Saturday, May 10, 2008

Berita kematian lagi..

Salam kawan-kawan,

Hati kaklong tersentak lagi dengan berita kematian tengahari tadi.

Kali ni kawan sekolah menengah dulu, arwah Zalifah. Kematian mengejut juga. Pagi tadi khabarnya arwah meninggal. Kaklong belum dapat berita sebenar sebab utama kematiannya.

Lama dah terputus khabar tentang arwah, sementalah kami bukan rakan sekelas. Arwah di kelas lain. Mukanya pun ingat2 lupa. Arwah meninggalkan suami dan cahayamata (tak tau berapa orang).

Sungguh, 2 kematian yang diterima dalam masa seminggu benar-benar menyentak jiwa. Terkedu. Lemah badan jadinya. Apatah lagi yang pergi tu sebaya kaklong. Dan kaklong masih bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Tapi sekejap lagi belum tau kaklong kekal bernafas atau tidak. Mati itu tidak lewat sesaat dan tidak cepat sesaat. Kaklong betul2 memerlukan ruang untuk bernafas seketika..

Al - Fatihah.

1 comment:

Anonymous said...

Ajal maut adalah rahsia Allah yang tiada diketahui. Kejap tadi boleh beramah mesra, tiba2 kita terima perkhabaran orang itu sudah tiada. Kita yang masih bernafas ini sentiasalah mengingati mati, kerana dengan mengingati mati, kita takut untuk melakukan kemungkaran