
Zaid, begitulah namanya. Ringkas. Senang dia nak tulis namanya sendiri kelak dalam mana-mana borang.
Zaid dah berusia 34 hari. Alhamdulillah, senang menjaganya setakat ni. Moga dia terus menyenangkan sesiapa jua yang mengasuhnya selepas ini.
Blog ini adalah untuk berkongsi cerita mengenai wanita dan keluarga serta perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian.

Gambar ni Aiman (No.2) yang tangkap. Kami tengah bersiap nak keluar. Saja aje dia cuba pakaikan adiknya tudung pastu tangkap gambar si adik. Masa ni Asmaa baru masuk 4 bulan. Sekarang Asmaa dah 7 bulan lebih. Dia betul-betul merangkak 2 - 3 hari sebelum masuk 7 bulan. Bila dah masuk 7 bulan, beberapa hari lepas tu pula pandai berdiri sambil memaut. La ni memang rajin berdiri, tak kira kat mana. Tadi terkejut sebab dia dah mula nak panjat anak tangga pertama. Aduh..bertambah kerja ummi nak monitor dia. Oh ya..dah acap kali jatuh tergolek ke belakang. Asmaa ni bermata bulat /besar, tu sebab kalau gambar2 dia mmg nampak ketara bulat/besar matanya.