan khabar anak2 nanti. Rupanya Alia tidur lepas tu, tapi Huda bermain sajalah. Betul cakap kawan kaklong, bila parent dah tak de, pandailah depa bawa diri. Sib baik depa nak ke sekolah esok. Dah tanya, depa kata nak pergi. Harapnya esok tak de adegan drama swasta lagi.


Nurseri Asmaa belum diuruskan lagi. Dah ada pilihan. Tinggal nak putuskan ya atau tidak aje dihantar ke situ.

Penatnya...bahang belajar ni dah terasa. Minggu depan mula sibuk betul.

12 comments:

Qaseh Bidadari said...

pengorbanan yg besar tu kak long...

MAMAMIA said...

Memang tabik spring dgn semangat Kak Long. All the best....

nawalraudhah said...

salam...

tahniah Kak Long...kagum la dgn semangat akak sambung study lg ...semoga segala urusan akak dipermudahkan Allah...boleh jd contoh yg baik utk saya yg asyik bertangguh je nak sambung study...:)

Ummi said...

salam,

ummi tak perasan syikin dah pindah blog. setiap tahun pindah blog.

selamat tahun baru untuk syikin. ummi selalu menjenguk blog syikin cuma jadi silent reader tak sempat nak msg maklumlah hujung tahun banyak benda nak disettlekan.

macam batrisya jugak, bile time abah hantar pergi sekolah dan nak balik nampak le dia mengesat air mata. tapi nak buat macamana kena kuatkan hati. tinggalkan aje. bila kita tak ada pandai le diaorg bawa diri. :)

sambung PHD ek? nampak gaya nya tak terkejar ummi :)

Mak Su said...

hark hark hark... cobaaaan

MOKCIK AZWA said...

Syikin,

Salam...Selamat Tahun Baru Masehi 2008. Wah...sambung belajar lagi ek...alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Sementara semangat masih membara sememangnya elok la teruskan sahaja dari master ke PHD...bravo...you go girl!

Semoga segala urusan dipermudahkan olehNYA...aminnn

Sastri said...

boleh tanya tak? akak buat course apa ek? memang best la kalau dapat serajin kak long... sas ni, adeh... nak sambung memang nak tapi buat masa ni takde hati plak nak sambung...

KakNi said...

Sebenarnya kan yang paling takut tu kalau ada budak yang nangis sebab seorang budak nangis akan psiko budak2 lain untuk nangis jugak... heheheh

Azer Mantessa said...

:-)

all the best

KAMATO said...

Tahniah, masih mampu untuk terus belajar

Zareda Norman said...

Syikin
Selamat sambung belajar.. teruskan nekad.. syabas.

Helena said...

Rajinnya kak long.,,, wow salute la...

Selamat Tahun baru kak long.... cubitkan pipi asmaa utk helena... hehe