Wednesday, May 21, 2008

Hargailah...

Salam kawan-kawan,

Berita kematian dua insan (suami Alifah dan kawan kaklong Zalifah) dalam tempoh satu minggu benar-benar memberi kesan pada kaklong. Mereka pergi tanpa disangka. Arwah suami Alifah ada masalah jantung rupanya. Arwah Zalifah ada kanser otak, baru dapat tahu. Masuk icu 2 minggu dan bila nak buat kimoterapi, keesokannya dia meninggal. Inilah versi cerita yang kaklong dapat daripada kawan.

Cukup menginsafkan. Buatkan diri ini terfikir, adakah kaklong hargai insan2 di sekeliling sebelum ajal kaklong datang nanti? Hargai kasih sayang dan keprihatinan mereka. Maklumlah, kalau dah hari2 jumpa tu, kita biasa macam tak kisah dengan mereka. Tapi, kita tersentak bila kehilangan mereka secara mengejut. Kehilangan terus pula tu, bukan sementara. Masa tulah baru nak renung kembali saat2 meraih perhatian dan kasih sayang kita yang kita lemparkan ketepi, kita tak endahkan..dan akhirnya, kita sendiri yang menyesal. Menangis air mata pun tak berguna. Masa tulah timbul istilah "kalaulah dia masih hidup, mesti aku layan dia begitu, begini.." Boleh gila jadinya dek penyesalan tak berkesudahan. Rasa berdosa yang amat sangat..

Kawan-kawan,

1.Apa khabar ibu bapa kalian? Dah ziarah atau telefon merekakah? Berboraklah dan penuhilah permintaan mereka semampu mu, takut2 lepas ni nyawa mereka diambil Allah. Menyesal pula. Mak dan ayah kita hanya satu aje, tiada dua tiganya. Menyesal sampai ke mati tu.

2. Apa khabar sahabat-sahabat mu? Sudah bertanya khabarkah? Atau kalian hanya hubungi mereka waktu susah saja, dan lupakan mereka waktu senang? Ambil tahulah keadaan mereka, bimbang kalian akan rindu banget lepas ni sebab mereka kembali pada Ilahi nanti. Rasa menyesal nanti tak terkira.

3. Apa khabar adik beradik mu? Tahukah khabar mereka kini? Dah berapa lama tak hubungi? Bertanya khabarlah, takut2 takkan jumpa lagi nanti. Rasa bersalah takkan hilang sampai bila2.


4. Apa cerita anak-anak yang dihadapan matamu? Kalian suka atau benci dengan gelagat mereka yang tak letih bermain, bergurau senda, menyepahkan rumah? Dah masak makanan kegemaran mereka? Atau bila mereka minta kau hanya cakap, "nantilah..ibu penat ni " atau "sibuklah..pergi main sana". Kisah2kan anak tu, takut-takut nanti kejap lagi Allah ambil dia pulang. Buta mata sebab menangis pun takkan anak2 tu dikembalikan pada kita semula

5. Apa cerita pasangan hidup mu yang sah? Apa cerita yang kalian borakkan hari ni? Ke tak tau nak cerita apa sebab dah boring hari2 berjumpa sampai tak tahu nak cerita apa? Pelik tu..sedangkan setiap hari kita akan jumpa dan lalui peristiwa yang berlainan. Berceritalah sepuasnya, takut2 esok lusa tak boleh bercerita lagi dah..Menyesal nanti.

6. Wahai sang suami yang berpoligami.. apa cerita semua isteri mu hari ini? Atau kau condong hanya pada seorang saja? Yang lain tu kau tak kisah? Ingat2lah azab Allah di akhirat kelak, senget jalan mu nanti kalau tak berlaku adil..senget macamana tu? Oh..mana aku tahu. Ingat2lah bertanyakan khabar semua setiap hari, kalau tak sempat jumpa, telefon bertanyakan khabar cukup melegakan hati sang isteri yang bukan gilirannya bermalam dengan mu. Mana tau esok2 kau takkan dengar lagi suaranya sebab dia dah pulang kepada ilahi..Bimbang sesal pula di hati.


7. Wahai isteri2 yang menduakan suami... apa khabar suami mu? masih berchit chat dengan pakwe di ym? atau keluar berdating hingga lupa status mu sebagai isteri dan ibu ? itupun jika ada anaklah.. atau galak bertepuk tampar dengan si dia hingga suami telefon handphonemu pun tidak kau endahkan? Jawab2lah telefon tu, mana tau itu panggilan terakhir daripadanya yang tak mungkin kau dengar lagi selepas ini. Menyesal nanti tau..Dan BERTAUBATLAH..


Kawan-kawan, hargailah mereka yang tersayang..Jangan menyesal kemudian.

p.s. emosi terlebih ari ni.
minggu lepas teruk kena sakit mata merah, gigi geraham atas sakit sampai tekanan darah naik. Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit. Tapi masih ambil ubat.
Terima kasih di atas komen2 kalian di entri bawah ya.

12 comments:

Wan Amira said...

sebenarynyer bagus kita tahu dan ambil tahu cerita macam ini. memang secara semulajadi menginsafkan kita dan tak langsung, mendekatkan diri kita lagi dengan yang Esa dan keluarga. sebab tu Allah takkan jadikan satu benda tu tanpa sebab

Anonymous said...

this is a good reminder for me. kadang2 kita take things for granted. and tanpa kita sedari perbuatan kita yang tak disengajakan itu rupa2nya menghiris hati orang terdekat..

take care of health ya!

Zareda Norman said...

syikin
sebagai manusia, kita memang lemah. Sebab tu turun ayat Demi Masa.. perlu saling ingat mengingati..
Kadang kadang tak ingat bukan bermakna kita lupa. Zar sendiri, kadang kadang lalai dan alpa. This is a good reminder.. Baru malam tadi jumpa mak dan abah, rindu sungguh. Bersyukur dan hargai apa yang yang ada disekeliling dan segala kejadian pasti ada hikmahnya.. Wallahualam..

kakLuna said...

lepas baca la tahzan, sy selalu praktikkan bahawa hidup ini mungkin cuma hari ni saja...esok belum tentu, makanya, buatlah, berilah layanan terbaik utk org2 di keliling kita

Biarlah rahsia said...

k.shikin...lama kita tak jumpa...rindu laa kat akak...

bie.

RaFFLeSiA MeRaH said...

thanks kak...entry akak byk bagi teladan pada sy yg baru jer bertatih nak bina hidup berkeluarga ni...

Anonymous said...

thanks for a good thought...

Kak Teapot said...

satu peringatan yg bagus buat sume suami2 dan isteri2. insaf gak baca entri ni...

KAMATO said...

syabas kaklong, entry yg cukup bermunafaat

ILA said...

Assalamulaikum...
Trima kasih kak, entry yg bermanfaat utk semua.

mmg benar..kita akan lebih terasa bila mreka tiada.
seminggu ila & anak di tinggalkan aby berkursus.Barulah menyedari 'perasaan' tersebut.
Malah rindu & kasih sayang semakin menebal:)

ALAF21FC said...

Salam hormat. Terharu dengan entri sebegini.

Minat membaca novel ALAF 21 ?

Jomlah sertai peraduan AKU dan BUKUKU.

Abang Long said...

Semakin sedar, semakin pasrah ...