Hari ni cuti sempena Thaipusam. Kami tak kemana2 pun. Nama aje cuti, tapi masa nilah nak pulun buat kerja rumah. Heheh, itulah kalau dah hari2 keluar rumah sekarang ni. Ari tu Sastri cakap kaklong superwoman. Aduhai, menakutkan gelaran tu. Ada masanya, apa yang kita rancangkan tak jadi seperti yang diharapkan walaupun kita cuba untuk berdisiplin sebaik mungkin dalam melakukan kerja2 rumah. Biasalah, kita ni manusia yang lemah. Tak semua dalam kawalan kitakan. Terutama kalau badan dah terlalu letih tu, memang susah nak buat seperti yang dirancangkan. Contohnya kain baju yang dah dibasuh malam tu, kalau dah letih sangat, biarkan aje, esok paginya sebelum keluar rumah baru dijemur.
Cerita Asmaa yang terkini, dia dah boleh meniarap!!! Rasanya anak cikdinz seawal masuk 3 bulan dah meniarapkan? Tapi asmaa ni dah nak masuk 4 bulan baru boleh meniarap. Takpelah, yang penting dia dah boleh meniarap walaupun sedikit lewat. Tak leh dah letak atas katil atau sofa tanpa pengawasan.
Oh ya, Zar ada pesan hati2 dengan cik ti takut dia datang lagi..memang pun dah datang lagi. Bahkan dia datang waktu malam pada hari siang yang dia dihalau keluar tu!!! Tapi dia tak leh masuk bilik belakang tu dah sebab ditutup. Suami berjaya halau dia keluar. Dan kami dah tau dan tutup lubang kecil yang dia berjaya loloskan diri keluar masuk tu. Harapnya sampai bila2 tikus tu dan kaum kerabatnya takkan masuk rumah ni lagi. Tak larat dah nak layan najis2 dia tinggalkan tu.
oklah, berhenti dulu. Mata dah berjerait ni. Nak tutup aje rasanya. Ni pun duk menguap aje. Tak larat nak blog hop. Wassalam
8 comments:
syikin
kalau cik ti tu dapat masuk, pasangkan jerat gam aje.. pas tu hapuskan dia untuk selamanya..
tahniah Asma'! gud job!
hafiy pun tak meniarap lagi ni, 2 minggu lg masuk 4 bulan. takpalah, dia tgh develop skill lain kot kan.
rumah mak sy byk cik ti tepi sawah.. mak bela kucing & pakai gam cik ti. hehe.
anak mak su pun 4 bulan baru pandai acah2 nak meniarap... lambat skit kot
hmmm... tembak je cik Ti tu ke ke ke... [apa punya cadangan ni...]jgn dia bawa troop dah le... jenuh la nak halau, harap2 cik Ti give up tak nak masuk umah ummi lagi
salam kaklong,
letak la gambar Aasma meniarap tuh ehheheheheeh
dia dah bleh pusing balik lepas meniarap...hehehee...
bahaya gak kalu tinggal. sat gi dah sampei atas simen....
pasang lah perangkap...
mcm dlm citer wayang tu....
seronok melihat perkembangan baby ni .. tak lama lagi berlari lah tu hehe
kaklong, make sure barangan brand tupperware semua sorok dari dicapai cikTi, sebab menurut kajian adik2 saya (ceh wah), ada bahan dlm tupperware tu digemari oleh cikTi.
yes, u're superwoman. 5kids+study lagi+handle keje2 rumah sindri. tabikkkkk....
Post a Comment