Saturday, May 10, 2008

Sunyi sementara vs. Sunyi yang panjang

Salam kawan-kawan,

Malam tadi, semasa membasuh pinggan tiba-tiba kaklong terasa sunyi..sungguh sunyi. Walhal kat ruang tamu tu hiruk pikuk anak-anak ketawa ria bermain bersama. Mak kaklong pun ada sama. Cuma suami kaklong aje tak de. Dia pergi kursus di negeri belah utara nun. Pemergiannya tulah membuatkan kaklong sunyi. Dah seharian kaklong tak nampak kelibat dia. Alah, dia pergi pun baru pagi semalam naik flight bukannya dah berhari-hari. Dan esok, Ahad petang dia akan pulang, insyaAllah. Tapi, kaklong masih terasa sunyi. Hebatkan rahsia cinta manusia hingga tak bertemu sehari, rindunya masyaAllah. Tapi, bagaimana takdir menentukan dia takkan pulang langsung? Takutnya...Ajal maut semuanya rahsia Allah..bila dan di mana, semuanya kehendak Allah.

Terus kaklong teringatkan Alifah. Ingat kawan kaklong yang kematian suaminya secara mengejut tu? Bagaimana dia mula mendepani hari2 mendatang dengan rasa sunyi yang berpanjangan tanpa suami di sisi. Biarpun ada anak-anak bersama, tapi tanpa lelaki bergelar suami. Kegembiraan itu bagaikan tempang sebelah. Berbeza dengan kaklong yang insyaAllah akan berjumpa suami esok hari. Sunyi kaklong hanya sementara. Tapi Alifah, dia tak dapat berjumpa dengan suaminya kembali hinggalah jika diizinkan Allah di padang Mahsyar kelak. Dan sementara menanti saat itu entah bila akan datang waktunya, Alifah akan berhadapan dan bergelut dengan rasa rindu yang teramat pada arwah suaminya terutama untuk beberapa tahun pertama ini. Alifah..Syikin doakan Alifah kuat ya.

4 comments:

yusztiey said...

salam..
selamat hari ibu to kak long .

selamat dok merindui cik abe sayang..esok balik tu..insyallah.

wati said...

SELAMAT HARI IBU
KALU SENANG KUNJUNGILAH BLOG SAYA
tooshabby.blogspot.com

Anonymous said...

salam,
syikin, rindu itu indah. Rindukan suami sendiri, tidak salah. Makin mengeratkan hubungan insyaAllah.

penjahit said...

kalau suami saya kerja petang kami cuma dpt jumpa kurang dari 2 jam. dulu, waktu die kerja ptg bile hampir nak magrib tu saya selalu menangis. tapi sekarang ni saya ambil tindakan lebih bijak. bila tiba time nak nangis tu saya pun call la suami. die tanya kenapa? saya kata saja. hehehe. cara ni efektif. jimat sikit airmata. hehehe.