Salam semua...
Lama dah tak update blog
Alhamdulillah kaklong sefamili sihat walafiat.
Kaklong masih bergelar pelajar
Zaid nak masuk 3 bulan pada 12 September ni. Alhamdulillah masih menyusu badan sepenuhnya walaupun terpaksa perah..tak kisahlah, yg penting dia dpt minum susu ibukan ?
Asmaa pula baru2 ni masuk wad selama 10 hari. Asalnya dia demam dan tarik sikit. masuk wad kanak2 HKL, ada jangkitan kuman dalam badan (bacaan sel darah putih tinggi sangat). Doktor meletakkan kebarangkalian paling buruk mungkin ada kuman dlm otak..jadi dia presumed meningitis, terutama bila dr. buat test pada sendi2 anggota badan dia, tindakbalasnya begitu kuat (ketuk kepala lutut terus melantun tinggi kakinya). Mereka nak ambil air tulang belakang, tapi kami tak setuju (hasil istikharah suami, biarpun kami tahu yang itulah satu2nya cara nak tau kat mana kuman tu berada sebenarnya dengan kadar cepat. Jadi mereka boleh terus bagi antibiotik yg tepat utk bunuh kuman yang berada di sekian2 tpt dalam badan.Tapi setelah istikharah, kami bertawakal pada Allah.
Jadi pilihan kedua adalah suntikan antibiotik melalui urat darah (satu2nya cara) utnuk bunuh kuman yang ada kat mana2 dalam badan termasuk barang kali di otak.kami menerima pilihan ini. 2 atau 3 hari setelah menerima antibiotik tu, ujian darah dibuat sekali lagi dan ALHAMDULILLAH, bacaan sel darah putih asmaa dah turun normal, 3. Ini bermakna, badannya menerima baik antibiotik tersebut.CUMA kami tak tahu di mana sbenarnya kuman tu berada sehingga sekarang. Dan kesian Asmaa, suntikan melalui urat darah tu menyakitkannya..tapi nak buat macamana.Kena lalui juga. Sib baik 2x sehari aje suntikan tu.
10 hari di wad, kaklong yang menemani Asmaa. Tak pernah balik ke rumah walau sesaat. Tak boleh cakap rindunya kat anak2 terutama Zaid.Zaid tinggal dengan mak kaklong. Syukur ada stok susu perah dan sepanjang 10 hari itulah dia minum susu perah. Kerap juga menangis rindu kat dia, terutama bila dpt tgk gambarnya yang terkini. Masa tu zaid berusia 50 hari lebih rasanya.Anak2 yang bersekolah (sek.rendah dan taski) duduk dengan suami.
Alhamdulillah, sejak keluar wad, asmaa ok, tak de demam lagi setakat ni. Bahkan bertambah aktif dan lasak (kami jadikan ia satu joke yg asma terlebih makan antibiotik hahaha) dan berat badannya makin terasa. Tapi masih kena jumpa doktor lagi utk monitor perkembangannya..bulan 10 nanti utk ujian pendengarannya dan bulan 11 nanti untuk perkembangan kesihatan dirinya. harap2nya dia tak de demam2 lagi. Mohon doa kawan2 yang Asmaa tidak ada meningitis sebenarnya ya..
Huda pula, sebelum Asmaa masuk wad, mengalami bengkak kelenjar di leher yg asalnya bermula disebabkan dia selsema dan batuk. Cuma ia terlalu lama dan kelenjar tu dah besar. Bawa jumpa doktor lagi, makan antibiotik. Masalahnya kata suami, kelenjar tu masih tak susut biarpun antibiotik tak habis lagi. Dan dia masih mengadu sakit sikit2. Risaunya Allah saja yang tahu..Kalau boleh dibedah badan ni, mmg separuh ada kat rumah, dan separuh lagi ada kat wad menemani Asmaa. Suami usik, boleh klon kaklong tak? kaklong tanya pulak, boleh tak klonkan dia..hahaha
Bila Asmaa dah keluar wad, Huda pula kena jumpa doktor pakar. Buat ujian darah. Alhamdulillah keputusan ujian darah menggembirakan kami semua, sebab kami risau dia kena kanser limpa hati seperti yang doktor terangkan kemungkinan yang ada. Tentang kelenjar di leher huda tu, mmg masih ada, sebab kata doktor, dah jadi besar tu, mmg tak susut dah.
Ujian sungguh dalam bulan Ogos lepas, menguji iman dan ketabahan hati. Tapi, pada kaklong ia satu tarbiah (pendidikan) daripada Allah. Dia nak kita lebih dekat bermunajat dengan Dia..memohon belas ehsan Dia. Dan alhamdulillah, setakat yang kaklong mohon tu,semuanya Dia makbulkan ..alhamdulillah sangat2..
Tapi duduk di hospital biarpun sekadar menemani anak, badan sendiri lama2 rasa tak sihat termasuk emosi. Keluar aje drp wad rasa MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA! fizikal. tetapi emosi kaklong masih tak MERDEKA..sebab dihantui KEBIMBANGAN MELAMPAU takut2 asmaa 'tarik' (fit) lagi tiba2..Sekejap2 ambil suhu badan Asma takut demam kembali dn risiko tarik tu datang kembali. Nak hantar Asmaa ke nurseri punyalah takut. Kiranya ambil masa seminggu jugalah nak pulihkan emosi ni.
Ok, terpaksa berhenti dulu. Terima kasih kawan2 atas ucapan tahniah di atas kelahiran Zaid. Terharu juga masih ada yg setia menjenguk bahkan rajin lagi tinggalkan komen. Tunggu kaklong habis belajar aje..mmg nak menggila balik dlm dunia blog hehehe.InsyaAllah.
Salam Ramadhan yang terlewat. Dan selamat menyambut lebaran yang bakal menjelang bersama keluarga tercinta. Wassalam
DAY 5 : PART 2 - OSAKA CASTLE. DOTONBORI LAGI.
17 hours ago