Thursday, November 20, 2008

Selamat Harijadi Alia - 4 tahun



Selamat harijadi Alia Khairiyyah..ummi doakan segala yang terbaik buat kamu ya.

16hb Nov. yang lalu tarikh lahirnya...kebetulan jatuh pada majlis perkahwinan mak saudara pupunya (adik sepupu suami kaklong). Kiranya gambar ni adalah gambar terkini dialah.

Sejak masuk Taski, bertambah matang nampaknya dia, bertambah bijak, bertambah berisi dan mcm2 tambah lagilah...

Oklah, sampai sini aje ya..nanti entah bila la pula ruang waktunya kaklong akan buat entri baru lagi. Terima kasih yang tinggalkan komen pada entri sebelum ni terutama yang mendoakan kejayaan kaklong. Amin, 1000x.

Oh ya, pasal kaki kaklong yg terseliuh dulu, ok dah, tp kaklong tak leh lasak sangat2, nanti kaki tu jadi cramp, terasa urat halus jadi genting sangat, nak menapak memang sakit, terasa macam nak putus urat halus..masa tu nak kena pakai bandage kaki dan berurut.

Thursday, October 9, 2008

Nasi Rempit

Salam Lebaran buat semua,

Terima kasih kepada yang menghantar sms pada kaklong masa malam raya, maaflah sebab tak sempat balas..kalut gitu.

Alhamdulillah, raya kaklong sekeluarga berjalan lancar. Terima kasih pada cik abe sebab kali ni dapat first raya ngan mak kaklong di kampung...bukan apa, sebelum ni kaklong lum ada biras, jadi sian kat mak mertua sibuk kat dapur, tu volunteered nak raya ngan keluarga mertua dulu. tapi bila dah ada biras pompuan ni (adik beradik suami 2 aje, dua2 lelaki), dapatlah kaklong beraya dulu ngan mak. Cik abe offer nak tak beraya ngan mak..sapa tak nak, ya tak? mak apalagi, happy sesangat..Malam raya kaklong balik kg. di negeri sembilan. Tiga hari sebelum tu memang dah duduk rumah mertua, tolong2 apa yang patut, supaya dia tak kelam kabut untuk persiapan raya nanti. Alhamdulillah, perjalanan ke kampung lancar..lengang gitu..sampai kampung tengah malam. Ni rumah pusaka arwah moyang kaklong. Sekarang ni mak sedara kaklong (adik mak) yang tinggal di sana. Petang raya kedua, selepas asar kami bertolak balik ke KL, mak dan 2 adik kaklong ikut sama. Masa balik kampung ari tu, adik kaklong yang sorang lagi hantarkan. Malam raya ketiga, kaklong duduk rumah mertua semula sampailah hari Ahad baru balik. Letih betul rasanya..

tapi tulah, dalam duk beraya ni, kaklong suffer sakit kaki pulak..ingat lagikan pasal kes kaklong terseliuh masa mengandungkan asmaa dulu, ala hinggakan kena berkerusi roda dan bertongkat..kali ni, setelah setahun berlalu, sakit tu datang balik..sakitnya sampai jalan terhencut-hencut dan ada satu urat tu rasa genting sangat mcm nak putus. p klinik, doktor terpaksa bagi makan ubat sakit khusus utk urat..ni sementara nak tunggu peluang berurut lepas raya la..dan alhamdulillah, dah berurut..kaki dah ok balik. kata kakak tukang urut tu ada satu urat halus kat bahagian dalam kaki tu yang dah bengkak, tu yang sakit tu..

Masa raya ni, kaklong dapat istilah baru dari Alia, Nasi rempit..sebenarnya dia salah dengar, nasi impit tu dia fikir sebutan nasi rempit..puas duk betulkan dua tiga kali, barulah betul sebutannya..

Overall, kaklong rasa raya sakan kali ni berbanding tahun lepas, yelah masa tukan berpantangkan si Asmaa..tolong anak2 kutip duit raya hehe..tapi tulah, dalam hati duk ingat gak pasal tesis..ni dah minggu pertama sekolah mulakan, tapi penat raya tu masih tak hilang..letih satu badan..nak warm up balik untuk kerja tesis ni..oklah, sehingga ke lain waktu, tak tau bila nak blogging lagi..

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang masih sudi meninggalkan komen kat sini. Amat dihargai..cuma kaklong nak luangkan masa untuk kunjungi blog kawan2 hari-hari, susah sikit sekarang..sebab kaklong kejar target, dalam tempoh 3 tahun ni ph.d mesti habiskan..so tak leh main2..biarpun kaklong ada tempoh maksima sehingga 8 tahun untuk siapkan ph.d ni sebenarnya, tapi kaklong tak mo amik masa tu..nak pulun gak minimum masa 3 tahun ni..menakutkan, sebab belum tentu orang buat ph.d ni boleh lulus sebenarnya. Ada calon yang gagal semasa viva (sesi pertahankan tesis)..bayangkan usaha bertahun-tahun tiba2 anda diumumkan gagal..boleh pengsan dibuatnya. Kalau tak kuat iman, boleh mereng. Ada gak yang kena camtu masa tengah buat ph.d..na'udzubillah. Doa kalian atas kejayaan kaklong amat dihargai..terima kasih didahulukan ya.

Ok, nak masuk tidur ni..penat sangat rasanya ari ni..pulun kemas rumah setelah kaki ni baik berurut. lagi pun esok ada urusan di kampus.

Selamat semuanya. Siapa yang ebrpuasa sunat 6 tu, tahniah!

Wednesday, September 24, 2008

Salam Ramadhan...

salam semua,



lamanya kaklong menghilang..kemana?

ada, kaklong ada

tapi kemana?

ada kat rumah

tu nape tak blogging?

sebabnya pulun menulis tesis, bab 1..first draf la

tu la pasal senyap

bayangkan start pulun masa last entri bulan 7 ari tu sampai la ari ni, dah 2 bulan lebihkan?

dapat supervisor yang aktif, dia nak tengoklah hasil kerja kita secepat mungkin

jadi, siang tadi dah hantar pada supervisor

malam ni rehat jap, tu yang masuk blog sebab itu janji diri sendiri yang akan buat entri bila dah submit draf tu.

tapi esok akan mula sibuk balik, lepas ni tak tau bila masuk balik

selama ni kaklong tau ada komen entri masuk melalui email aje..

oh ya, anak-anak kaklong sihat semua. Alhamdulillah, takat selsema batuk sikit2 tu adatlah. Dan Asmaa dah 11 bulan. 30 September ni nanti dia 1 tahun genap. Oh..banyak dah aktiviti dia, antaranya dah join ahli kelab punggah (suka keluarkan lipatan kain baju daripada laci, ahli kelab sepah rumah. Dia lum pandai berjalan lagi, tapi meniti jalan sambil memegang tu dah lajulah, dah lepas naik tangga rumah sebanyak 17 anak tangga tu dan gigi baru tumbuh 2 batang.

Ada yang mengecat rumah? pagar rumah? pintu gate? biskut raya amacam? den ni nan ado..biskut tesis adalah, huhu. Bak kata sahabat, Dr. J, study first!!!

Oklah..RAMADAN KAREEM buat semua.

Terima kasih masih sudi jenguk-jenguk kat sini hinggakan ada yang bertanya sibuk atau tak berupdated blog ni..amat dihargai

Mohon ampun pada kalian kalau ada salah silap dan entri-entri kaklong selama ini menyinggung hati kalian.

Selamat menyambut lebaran aidilfitri bersama keluarga tercinta. Sementara mereka masih ada ni, hargailah kehadiran mereka di dalam kehidupan kita, kerana belum tentu esok dia bersama kita lagi.

Wassalam

Monday, July 14, 2008

Selamat Hari Jadi Aiman Fathi

Salam,

Happy birthday AIman (3x)
Happy birthday to you..
Happy birthday to you...

Dah 8 tahun umur Aiman hari ni (14 Julai). Satu-satunya anak lelaki kaklong buat masa ni :). AIman, macam Husna dan Huda, ummi doakan yang terbaik untuk kamu dalam segalanya.


p.s. Ok..tak leh lelama, sibuk sangat skrg. Sbnrnya banyak gak citer nak kongsi dan nak bagi pandangan ttg isu semasa. Tapi tak dapatlah nak lama2 mengadap blog ni. Nak jenguk blog orang apatah lagi. Maaf ya tak buat kunjungan balas. Tq atas respon entri kat bawah ni..tak sangka fobia Alia ni ramai gak yang alami ya..tentang gigi kaklong, alamak, rasanya macam nak kena cabut gaklah, sebab sesekali terasa sakit kat dalam tu.

Maryam, seronok terserempak ngan awak petang tadi. Sori ya tak dpt berbual lama2. Nak layan perut lapor n dating ngan cik abe hihi.

Friday, June 27, 2008

Tampal menampal dan Fobia

Salam,

Akhirnya...

Bertampal gak gigi geraham atas sebelah kanan ni. Setelah dua minggu rasanya layan sakit ni. Ingatkan duk sakit2 time mengunyah tu tanda gigi nak kena cabut, rupanya sekadar ditampal. Tapi doktor kata, kalau dah tampal sakit gak. Alamat kena cabut. Tapi baik tampal dulu, mana tau kot berhasil. Tak yah hilang satu lagi gigi geraham huhu. Dalam gak lubangnya, maka masa sesi korek mengorek nak membersihkan ruang gigi sebelum ditampal tu, banyak gaklah aksi cut and action. Mana tanyanya, duk doktor asyik action menggerudi tu sampai terasa ngilu. Dia pun terpaksa cut bila kaklong bagi sign sakit (dia pesan angkat tangan kalau rasa sakit). Itu pun dia dah bagi bius tu, kalau tak, waaa..tobat takkan datang jumpa dentist lagi. Tapi kiranya kaklong dah berani sikitlah jumpa doktor gigi dalam 3 tahun kebelakangan ni. Set dalam kepala tak mo takut2 jumpa doktor. Masa doktor check, belek sana sini dalam mulut tu, zikir siap2 nak hilangkan panik hehehe..Betullah zikr tu menenangkan jiwa. Tak caya dan tak pernah buat, cubalah bawak bawak berzikir tu dalam apa jua keadaan terutama waktu tengah susah hati.

Fobia


Dan sebelum masuk klinik tu, Alia yang ikut sama tiba2 menangis depan pintu. Aik..hujan tak de, ribut tak de. Tiba-tiba buat hal. Bila ditanya, dia ajak balik. Macam takut sangat. Kaklong pujuklah katakan kaklong yang nak jumpa doktor, bukan dia. Ya ALlah, punyalah beria2 dia menangis mengajak kita balik. Sudahnya, ayahnya bawak keluar p beli air..itupun sampai ke hujung tangga bawah dah dia berada, kaklong boleh dengar suara dia sayup2 menangis sebut ummi..ummi.. Tak lama lepas tu, dengar suara dia menangis sambil naik ke klinik ni, duk sebut ummi .. ummi gak. Jenuh memujuk, baru dia diam. Sib baik umminya tengah mood sikit punya baik..kalau tak, mau hangin satu badan. Bila dirisik2, dia takut ummi tinggal kat dalam, dia takut klinik nak tutup dah.

Sebenarnya, Alia ni ada satu sikap takut bila masuk dalam satu tempat yang dah nak ditutup seperti kedai, sbb dia takut tak boleh keluar dah. Mulanya kaklong tak perasan, tapi bila dah dua tiga kali berlaku, baru kaklong tau dan rasa itu adalah sifat fobia dia.

Mula tau perangai pelik dia ni, satu malam tu kami pergi ke pasaraya, dah nak tutup dah, pekerja pasaraya pun dah start turunkan gelangsar pintu hingga tinggal pintu utama aje belum ditutup sebab pelanggan masih ada di dalam lagi. Kaklong bawa dia keluar dulu, yang tinggal ayah dan kakak abangnya duk beratur kat cashier. Apalagi, menjerit dia kata kedai nak tutup, ayah tak keluar..berulang2 dia sebut sambil menangis. Ditambah pulak sorang-sorang mula keluar, tapi kelibat ayah dan adik beradiknya tak nampak, lagilah menjadi. Kaklong pujuk kata tak, kedai tak tutup, dia tak percaya hinggalah nampak ayahnya keluar baru dia berhenti menangis.

Kejadian kedua, berlaku di tempat yang sama, tapi masa tu lagi 15 minit waktu pasaraya tu nak tutup. Hanya ayahnya yang masuk beli barang, kaklong dan anak2 tunggu dalam kereta. Yang Alia ni sibuk memandang arah pasaraya tu sebab nak tengok kelibat ayahnya. Entah camner, tiba2 dia menjerit ayah..ayah..menangis2 tiba2. Siap menghentak2 kaki lagi tu. Bila tanya, dia kata ayah tak keluar lagi, kedai nak tutup. Kaklong peliklah, tengok tak de tanda2 pasaraya tu nak tutup. Rupanya, kedai sebelah pasaraya tu yang dah mula tutup dan pintu gelangsarnya dah diturunkan. Si Alia ingat kedai tu pun sebahagian pasaraya tu jugak..Kita duk jenuh terangkan kat dia bagitau yang pasaraya tu lambat nak tutup lagi, dia tak percaya juga. Aduh, lamalah telinga ni duk tadah dia menangis2. Dia akhirnya diam setelah melihat ayahnya keluar daripada pasaraya tu. Sabar betul dibuatnya..

Yang terkini, kes semalamlah..Pelik betul Alia ni. Sib baik dia sorang perangai camni, kalau anak2 yang lain pun sama ? Adeyyyyyyy..

p.s. Terima kasih banyak2 kerana mengucap happy birthday dan doa buat Husna. Aminnnnnnnnnn :)

Thursday, June 26, 2008

Selamat Ulangtahun Husna Fathiyyah...

Salam,

Hari ni, harijadi anak sulung kaklong pula, Husna Fathiyyah. Dah 9 tahun umur dia. Sebelum ke sekolah pagi tadi, dia dapat call dr mbahnya (mak mertua). Hmm..entah apalah amanat mak tu kat Husna. Yelah, cucu sulung..mestilah ingat tarikh lahirnya :).

Husna..macam selalu, doa ummi tak pernah putus untuk kamu : Moga Husna dapat semua yang terbaik dalam hidup ini. Jaga iman dan Islam ya. Biar di mana juga kamu berada, ingatlah ALlah sentiasa memerhatikanmu. PadaNya jugalah kamu mesti sentiasa memohon dan meminta untuk setiap kehendak kamu kerana segalanya yang ada di langit dan di bumi ini serta antara keduanya adalah daripada dan milik Dia dan segala kesempurnaan itu adalah dariNya...

Sayang tak dapat nak masukkan gambar dia, sebab ada problem sikit ngan pc ni..sib baik dah boleh bertenet. Dan terima kasih banyak2 kepada semua yang wished dan doa untuk Huda ya. Amat2 dihargai :).

Monday, June 23, 2008

Selamat Harijadi Huda Nasriyyah

Huda, bergaun pink. Awat tegak macam askar tu yang?

Salam,


Pagi Sabtu (21 Jun) lepas, Kaklong rasa macam ada sesuatu aje dalam hati. Duk terfikir bila agaknya besday budak ni..Bila 21 Jun ? Kaklong pun pi tengok kalendar..laaaaaaaaaa, hari tu besday Huda rupanya. Kaklong pun announced kat Huda yang baru aje bangun tu, duk terpisat2 lagi landing kat ruang tamu. Bagitau dia yang hari tu dia dah 5 tahun!!! Siap nyanyikan happy besday untuk dia lagi (biarpun suara umminya mcm itik time nyanyi..). Eh, tersipu2 dia bila dapat tau besday dia hari tu.



Kaklong pun suruh dia call mbahnya (mil) dan mak kaklong bagitau haritu dia besday dia. Memang happy cik mek tu. Senyum memanjang satu hari. Sepanjang satu hari tu, asal ingat aje dia tanya kaklong balik, confirm kan yang dia dah 5 tahun kan? Yaaa..itulah jawab ummi. Hmm..itulah budak2kan?



Apa hadiahnya? Tak de. Ada kek? Tak de. Sempoi gitu aje? ya... Tak celebrate tak pe, yang penting kasih sayang kaklong tak pernah berkurang...



Dan buat kaklong, 5 tahun dah Allah amanahkan Huda untuk kaklong didik dan pelihara, apa yang dah kaklong lakukan untuk dia setakat ini dan sehingga akhirnya? Moga kaklong ada jawapan untuk itu bila ditanya ttg amanah ini di akhirat kelak.


Happy besday Huda. Seperti biasa, ummi doakan segala yang terbaik dalam hidup Huda.



**********************
Cerita lain. Kesian Alia, kena chicken pox..Daripada kulit kepala hinggalah ke tapak kaki naik bintik2 cecair tu. Style dia, keluar benda alah tu baru demam. Apapun dia memang kuat, tak meragam. Tengok dia macam orang tak demam. Badan suhu 38 darjah pun boleh terkinja2 main lagi.Sib baik dia tak teruk menggaru. Ni dah hari ke 6. Bintik2 tu ada yang dah kering, terpecah sendiri pun ada. Alahai, harap2 tak berbekaslah. Sian kalau berbekas.

Perkembangan Asmaa. Dia dah berjaya menaiki tangga hingga ke tingkat atas rumah. 17 anak tangga! Rajin Husna jadi bodyguard dia masa dia naik tangga tu.

Tahniah buat p-nut yang dapat baby girl baru2 ni :). Moga baby dia cepat membesar dan sihat walafiat.

Thursday, June 19, 2008

Tahniah Alinlai!!!!!!!!!

Salam,

waduh waduh...gembiranya hati kaklong bila masuk blog Alinlai semalam. Bukan satu tapi DUA pula tu!!!Suka tgk gambar scan janin tu. Nampak sempurna! Tahniah Alin..tahniah...Jaga diri ok..jangan lasak2. Ni first pregnancy ni, tak tau camner lagi pattern awak mengandung.

Hishh..kaklong jeles sebenarnya kat Alin. Bukan apa, mengandung kembar ni jimat masa tau..ha, sekali keluar, at least dpt twin kan, buatnya triplet, or kembar 4 or 5...sungguh2 jimat masa, tp saat mengandung tu mmg letih la naknya kembar.

Hmm..tergatallah pulak rasanya nak mengandung lagi ni. Errr..tak leh sekarang tak leh..tak mo amik maternity leave time ph.d kalau boleh. Takpe..satu persatu beb. Tapi, kalau kun fa ya kun dek Allah, nak kata apakan? Macam sorang lecturer yg kaklong kenal, 2 anak dpt time buat ph.d. Sorang kawan pulak, dapat 4 ANAK masa wat ph.d dan result dia CEMERLANG!!!!!!!!

Dan pada kawan2 yang masih belum dapat hamil lagi, sabar ya. Walaupun hakikatnya ia sukar, tapi Allah lebih Mengetahui sebab musababnya..Berusaha, berdoa dan bertawakal.

Wednesday, June 18, 2008

Kisah Asmaa

Salam,

Amik masa kejap ni. Tak de cerita menarik pun. Cuma perkembangan terkini Asmaa (8 bulan lebih), dia dah berjaya panjat 2 anak tangga! Bermula sejak 2 hari lepas. Kaklong tak perasan mulanya, sedar2 dia dah berjaya panjat 1 anak tangga. Sejak dia berjaya naik tangga ni, mmg bertambah rajin dia lepak kat tepi tangga tu. Sebelum berjaya, dia duk rajin tepuk2 aje anak tangga tu. Kaklong baru ajar dia guna walker 2 minggu lepas. Tapi nampak dia tak berapa sukalah ngan walker tu. Ada masanya dia menjerit bila dimasukkan dalam walker tu. Oh ya Azwa, Asmaa belum tumbuh gigi lagi, tapi dia memang tengah gatal gusi tu.

Oklah, kaklong nak sambung buat kerja menaip yang lain. Wassalam.

Wednesday, June 11, 2008

Cerita ceriti

Salam,

Cerita ceriti kaklong sepanjang minggu lepas cuma :

1. seronok anak2 dah balik ke rumah. Rumah jadi riuh. 'Bergaduh' ngan anak2 kembali jadi rutin hihi

2. Maaf bro. Zino, tak de rezeki nak p kenduri kawin anak bro. Jangan serik menjemput ya...

3. Dapat berjumpa ngan Blogger Rafflesia Merah. Kebetulan nak ke kampus, ada rezeki kami dpt berjumpa. Tq belanja ya...


Ha. Itu ajelah citer kaklong.

Lupa la pulak, kaklong sihat sefamili. Terima kasih pada yang bertanya. Asmaa masih merangkak dan berdiri berpaut. Mulut dah banyak pot pet pot pet ikut bahasa dialah :).

Eh, rege telur pun dah naikkan?

Ada kawan kaklong yang bujang mengeluh, banyak rege barang naik..dia risau duit hantaran kawin pun akan naik gak..errr, ada kemungkinan ke?

Monday, May 26, 2008

5 - 4 = 1

Salam semua,

Lima tolak empat jadi satu. Begitulah halnya kat rumah kaklong ni. Daripada 5 org anak kat rumah ni, 4 dah mula duduk kat rmh mbahnya (mak mertua) di kampung. Jadi, tinggal Asmaa ajelah ngan kaklong n suami. Honeymoon bermula? Yessssssssss..hahaha. Tapi sedih sebab rumah ni tak riuh macam biasa. Ada kurenggggggggggggg..

Tengahari Ahad (semalam) kami balik rumah mertua. Lepas maghrib kami bertolak ke rumah mertua adik ipar kaklong sebab buat kenduri cukur jambul baby sulungnya; Insyirah. Lebih kurang jam 10 malam lebih kami bertolak balik ke Gombak. Anak2 yang tinggal tu ikut kereta mbahnya balik kampung semula. Nak nangis pun ada, tapi kaklong tahan sebak, takut nanti semua anak menangis, dah tak jadi depa tinggal ngan mbahnya. Ayahnya pun samalah tahan sebak. Mana tak sebak, anak2 pakat peluk cium kami. Aduh..ha, ni dah mulalah bergenang air mata. Paling kaklong tak sanggup rasanya nak berpisah ngan Alia, agaknya bonding dia ngan kaklong lebih kuat kot sebab dia menyusu badan ngan kaklong dalam 2 tahun lebih. Sedangkan kakak2 dan abangnya dalam 6-7 bulan aje masing2.

Pagi tadi (Isnin), macam biasa hantar asmaa ke nurseri. Kaklong pula ke kampus, ada urusan sikit. Yang best tu, cik abe pun cuti, so dia tolong hantar. Kalau tak tu kaklong naik pengangkutan awam aje ke kampus. Lepas urusan di kampus, kaklong ikut dia p beberapa tempat atas urusan rasmi dan tidak rasmi. Considered datinglah ni hehehe. Bukan senang nak ada can berdua2 camni, tu kaklong pejam aje mata ikut dia, kalau tak tu bertapalah kat lib. je..Merasalah berjalan tu berpegangan tangan. Kalau tak tu, bila keluar ada anak2 bersama, Suami dukung asmaa. Kaklong pula pegang Huda dan Alia. Atau sebaliknyalah. Camner tu? Itulah halnya kalau beranak kecil ramai hehe. Tapi esok, back to normal, kaklong ke kampus dan dia p training 3 hari. Asmaa cam biasa p nurseri.

Oklah..tak de cerita menarik pun, saja nak membanyakkan entri :). ..oh ya, hari aje 3-4 kali tentera2 kecil kaklong menelefon daripada rumah mbahnya. Ada aje soalannya hehehe. Dan gatallah pulak tangan ni tukar template. Rasa2 tahun depan nak tukar pada wordpress la pulak. Wassalam

Wednesday, May 21, 2008

Hargailah...

Salam kawan-kawan,

Berita kematian dua insan (suami Alifah dan kawan kaklong Zalifah) dalam tempoh satu minggu benar-benar memberi kesan pada kaklong. Mereka pergi tanpa disangka. Arwah suami Alifah ada masalah jantung rupanya. Arwah Zalifah ada kanser otak, baru dapat tahu. Masuk icu 2 minggu dan bila nak buat kimoterapi, keesokannya dia meninggal. Inilah versi cerita yang kaklong dapat daripada kawan.

Cukup menginsafkan. Buatkan diri ini terfikir, adakah kaklong hargai insan2 di sekeliling sebelum ajal kaklong datang nanti? Hargai kasih sayang dan keprihatinan mereka. Maklumlah, kalau dah hari2 jumpa tu, kita biasa macam tak kisah dengan mereka. Tapi, kita tersentak bila kehilangan mereka secara mengejut. Kehilangan terus pula tu, bukan sementara. Masa tulah baru nak renung kembali saat2 meraih perhatian dan kasih sayang kita yang kita lemparkan ketepi, kita tak endahkan..dan akhirnya, kita sendiri yang menyesal. Menangis air mata pun tak berguna. Masa tulah timbul istilah "kalaulah dia masih hidup, mesti aku layan dia begitu, begini.." Boleh gila jadinya dek penyesalan tak berkesudahan. Rasa berdosa yang amat sangat..

Kawan-kawan,

1.Apa khabar ibu bapa kalian? Dah ziarah atau telefon merekakah? Berboraklah dan penuhilah permintaan mereka semampu mu, takut2 lepas ni nyawa mereka diambil Allah. Menyesal pula. Mak dan ayah kita hanya satu aje, tiada dua tiganya. Menyesal sampai ke mati tu.

2. Apa khabar sahabat-sahabat mu? Sudah bertanya khabarkah? Atau kalian hanya hubungi mereka waktu susah saja, dan lupakan mereka waktu senang? Ambil tahulah keadaan mereka, bimbang kalian akan rindu banget lepas ni sebab mereka kembali pada Ilahi nanti. Rasa menyesal nanti tak terkira.

3. Apa khabar adik beradik mu? Tahukah khabar mereka kini? Dah berapa lama tak hubungi? Bertanya khabarlah, takut2 takkan jumpa lagi nanti. Rasa bersalah takkan hilang sampai bila2.


4. Apa cerita anak-anak yang dihadapan matamu? Kalian suka atau benci dengan gelagat mereka yang tak letih bermain, bergurau senda, menyepahkan rumah? Dah masak makanan kegemaran mereka? Atau bila mereka minta kau hanya cakap, "nantilah..ibu penat ni " atau "sibuklah..pergi main sana". Kisah2kan anak tu, takut-takut nanti kejap lagi Allah ambil dia pulang. Buta mata sebab menangis pun takkan anak2 tu dikembalikan pada kita semula

5. Apa cerita pasangan hidup mu yang sah? Apa cerita yang kalian borakkan hari ni? Ke tak tau nak cerita apa sebab dah boring hari2 berjumpa sampai tak tahu nak cerita apa? Pelik tu..sedangkan setiap hari kita akan jumpa dan lalui peristiwa yang berlainan. Berceritalah sepuasnya, takut2 esok lusa tak boleh bercerita lagi dah..Menyesal nanti.

6. Wahai sang suami yang berpoligami.. apa cerita semua isteri mu hari ini? Atau kau condong hanya pada seorang saja? Yang lain tu kau tak kisah? Ingat2lah azab Allah di akhirat kelak, senget jalan mu nanti kalau tak berlaku adil..senget macamana tu? Oh..mana aku tahu. Ingat2lah bertanyakan khabar semua setiap hari, kalau tak sempat jumpa, telefon bertanyakan khabar cukup melegakan hati sang isteri yang bukan gilirannya bermalam dengan mu. Mana tau esok2 kau takkan dengar lagi suaranya sebab dia dah pulang kepada ilahi..Bimbang sesal pula di hati.


7. Wahai isteri2 yang menduakan suami... apa khabar suami mu? masih berchit chat dengan pakwe di ym? atau keluar berdating hingga lupa status mu sebagai isteri dan ibu ? itupun jika ada anaklah.. atau galak bertepuk tampar dengan si dia hingga suami telefon handphonemu pun tidak kau endahkan? Jawab2lah telefon tu, mana tau itu panggilan terakhir daripadanya yang tak mungkin kau dengar lagi selepas ini. Menyesal nanti tau..Dan BERTAUBATLAH..


Kawan-kawan, hargailah mereka yang tersayang..Jangan menyesal kemudian.

p.s. emosi terlebih ari ni.
minggu lepas teruk kena sakit mata merah, gigi geraham atas sakit sampai tekanan darah naik. Alhamdulillah, sekarang dah ok sikit. Tapi masih ambil ubat.
Terima kasih di atas komen2 kalian di entri bawah ya.

Thursday, May 15, 2008

Kisah anak-anak

Salam kawan-kawan,
Gambar-gambar kat bawah ni berusia beberapa bulan yang lalu. Dah lama nak masukkan gambar anak2 ni. Tapi ada aje halangannya. Dan setiap gambar ada cerita tersendiri.

a. Huda (No.3)
Nampak luka kat hidung dia? Jatuh tersembam atas bata masa berlari2 nak masuk ke dalam kereta. Gambar ni diambil bila dia komplen muka dia dah lama tak masuk blog ummi..Huhuu..sabor ajelah.

b. Alia (No.4)
Nampak bibir dia pecah dan bengkak? Ni jatuh kat tangga dalam taski dia. Berebut permainan dengan Huda sampai terjatuh daripada tangga batu. Cikgunya baru menoleh tempat lain kejap, bila toleh balik, tengok2 dah berdarah2 bibir Alia. Dekat seminggu baru sembuh betul.

c. Asmaa (No. 5)

Gambar ni Aiman (No.2) yang tangkap. Kami tengah bersiap nak keluar. Saja aje dia cuba pakaikan adiknya tudung pastu tangkap gambar si adik. Masa ni Asmaa baru masuk 4 bulan. Sekarang Asmaa dah 7 bulan lebih. Dia betul-betul merangkak 2 - 3 hari sebelum masuk 7 bulan. Bila dah masuk 7 bulan, beberapa hari lepas tu pula pandai berdiri sambil memaut. La ni memang rajin berdiri, tak kira kat mana. Tadi terkejut sebab dia dah mula nak panjat anak tangga pertama. Aduh..bertambah kerja ummi nak monitor dia. Oh ya..dah acap kali jatuh tergolek ke belakang. Asmaa ni bermata bulat /besar, tu sebab kalau gambar2 dia mmg nampak ketara bulat/besar matanya.

Terima kasih kepada yang mengucapkan hari Ibu. Hari Ahad lepas kaklong mula demam. Teruk juga. Kena serentak dengan kelenjar leher bengkak, selsema, batuk dan sakit dalam telinga. Skrg tinggal selsema aje. Itupun rasa tak selesa. Dah lama tak selsema dalam tempoh yang panjang. Tu tak de mood nak update blog yang ini. Yang lagi satu tu, update gak.Tapi citer pendek aje.

Oklah..ucapan terlewat; Selamat Hari Ibu. Sebenarnya, hari-hari adalah hari ibu selagi hayat kita masih adakan. Husna, Aiman, Huda, Alia dan Asmaa, terima kasih mewarnai hidup ummi. Mengajar ummi apa itu rasa keibuan, kegarangan pun ya juga hehehe. Ingat, marah itu tanda ummi sayang. Kalau kena babap atau titik tu sebagai ingatan atas kesilapan berulang, bukan benci tau.

Saturday, May 10, 2008

Kes murtad

Salam kawan-kawan,

Kaklong rasa semua dah tau kejayaan kes permohonan murtad seorang mualaf, Siti Fatimah Tan Abdullah kerana tidak mengamalkan ajaran Islam sejak mengucap kalimah syahadah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang.

Rasanya ramai yang marah kenapa peguam Ahmad Jailani Abdul Ghani rela mewakili plaintiff. Jadi di bawah ini kaklong kongsikan bersama klip video wawancara dengan peguam terbabit berkenaan kes tersebut

Berita kematian lagi..

Salam kawan-kawan,

Hati kaklong tersentak lagi dengan berita kematian tengahari tadi.

Kali ni kawan sekolah menengah dulu, arwah Zalifah. Kematian mengejut juga. Pagi tadi khabarnya arwah meninggal. Kaklong belum dapat berita sebenar sebab utama kematiannya.

Lama dah terputus khabar tentang arwah, sementalah kami bukan rakan sekelas. Arwah di kelas lain. Mukanya pun ingat2 lupa. Arwah meninggalkan suami dan cahayamata (tak tau berapa orang).

Sungguh, 2 kematian yang diterima dalam masa seminggu benar-benar menyentak jiwa. Terkedu. Lemah badan jadinya. Apatah lagi yang pergi tu sebaya kaklong. Dan kaklong masih bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Tapi sekejap lagi belum tau kaklong kekal bernafas atau tidak. Mati itu tidak lewat sesaat dan tidak cepat sesaat. Kaklong betul2 memerlukan ruang untuk bernafas seketika..

Al - Fatihah.

Sunyi sementara vs. Sunyi yang panjang

Salam kawan-kawan,

Malam tadi, semasa membasuh pinggan tiba-tiba kaklong terasa sunyi..sungguh sunyi. Walhal kat ruang tamu tu hiruk pikuk anak-anak ketawa ria bermain bersama. Mak kaklong pun ada sama. Cuma suami kaklong aje tak de. Dia pergi kursus di negeri belah utara nun. Pemergiannya tulah membuatkan kaklong sunyi. Dah seharian kaklong tak nampak kelibat dia. Alah, dia pergi pun baru pagi semalam naik flight bukannya dah berhari-hari. Dan esok, Ahad petang dia akan pulang, insyaAllah. Tapi, kaklong masih terasa sunyi. Hebatkan rahsia cinta manusia hingga tak bertemu sehari, rindunya masyaAllah. Tapi, bagaimana takdir menentukan dia takkan pulang langsung? Takutnya...Ajal maut semuanya rahsia Allah..bila dan di mana, semuanya kehendak Allah.

Terus kaklong teringatkan Alifah. Ingat kawan kaklong yang kematian suaminya secara mengejut tu? Bagaimana dia mula mendepani hari2 mendatang dengan rasa sunyi yang berpanjangan tanpa suami di sisi. Biarpun ada anak-anak bersama, tapi tanpa lelaki bergelar suami. Kegembiraan itu bagaikan tempang sebelah. Berbeza dengan kaklong yang insyaAllah akan berjumpa suami esok hari. Sunyi kaklong hanya sementara. Tapi Alifah, dia tak dapat berjumpa dengan suaminya kembali hinggalah jika diizinkan Allah di padang Mahsyar kelak. Dan sementara menanti saat itu entah bila akan datang waktunya, Alifah akan berhadapan dan bergelut dengan rasa rindu yang teramat pada arwah suaminya terutama untuk beberapa tahun pertama ini. Alifah..Syikin doakan Alifah kuat ya.

Thursday, May 8, 2008

Biarpun matanya buta

Salam kawan-kawan,

Semalam kaklong ke kampus ada urusan rasmi. Dah selesai urusan tu berkira2 nak balik rumah la ni. Masa nak berjalan keluar drp kawasan fakulti, ternampak satu teksi ni, hajat hati nak naik teksi tapi rupanya pemandu teksi ni nak minta tolong sesiapa yang boleh bawakan penumpangnya yang buta untuk berjumpa dngn seseorang di fakulti ni. Alamak..kaklong dah lambat ni, tp tak de orang pulak masa tu..sudahnya kaklong volunteer tolong dia. Dalam hati duk risau sebenarnya sebab kalau kaklong tolong dia, kaklong tak leh nak sampai sekolah anak on time. Maklum ajelah tuntun orang buta berjalan, mengambil masa.

Tak pelah. Tolong ajelah. Dalam hati duk doa minta Allah mudahkanlah pulak urusan kaklong nak balik nanti. Sib baik dia bagi idea minta tolong kaklong aje naik ke tingkat atas pejabat dan bertemu ngan sekian2 pegawai untuk bertanyakan surat tawaran kemasukannya ke fakulti tu. Dia pula tunggu kaklong kat ground floor. Bila jumpa pegawai tu..alahai, sian plak kat bro. ni bila kes dia masih KIV kata peg. berkenaan. Bila cakap camtu kt bro. ni, dia tanya berapa hari lagi kena tunggu, kaklong sampaikanlah pesanan peg. tu supaya tunggu aje sampai surat tiba.

Lepas tu dia minta tolong kaklong bawa dia ke bilik sorang pensyarah ni, nak bincang sesuatu. Aduh..kaklong betul2 dah lambat ni..tapi tak sampai hati nak tinggalkan dia sorang2 sebab dia tak bawa teman pun. Bila ditanya nape tak bawa teman, dia cakap dia tiada sesapa pun kat situ..MasyaAllah, beraninya dia datang jauh2 dr Iran nk sambung wat MA kat sini. Kaklong cakap camtu kat dia, dan dia dengan penuh bangganya menjawab ya. Oh ..jgn salah faham, kaklong ngan dia cakap b.i la..bkn BM.

Masa kaklong nak bawa dia keluar drp bangunan tu, tiba2 ternampak sorang bro. lalu kat situ. budak undergraduate rasanya. Dengan selamba kaklong tahan dia, dan minta dia tolong bro. Iran ni. Alhamdulillah, bro. tu nak tolong. Terus kaklong suruh bro. Iran tu ikut student ni. Kaklong pun apa lagi, laju ajelah berjalan kaki keluar daripada kawasan fakulti.

Kaklong kagum sungguh ngan orang2 cacat penglihatan ni. Biarpun kondisi mereka begitu, tp semangat nk belajar sampai peringkat lebih tinggi tu begitu hebat hinggakan sanggup merantau jauh daripada keluarga. Itulah rezeki namanya. Dan sesungguhnya Allah tu Maha Adil, Dia tak beri kelebihan utk belajar tu pada orang celik aje, tapi org buta pun Dia bagi. Tinggal lagi ada peluang atau tidak aje nak sambung belajar.

Tuesday, May 6, 2008

Al-Fatihah...

Salam,

Petang semalam kaklong dikejutkan dengan berita kematian mengejut suami kepada rakan sepengajian dulu. Arwah meninggal pagi Ahad baru ni. Tak pasti sebab kematiannya. Muda lagi arwah ni, baya2 kami rasanya atau tua dua tiga tahun kot. Memang tak kenal pun suaminya tu.

Masalah sekarang tak tau nak contact dia macamana. Berita kematian ni pun tersebar drp mulut ke mulut dan dlm yahoo grup kumpulan kaklong. Jenuh malam tadi contact kengkawan yang masih ada, tapi setakat ni sorang pun tak tau no. contact dia. Aduh..biasanya kaklong mengaku diri sbg wartawan cnn tak bertauliah ni mmg rajin dan berjaya mendapat contact no. kawan2 lama tapi kali ni gagal pulak. cable network sangkutlah kat mana2 tu. Nanti nak cari lagi ni.

Alifah, takziah drp syikin. Moga kuat dan tabah hadapi pemergian yang mengejutkan ini. Moga 4 cahayamata sebagai tanda cinta kalian berjaya dididik dengan cemerlang biarpun arwah tiada lagi. Syikin dan kawan-kawan doakan arwah di tempat bersama-sama orang yang beriman dan menikmati haruman taman2 syurga ilahi. amin.

AL-FATIHAH

Wednesday, April 30, 2008

Sakit lain pulak

Salam kawan2,

Terima kasih kerana masih mendoakan kebahagiaan rmhtangga kaklong dan kesihatan kaklong. Yang demam ari tu mmg demam dah. Syukur satu hari aje demamnya. Pergi klinik cepat2 dan mmg tekak tu merah. Doktor bagi ubat, alhamdulillah esoknya kebah. Memang wajib kebah pun sebab kaklong ada urusan penting nak uruskan kat kampus.

Tapi, kaklong tak sihat lagi..sakit dlm telinga pulak. Dinding dlm telinga merah. Masalah bertambah bila dia bengkak. Sakitnya tok sah cakap. Berdenyut2. La ni terasa lubang telinga tu tertutup dan ada mcm kedengaran 'bising' kat dlmnya. 'Lemas' pun ya rasanya. 2 kali jumpa doktor. Kali pertama masa belum bengkak. Doktor ckp gegendang ok. Tapi bila dah bengkak, pergi lagi dan baru dpt antibiotik n ubat susut bengkak. Kali ni bila dr. check, mmg tak leh nak nampak gegendang dah sebabnya dinding yang merah tu dah bengkak. Dr. cakap takut nak tumbuh bisul aje..ayoyo.. janganlah bisul jadinya.

Malam tadi menangis sepuas hati sebab rasa tak selesa ngan telinga ni. Mana nak deal ngan kerenah anak2 lagi dan lain2 hal. Masa nilah rasanya mcm nak ada kepak (bukan kepak burung tau, tapi kepak citer fairytale yang cantik tu la..) dan terbang keluor kejap cari angin. Layan diri sendiri bertenggek atas pokok. Merenung bulan dan bintang di langit sampai rasa sakit tu hilang. Dan bila rasa dah ok..barulah terbang balik rumah. Hehehe..jauhnya berangan.

Oklah..stop dulu. Baru lepas sarapan n makan ubat ni. Jap lagi kalau ngantuk, layan tidur sat. Pastu sambung wat kerja rumah..kerja tesis? oh tidak...huhuhu..

Wednesday, April 23, 2008

Terima kasih ...

Salam kawan-kawan,

Terima kasih tidak terhingga atas ucapan tahniah dan doa kalian. Aminnnnnnnnnnn. Moga rumahtangga kalian juga bahagia selamanya.

Kaklong rasa demam. Petang semalam dah rasa lain macam, sakit kepala dan badan rasa letih sangat. Makan panadol. Tapi lepas tu tak rasa kebah sangat. Siap pakai koyok. Batuk pun mula kedengaran. Sakit tekak mula terasa. Hmm..kalau lambat ke klinik jawabnya lagi teruk, siap tak larat bangun. Jap g nak p klinik, insyaAllah.

Ni berjangkit drp anak2 la ni. Umminya yang akhir kena seperti selalu. Kalian pun jaga kesihatan ya. Wassalam.

Saturday, April 19, 2008

3650 Hari Bergelar Isteri

Salam,

Kawan-kawan,

Hari ni, genap 3650 hari kaklong bergelar isteri. Ringkas cakap, dah 10 tahun kaklong bergelar isteri. Tahun 1998 dulu, pada hari ini dalam sejarah, 19.4.1998 kaklong selamat bergelar isteri.

Dulukan, masa belum kahwin, masa tengah belajar di kampus, ada belajar subjek kekeluargaan Islam. Wah..nampak senang aje bunyinya nak jadi suami isteri ni. Nampak semuanya ideal. Tinggi melangit berangan nak jadi isteri solehah. Tapi, bila dah kahwin ni, baru tahu susahnya nak bergelar isteri solehah.


Percayalah, tidak ada hari yang kita buat pasangan suka sentiasa. Tidak ada hari yang kita tak pernah buat dia kecewa. Tidak ada hari yang kita tak buat dia marah. Ini semua menguji cinta dan sayang kita dan dia. Tak yah fikir jauh, bagi anda yang bercinta bagai nak rak tu, pergi dating hari2 tu sampai tak ingat nak balik cepat hingga menyusahkan hati mak bapak, mesti ada bergaduh, bertekakkan? Orang zaman sekarang bercinta daring, siap tampar menampar, tengking tengking pasangan depan public. Buat malu company aje. Itu baru bercinta tu, belum berumahtangga lagi. Ha, inikan pula kita dah duduk serumah dngn dia, sebantal, sekatil, seselimut, sepinggan, secawan dan lain2 lagi yang se tulah. Pendek kata, hari2 duk tengok muka pasangan kita. True colour masing-masing memang crsytal clear. Ingatlah, peribadi dan akhlak kita tak sempurna, tapi kita kena sentiasa perbaiki diri dan hubungan suami isteri, menambah perasa moga seimbang rasa manis, masin dan pahitnya. err..kalau boleh jangan rasa pahit tu terlebih. tak best!!!!!!!! Masin pun jangan terlebih, tak best!!!!!!!!!!Tapi manis terlebih tak pe, tak kena penyakit kencing manis..sbb kita akan lebih harmoni ngan keluarga kita.

Dan benarlah sabda Rasulullah bahawa rumahtangga adalah medan jihad seorang isteri. Kalau lelaki, jihadnya adalah di medan perang, tetapi isteri, jihadnya adalah di rumah. Punyalah berat urusan rumahtangga ni, hinggakan Rasulullah mengatakan medan perang isteri adalah di rumah. Ingat, pahala berjihad di medan perang ni besar tau. Jadi, pahala urusan rumahtangga ni pun besar nilainya. Dan dalam konteks hari ini, ada isteri yang terpaksa keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Maka, jihadnya bertambah. Pada isteri yang keluar bekerja dengan redha suami, jagalah diri dan maruah suami dan keluarga. Menakutkan bila mendengar dan melihat banyak kejadian isteri menduakan suami pada hari ini. Na'udzubillah..ingatlah, setiap langkah kita tu dilaknat Allah dan malaikat kalau kita keluar berdating dengan lelaki lain, yang bercinta di alam maya pun Allah marah tau..Cepat-cepatlah berpatah balik ke pangkal jalan, kalau tersalah tu. Eh, melalut pulak..

Sambung balik...Bia dah kawin ni, tak cukup dengan CINTA semata-mata, tapi kena ada sokongan lain kerana cinta itu mudah layu dan kalau tak dibaja, akan hilang. Masa bercinta, hari-hari bergayut dalam tepon tu tak jemu cakap i love u kot, balik dating tu siap berpisah cakap i love u lagi agaknya. Pendek kata sehari tu maulah sebakul perkataan i love u yang keluar tu agaknya.Tapi..bila berumahtangga, perkataan i love u semata tak cukup tau. Itu cuma kalimah yang keluar daripada mulut kita. Tapi, mana perbuatan yang menunjukkan rasa cinta kita tu?

Tu sebab nak bahagia rumahtangga pun kena berjihad. Apa jihadnya? Iman mesti mau kuat sebab bila ada apa2 masalah, kita akan cepat rujuk pada Allah. Maknanya kena rajin munajat dengan Allah bila ada sedikit ujian2 rumahtangga tu. Mohon Dia tunjukkan jalan keluar. Tapi, jangan ingat Allah time ada problem aje, time happy langsung tak ingat nak berdoa supaya bahagia itu berkekalan.

Lagi.. kena ada kematangan dan kesabaran dalam hadapi masalah rumahtangga terutama perangai pasangan kita, itu belum lagi kalau ditambah perangai ahli keluarga yg suka campur tangan tu (kalau adalah), kena ada ketabahan sebab ada masanya ketabahan kita teruji, kena ada kekuatan kerana ada masanya kita rasa macam nak lari aje daripada bebanan rumahtangga, kena ada persefahaman sebab adakalanya tindakan pasangan tu memeningkan kepala kita, kena ada sikap saling memberi dan menerima, kena belajar menerima kekurangan pasangan. Pendek kata, untuk bahagia kena belajar itu dan ini.

Kita akan bertatih perlahan2 untuk menjadikan rumahtangga kita bahagia dan mantap. Bukan sehari dua, tapi bertahun, bahkan selagi hayat kita bergelar isteri atau suami, selagi itulah kita belajar membina rumahtangga bahagia. Belajar daripada pengalaman sendiri dan orang lain juga. Selain tu, kena ada ilmu tanggungjawab sebagai suami dan isteri.Tak tau tanggungjawab sebagai suami dan isteri, belilah buku..berlambak kat kedai buku tu. Nak dapatkan khidmat nasihat orang lain boleh, tapi pastikan orang tu bukan tukang kipas api..maknanya dia bubuh 'api' dalam rumahtangga kita. Elok2 masalah tu kecil dan boleh diselesaikan, dah jadi besar dek khidmat nasihat orang tu. Ni nak pesan, kekadang tu, ada orang suka bagi nasihat negatif sebab dia sendiri tak suka tengok kita bahagia. Hati-hatilah dalam mendapatkan nasihat ya. Lagi satu, cari orang yang boleh simpan rahsia.

Di samping tu juga, kena buang perangai2 negatif yang tak tentu hala tu; Baran, pemarah, kuat merajuk. Sesekali merajuk, tak pelah. Kalau kerap sangat orang pun menyampah. Dan ada hari, rajuk tu memang perlu dipujuk. Tapi ada hari, sendiri mau pujuklah..naknya kalau kita yang mengada2 cipta suasana merajuk tu. Hargai tau dapat pasangan suka pujuk. Jangan jual mahal. Sok sok dia tak mau pujuk langsung dah, padanlah muka tu.

Pendek kata, banyak kerja kita nak bahagia berumahtangga ni, kalau tidak, susah kita nak capai nikmat bahagia itu. Hmm.. sedap aje menyebutnya, tapi nak praktiknya masyaAllah, menguji iman kita. Betul!!! Ingatlah, iman dan amal yang baik terhadap ahli keluarga itu tunjang kebahagiaan rumahtangga. Kalua pun ada ujian2 kecil dalam rumahtangga itu, adatlah sebab kita hidup kat dunia ni mmg penuh ngan ujian. Ada hari, rasanya banyak kita kumpul pahala berumahtangga :). Ada hari, rasanya banyak kita kumpul dosa berumahtangga :( . Kita lebih tau sapa diri kitakan


Sekarang ni, kalau kaklong baca cerita cinta orang sebelum kawin, kaklong pasti tersenyum kalau orang tu cakap," dialah bintang hati saya, dialah pengarang jantung saya.."hehe. masa bercinta dik, lum teruji mana lagi cinta kita tu, tapi dah kawin tu lah baru tau betulkah dia tu cinta hati saya ke, bulan bintang saya ke, pengarang jantung manikam kalbu ke atau dialah sebenarnya neraka jahannam saya huhu..

Bahagiakah kaklong sekarang? Alhamdulillah, rasa bahagianya, biarpun rumahtangga kaklong jauh daripada sempurna mcm org lain, tapi kalau kita sentiasa berniat dan berjihad ke arah itu, Allah akan kabulkan insyaAllah. Tapi tak taulah satu hari buatnya suami kata nak kawin lain..waaaa, tak taulah ada bahagia lagi atau idak masa tu. Macam kaklong cakap, kaklong ni tamak. Tak mo kongsi-kongsi. Dan terima kasih pada suami sebab hingga ke hari ini berusaha tanpa jemu nak buatkan kehidupan keluarganya bahagia dan sempurna.

Err..tapi tak taulah suami kaklong bahagia ke idak ngan kaklong, tu kena tanya dia :). Yang..u bahagia ngan i tak????jawab Yang jangan tak jawab. Kalau u jawab negatif, siap. Malam ni tidur dalam keta, ahhaha..acah aje. Huh..jangan buat camtu kat suami tau dik, kena laknat ngan Allah dan Malaikat. Dan buatnya malam tu kita mati, confirm tak cium bau syurga. Penat aje hidup berpuluh tahun kat dunia, akhirnya, cium bau syurga pun tak dapat huhu. Nak tau tak, semalam lagi dia dah wish happy anniversary hehe.

Abang,

Terima kasih menerima Nor seadanya; ada hari Nor masak tak sedap langsung. sori ya. Ada hari Nor bad mood tiba2. sori ya. (Biasalah pms tukan). Ada hari Nor buat abang marah tiba2. sori ya. Tak sengaja nak buat abang marah tu. Ada hari kain baju abang tak wangi langsung. sori ya. Ada hari abang makan maggi aje. sori ya (eh, makan maggie tu sebab abg nak makankan? hihi). I lap u..eh, i love u. ecewah..


Memori suatu petang.

Lokasi: Bilik tidur

Aktiviti: tak de aktiviti daring maring..tapi kaklong duk potong kuku kaki suami, sambil borak2. Asyik tunduk mengetip kuku suami tu, tiba2 kaklong tergerak mengangkat kepala. Pandangan kami bertaut. Rupanya suami duk memandang kaklong,


Kenapa pandang? (hehe..tanya tu sebab rasa malu plak kena tenung camtu)

Nor tak boring ke layan abang? (lerr..apa punya soalan ni..ni soalan tahun ni tau, bukan 5 tahun dulu)

Huh..na'udzubillah... (spontan kaklong jawab)


Ya ..na'udzubillah, janganlah kaklong boring layan suami. Moga suami kaklong tak boring ngan kaklong gak..amin.


Eh udahlah..merapu meraban dah ni. Lalalala..(eh, french fries dalam kuali tu..kang makan french fries hangit lak suami kaklong tu huhu. chow..)

Err..jap jap..ada lagi sikit: Moga rumahtangga kaklong bahagia selagi hayat kami berdua masih ada dan cakap orang putihnya, till death do us part bukan till debt do us part. Moga jodoh kami panjang hingga ke syurga, sebab ada pasangan diuji, rumahtangga mereka hanya sekerat jalan biarpun mereka berusaha untuk bahagia bersama selamanya. Na'udzubillah.Kasihan dengan mereka. Moga mereka yang diuji sebegini kuat dan tabah.

Ok. Wassalam



Wednesday, April 16, 2008

Bila Mama dan daddy kim salam. Apa maknanya?

Salam,

Lama tak update. mood on off. anak2 silih berganti tak sihat. Terkini, Asmaa, Huda dan Alia batuk berkahak dan selsema pulak. Demam baru lepas. Kita yang menjaga pun rasa terjangkit sama.

Ni nak citer.

Lokasi: Ruang tamu rumah

Hari: Sabtu atau Ahad minggu lepas (tak ingat daaa)

Waktu: Malam

Aktiviti:

Kaklong dan suami duduk kat sofa sambil menonton tv. Sambil2 tu, kaklong kejap2 ke dapur nak uruskan makanan rasanya. Suami pulak duk sibuk sms. pastu berbalas. Tak pelik lagi. tapi lama2 galak pulak sms tu berbalas2. Sesekali nampak dia senyum-senyum. Moskil moskil. Suspens dah ni. Hinggalah last bunyi sms masuk, suami tak balas dah. Dia biarkan aje hp terletak atas sofa.

Kaklong pun datang dekat dia. Suami tak perasan perlakuan kaklong menunduk lihat kat hp dia tu, sebab dia leka menonton. Dan mata kaklong tak dapat menahan daripada mencuri baca sms yang masih tak ditutup lagi,
"Mama dan daddy kim salam"..aik..lain macam bunyiknya..mesra semacam. Mama dan daddy sapa? Takkan calon pak mak mertua baru kot? Berdebor dah ni. Hish..hati dah mendesak2 nak bersuara dan bertanya. Tapi kang dikata cemburu buta pulak. Mata sempat menjeling kat sms sebelumnya, no yang sama, tapi tuan punya no tu tak de pulak nampak pelik. Hmm..Sudahnya,

"Amboi..siap mama dan daddy kirim salam," terluah gak rasa hati. Suami pandang kaklong blur. Dia terkejut. Dia pandang kat hp dan tiba-tiba tergelak. Sungguh dia tak sangka jauh kaklong fikir. Sebab pada dia sms tu biasa aje, tapi tak sangka luar biasa pada kaklong.

"Ni anak murid lelaki abanglah.."sambil gelak2 dia terangkan. Rupanya parent budak tu kenal suami kaklong, no wonderlah depa kirim salam kat suami. Padanlah nama pengirim sms tu tak pelik bagi kaklong sebab memang nama lelaki pun, tapi bab kirim salam tu yang pelik.

"Yelah, mama dan daddy tu, lain macam bunyinya..mesra aje..ingatkan bakal mak mertua dan bapak mertua baru ke?" lebih kurang itulah ayat kaklong. Sengih-sengih.

Sapalah tak risau ya tak? Naknya pulak kita ni spesis tamak, tak mo kongsi-kongsi, huhu...Dan kaklong salute pada isteri2 yang tak kisah suami kahwin lain. Cayalah...

Wednesday, April 2, 2008

Hal anak beranak

salam,

Ok..rasanya semua tau pasal kontroversi filem "Fitna" tukan. Baca ulasan oleh Blogger ini.

Kisah demam


Hari ni kaklong tak dapat nak ke kampus seperti yang dirancangkan. Husna masih demam lagi. Pendek kata, kali ni semua 5 anak kaklong demam. Syukurnya tak serentak. Lepas Asmaa dan Alia kena, Aiman pula kena malam jumaat lepas. Hari Jumaat petang lepas, giliran Huda pula. Bawa Aiman dan Huda ke klinik malam Sabtu tu, panas masing2 39 darjah. Husna pula, petang Sabtu dia mula demam. Syukur demam Huda dah kebah hari Ahad. Hari Isnin dia dan Alia ke sekolah. Mula2 dia menangis takut nak ke sekolah sebab abang dan kakaknya tak de nak jemput dia petang tu. Bila kaklong yakinkan dia yang kaklong akan datang ambil, baru dia berhenti menangis.


Kiranya Isnin dan semalam (Selasa), Husna dan Aiman duduk rumah mak kaklong. Malam tadi bawa depa balik rumah dengan harapan boleh dah pergi ke sekolah hari ni. Tapi Husna masih mengaduh sakit kepala, sudahnya Aiman dan adik2nya pergi sekolah dan taski serta nurseri, Husna masih cuti lagi.

Sungguh, rasa geram juga tak dpt nak ke kampus sebab ada urusan cukup penting nak diuruskan, tapi fikirkan anak dan tak mo menyusahkan mak lagi, jawabnya berkorban satu hari ni lah. Esok kena pergi gak, tak mo tangguh2 kalau boleh.

Huda bersukan

Alkisahnya, Jumaat lepas Taski Huda n Alia anjurkan sukan tahunan. Macam yang kaklong cakap di entri sebelum ni, Alia demam, jadi dia tak dapat serta sama. Huda ajelah yang pergi. Semangat makcik tu pakai baju sukan. Sayangnya kaklong dan ayahnya tak dapat nak tengok sama, sebabnya hari bekerja dan kaklong pula nak kena jumpa supervisor atas urusan penting yang kaklong cakap tadilah. Masa kaklong balik ambil Huda tengahari tu, sebab waktu taski dia habis cepat sempena sukan, Huda pun luahkan isi hati dia masa kami menunggu bas untuk ke tempat kerja ayahnya, lebih kurang dia cakap satu satu"tadi emak kawan huda ramai datang, tolong cikgu..ummi tak de pun" alahai, sebaknya kaklong. Mata dia dah merah mcm nak menangis. Kaklong pun minta maaf dan jelaskan kenapa tak boleh datang. Bila kaklong cakap tahun depan kaklong akan dtg tengok, dia jawab dia tak sekolah situ dah. kaklong cakaplah dia akan sekolah situ lagi. Tapi dia jawab, dia takkan main acara yang sama lagi..hmm, betul gak tu. Tak pelah, harapnya tahun depan kaklong boleh datang tengok dia main.

Yang si Alia pulak, pecahlah rahsia dia masa bab berlatih utk acara sukan tu. Masa kaklong ambil Huda balik, cikgunya cerita yang masa sesi latihan, si Alia punyalah takut nak lari, puas cikgu dia pujuk dia tak mo, sampaikan cikgu dialah yang tolong pegang tangan dia supaya dia boleh lari. Dia ni takut sampaikan sambil berjalan ke arah kawannya dia boleh gigit tudung. Cikgunya pun risau camnerlah hari Sukan tu nanti, takkan cikgu dia nak pegang tangan dia masa tu. Lorrrr..kat rumah, Alia punyalah beria2 cerita kat kaklong camner dia berlatih siap demo lagi berlari kat ruang tamu tu sampai jatuh tersungkurlah. Ketawa cikgu dia bila kaklong citerkan perkara ni. Sabor ajelah cik mek kecik tu. Sib baik Alia tak join sukan tu disebabkan demam, kalau tak alamat kalahlah pasukannya.hehee.

Cerita Asmaa

Asma dah 6 bulan pada Ahad lepas
Dia duk sibuk nak mulakan pergerakan merangkak, tapi tak boleh2 lagi. Pendek kata bertambah lasak. Bab kutip benda masuk mulut biasalah tu.
Dah belajar minum pakai cawan
Dah belajar pegang botol susu sendiri
Dah mula fokus dengan suasana keliling
Biasalah umur masa ni mudah ketawa bila diagah

Thursday, March 27, 2008

Demam Viral

Salam,

Terima kasih suruh kaklong makan ubat dan doakan cepat. Syukurnya kaklong tak demam, cuma rasa badan demam. Periksa suhu badan, tak sampai 37 drjh pun. Tapi, memang lain macam masa tu, telan gak panadol pagi dan petang, syukur ok lepas tu.

Alia dan Asmaa pula kena demam viral dalam minggu ni. Ala demam yang keluar bintik2 merah tu, tapi bukan measles atau chicken pox. Asmaa kena dulu dan Alia berjangkit daripadanya. Syukurnya Asmaa dah kebah demamnya pagi ni. Alia masih demam lagi.


Kesian plak kat Alia, dia missed nak join sukan Taskinya esok (JUmaat), walhal dah siap beli kasut sekolah tu. Tak de rezeki la Alia. Tahun depan ek, insyaAllah.


Oh ya, Ahad lepas, Aiman bawa pulang 2 hadiah sukan sekolah. Pasukan dia dpt tpt k 3 dlm 2 acara. Seronok tengok dia happy dengan hadiahnya tu. Husna pula tak de rezeki nak rangkul apa2 hadiah.

Oklah, tak de apa nak laporkan ni. Hajat hati nak masukkan gambar2 masa sukan sekolah anak2 ari tu, nantilah. Tak de mood ni. Letih pun ya. Mengantuk menunggu orang antar gas tak datang2.

hmm..entri boring ari ni. Nak citer pasal isu politik terkini pun mood tak de. Wassalam

Monday, March 24, 2008

Monday Blues

Salam,

- puan blog kena monday blues

-badan rasa demam

Friday, March 21, 2008

Cuti Maulud Nabi

salam,

Pagi ni kaklong tak ke kampus. Minggu depan la pergi.

Kaklong terfikir, agaknya kalau tak de sambutan maulud Nabi ni, agak2nya ada tak orang ingat tarikh kelahiran bersejarah Rasulullah kita ni? Orang2 yang rajin tengok kalendar hijrah dan tau kisah sejarah Islam, memang taulah tarikh lahir Rasulullah bila, insyaAllah. Tapi yang tak pernah tau kisah sejarah Islam tu, camner ya?

oklah, semalam kami tak kemana2 belah siangnya, duduk rumah aje. Tapi malam tadi kami ke pasaraya cari sikit barang dapur. Makan kat luar siap2.

Eh, lupa nak cakap kat Husna, yang semalam birthday dia yang ke 9 ikut kalendar Hijrah. Sama ngan tarikh kelahiran Rasulullah.


Kat bawah ni pulak saja nak kongsi aktiviti Asmaa dan Alia. Perlu diingatkan, aktiviti budak kenit dua orang ni berlangsung pada salah satu hari dalam minggu lepas waktu 3 orang anak kaklong yang lain tu duduk di rumah mertua.

Waktu: 1 pagi lebih (nak masuk tidur dah masa tu)

Lokasi: Bilik Tidur

*maaf gambar nampak gelap pula bila dah masuk dlm blog ni*

video

oh ya Azwa, Asmaa belum merangkak tapi dah suka angkat punggung tinggi2. Sitilina, x de nampak pun gigi Asmaa mula nak tumbuh, tapi rasanya dia tengah peringkat gatal gusi :).

Citer politik lagi sikit...rasanya berita2 politik sekarang ni lebih mendebarkan. MB Terengganu lum tau lagikan. Ada pulak yang letak jawatan dalam kabinet Pak Lah..ada pulak yang dah tak sesuai dilantik semula dalam kabinet..sabor ajelah.

Tuesday, March 18, 2008

Kecoh...

Salam semua...

Hari ni kaklong masih tak ke perpustakaan. Asmaa nampak beransur sihat sejak petang semalam, tapi kaklong nak bagi dia rehat lagi kat rumah dan esok ke nurseri, InsyaAllah. Betui la agaknya dia demam nak beralih bulan kot :). Hujung bulan ni masuk 6 bulan. Terima kasih mendoakan Asmaa kembali sihat.

Hmm..kecoh betul pagi ni anak2 nak ke sekolah. Aiman sejak semalam tak jumpa songkoknya. Mana dia salah letak, tak taulah. Kaklong cuba cari pun tak jumpa. Sian gak kat dia. Tapi memang nak kena cari lagi. Huda pulak, entah kenapa sejak awal pagi sensitip. Waktu mandi menangis, sampai hilang sabor kaklong dibuatnya. Katanya sakit, bila tanya apa yang sakit, dia tunjuk lengannya. Tapi tak de apa2 pulak kesan gigitan ke apa. Sib baik Alia sporting time mandi ni, ok aje, biasanya dia yang lebih kerenahnya. Husna pula sibuk ngan t-shirt sukannya. Kaklong suruh cari sampai jumpa. Bukannya tak de ada. Ha, jumpa gak dalam almari dia. Pastu, Aiman datang mengadu baju sekolah dia tak de pulak. Aikk..rasanya ada 4 helai dah bergosok lagi dalam almari tu. Rupanya dia salah letak, dah dua helai dia keluarkan daripada almari, dua2 salah letak. Sabor ajelah. Sudahnya jumpa jugak. Aman kejap.

Pastu dah nak pergi sekolah, tak semena2 Huda berebut nak bawa botol air abgnya..Sampai menangis melalak lalak. Ya Allah..geram betul. Ayahnya duk sabar2 pun hilang sabar jadinya. Memang kaklong tak bagi Aiman mengalah, suruh aje Aiman bawa botol airnya tu. Botol air Huda ada, tapi dia tak mo bawak. Dia berkenan ngan botol air mineral water abgnya gak..Kaklong pesan kat Husna suruh beli air mineral water, supaya esok Huda boleh bawa botol air tu.Tak nak pulak si Huda. Akhirnya Huda mengalah dalam tangisan. Mana taknya, ayahnya cakap kalau tak berhenti menangis, tak yah ke sekolah. Dia masuk dalam kereta aje minta susu pulak. Ayoyo..dah nak pergi ni. Eiii..geram geram. Yang si Alia pula, ayahnya dah hidupkan enjin, tiba2 dia perasan kaklong tak bersiap. Dah menangis tak mo ke sekolah. Nak ikut ummi katanya. Ya Tuhan...memang kaklong bertegas suruh dia pergi gak. Dia masih tak mo bergerak daripada muka pintu. Kaklong basuh botol susu Huda dan masukkan air teh. Dah siap tu, dukung Alia masukkan dia dalam kereta. Sempat lagi tu berebut tempat duduk ngan kakak Hudanya yang baru nak 'cool'. Dia nak duduk tengah, tempat feveret dia. Cembeng balik menangis. Dah..kaklong malas nak layan. Terus tutup pintu kereta.

Dan bila suasana kembali aman? Bila ayahnya pandu kereta keluor drp laman rumah..fuhhhh lega.....Tak taula apa citer pulak depa tu on the way ke sekolah.

Psst..nak gosip pasal politik plak. Sian ler pulak tgk ex MB Perlis tu. Tak pelah, takat itu aje Allah izinkan dia jadi MB. Allah nak suruh dia rest la tu. Biarlah orang lain pula yang jalankan tugas. Mana tau ada rezeki lebih baik drp jawatan MB ni. Kalau kita buat kerja kerana ALlah tu, insyaAllah, apa2 hal yang berlaku, terutama perkara yg mendukacitakan hati, kita akan belajar rasa redha dan akan fikirkan hikmah disebaliknya.

Monday, March 17, 2008

Persekolahan bermula

Salam semua,

Anda semua sihat ? Harapnya sihat2 belaka.

Hari ni sesi persekolahan bermula. Hajat di hati kaklong nak ke perpustakaan asalnya terpaksa ditangguhkan sebab Asmaa mula demam Sabtu tengahari lepas. Pagi ni masih hangat lagi badannya. Boleh aje nak hantar ke nurseri, tapi fikirkan badannya hangat lain macam, biarlah kaklong sendiri monitor. Dia pun merengek semacam time hangat sangat badannya. Hari pertama aje suhu dia tu 39 darjah! Kalau kat nurseri tu, susah kakak pengasuh nak fokus pada dia sorang, baby dan kanak2 lain ramai. Harap2nya esok dia sihat betul, bolehla dihantar ke nurseri dan bolehlah kaklong ke kampus.

ok...itu saja ceritanya. Macam tergantung la pulak. Tak pelah..ni nak buat syarat aje untuk entri baru :).

Terima kasih daun keladi, kalau sudi datang ler lagi :)

Friday, March 14, 2008

Beg hitam tinggal

Salam,

Sakan nampaknya kaklong update blog minggu ni :).

Start minggu depan tak de ruang waktu camni dah.

Apapun nak ucapkan tahniah pada anak kak Sya, Aiman dapat 10A dlm SPM. Dapat rasa camner perasaaan Kak Sya yang happy teramat sangat apatah lagi dia sorang aje memikul tanggungjawab memelihara dan mendidik semua anaknya. Hilang sikit lelah rasanya. Moga langkah Aiman terus cemerlang ya. Buat semua anak2 yang cemerlang dalam SPM, terutama adik yang dapat 20A1 tu, teruskan kecemerlangan anda. kaklong suka bila dia cakap, dia bukan nak pecah rekod dlm SPM ni, tapi sebab dia mmg nak belajar untuk diri sendiri. Bagus..bagus.. Tak dilupa pada adik2 OKU yang cemerlang dalam SPM..kuat usaha mereka nak berjaya macam kawan2 lain yang sempurna anggota.

Ok, citer kaklong pulak. Macam yang kaklong bagitau pada Rabu lepas, semalam kaklong p perpustakaan. Pastu tengahari p LRT Putra Ampang Park sebab ada orang pesan nak beli phyto fiber. Syukur kami berdua sama2 tiba tepat waktu. Urusan jual beli pun tak lebih 10 min. Tiba2 ada plak org tepon dr Indonesia nak order phyto. Terus call suami minta dia periksa email pesanan hamba Allah tu. Yang lucu tu, ramai ingat produk ni kami yang punya, walhal kami cuma antara stokis bergerak saja. Mungkin sebab website tu la. Yelah, atas inisiatif suami yang wat website tu. Ok ok, sambung aktiviti kaklong seterusnya.

Lepas cakap ngan suami, kaklong dpt keizinan dia nak ke KLCC. Nak masuk kedai buku besor, ala..cik Kuni tu. Ni first time kaklong masuk situ. Meroyan den tengok buku2 tu, tp window shopping aje dulu, tak capai walau sebuah pun. sabar....Pastu jenguk cik Ise*** pulak. cuci mata gaklah, nak tgk barang baby. tp sayang tak banyak pilihan. Cancel nak beli yang dihajati.

Pas tu balik kampus semula. Hujan pula ditengah jalan. Tak pe, menyejukkan suasana. Masuk perpustakaan, amik pesanan fotokopi. Hmm..terbang kat RM 50 gak duit fotokopi ni. Yang senang hati sikit tu, boleh claim nanti kalau permohonan peruntukan pascasiswazah yang kaklong apply aritu diluluskan. minta lulus la. Nape tak pinjam aje? Tak boleh. Sebab kaklong external member perpustakaan tu. Kalau nak pinjam, satu buku kosnya RM 150 !!! Tapi akan dipulangkan semula duit tu bila dipulangkan semula. Hmm..tak yahlah, baik fotokopi. Bukan satu dua buku nak pakai, banyak. Kopak dibuek eii kalau pinjam, biarpun boleh dpt duit tu balik.

Lepas asar, kaklong dan suami pergi rumah mak nak amik Asmaa dan Alia. P.Ngah kaklong dah ada rupanya. Dia ni abg mak. Datang nak amik mak bawak ke rumah dia. Sabtu ni P.Ngah terima menantu. Kaklong memang tak dapat dtg awal, ada kelas sampai petang. Mungkin 5 ptg kot baru tiba rumah P.Ngah..sah2 den dtg sebagai tetamu :).

Mak keluar dulu. Kami keluar kemudian. Suami ada pegang kunci rumah mak. Ingatkan nak balik rumah terus, tapi dpt pesanan phyto pula dr Bukit Jalil. Jadinya dah lewat petang masa tu, kami putuskan keluar jam 8 malam. Sian kat suami, penat sgt dia tu. Tapi sebab dah alang2 keluar rumah, terus ajelah. Kami tak biasa kat area Bukit Jalil ni, memang sukar cari kondominium pembeli ni. Duk masuk sana, pusing situ, masuk sini, pusing balik. Akhirnya sampai.

Nak jadi cerita, suami duk keluarkan barang2 drp tempat letak kereta tu, dia letakkan satu beg hitamnya kat tepi jalan. Dan dia tak sedar dia terlupa nak masukkan balik beg tu. Masa kereta kami dah nak sampai Gombak, baru melepasi Taman Melawati, dapat satu panggilan. La..baru tau beg tu tertinggal. orang Melayu jumpa beg tu. Dia dpt call suami sebab ada kad nama suami dlm beg tu. La hai..nak patah balik suami tak larat dah, sebab dah jauh sangat tinggalkan Bkt. Jalil tu. Dia pun penat sangat2 dah.

Syukur lelaki tu nak membantu, dia offer nak letakkan beg tu kat pondok jaga kondominium yg pembeli phyto tu tinggal. Tak apalah, suami pun setuju walaupun asalnya suami nak minta dia tolong pegangkan dulu, hari ni barulah ambil. Tp sebab lelaki tu cdgkan camtu, suami ikut ajelah. Tapi hati kaklong pulak bimbang. Dahlah tugas jaga tu ikut shift, sejauhmana keselamatan beg hitam tu terjaga? walaupun tak de benda2 penting macam duit ke, tapi ada dokumen2 berkaitan ngan produk phyto ni. Terus kaklong mohon dlm hati, "Ya ALlah, Engkau Maha Penyayang. Kau peliharalah beg tu, letakkan ia dipegang oleh orang2 yang amanah". Apalagi usaha masa tukan? Doa ajelah.

Tak sampai 10 minit, lelaki tadi telefon suami balik, bagitau yang pengawal kondo tu tak mo terima amanah tu. Leganya kaklong dengar. Dan lelaki tu bersetuju ngan saranan suami utk pegang beg tu dulu hingga suami kaklong datang mengambilnya. Moga dialah orang yang amanah tu amin.

Panjang citer ni. Boring orang baca. Tak pelah, cukup sampai minggu depan kot :).

p.s. Harapnya majlis angkat sumpah kt perak tu dah boleh dilaksanakan. Perkara2 camni orang duk perhati, kalau drp awal nampak tak sepakat, mudah jadi tohmahan.

p.s. Banyak kesalahan tatabahasa. ampunkan saya.

Terima kasih daun keladi. Jika sudi, datanglah lagi..

Wednesday, March 12, 2008

Bermalas-malasan

Salam semua,

Malasnya la dalam dua tiga hari ni. Mentang2 la cuti sekolah. Anak2, 3 org kat kg. suami, lagilah menjadi2 malas tu. Nak buat itu ini rasanya slow betul bergerak. Hmm..bilalah malas-malasan ni nak berakhir. Tak pe, esok nak keluar p perpustakaan dah. So, pulun malas hari ni :). Jangan..jangan..malas itu sifat syaitan huhuhu.

Seronok pulak rasanya tgk perkembangan politik negara kita lepas PRU 12 ni. Paling ketara, kalau tgk temuramah ngan pimpinan2 BN dalam tv tu, nada suara depa dah mula berubah. Nampak sifat rendah diri tu mula ada. Siap pesan lagi kat pemimpin baru kat 5 negeri tu supaya buat kerja dengan baik. Bagus..baguslah. Jadi pemimpin ni kena ada sifat rendah diri. Baru orang sayang. Betullah agaknya, nak kena kalah sekali, baru nampak rumput tu kalernya apa, kalau tak, jalan tu mendongak ke langit aje... Yang menang lagi tu, dan yang baru menang, kena ingat dan didik sifat rendah diri ni dalam diri..confirm menten orang sayang. Allah lagilah sayang.

Apapun k.long tabiklah kat ex YB Lembah Pantai, hari pengumuman keputusan tu dia masih mampu tersenyum dan bercakap dengan wartawan walaupun kita tau sedihnya hati dia yang teramat kerana kalah pada lawan yang masih hijau dlm politik. Mcm tulah nampak pro. Ex MB Penang pun sama, masih mampu tersenyum dan bertenang.

Hmm..apapun kaklong duk menanti ni sapalah yang bakal jadi menteri jaga tol, menteri jaga harga minyak dan menteri jaga harga barang. Harap2nya YB2 yg bakal terpilih tu, kena hati2 dlm bab2 nak naikkan rege benda2 ni, kalau tak nanti nahas kena cantas dlm pilihanraya akan datang. Jangan main2 ngan rakyat sekarang..la la la la...

Monday, March 10, 2008

PRU 12: TARBIAH ATAU HUKUMAN?

Salam,

Siapa sangka ya? Tak sangka langsung. Tak jangka langsung. Penangan PRU 12 kali ni sungguh luar biasa.

Hasrat nak nafikan majoriti 2/3 asalnya terus dapat 5 negeri. Sapa nak sangka BN akan jadi pembangkang di 5 negeri!

Ia tarbiah (didikan) atau hukuman? Kaklong anggap ia satu tarbiah (didikan) dan hukuman dari ALlah. Kenapa? Bila kita berkuasa, kita ada kekuatan jentera, duit banyak, media massa dan elektronik di bawah kawalan kita, kita boleh jadi lupa diri, dan timbul satu sifat keangkuhan. Bila angkuh menguasai diri, kita fikir kita boleh kuasai semua. Tapi kita lupa, ada kuasa lagi tinggi drp kita. Iaitu Allah. Dialah yang menguasai pemerintahan langit dan bumi. Maka, segala sesuatu itu berlaku dengan kehendak dan keizinanNya. Pendek kata, ALlah tak izinkan BN menang kali ini.

BN kena muhasabah diri balik. Apa yang tak kena sampai jadi macam ni? Kaklong ni bukan reti bab2 politik, tapi, stakat pemerhatian kaklong, pemimpin2 BN ni dah sampai tahap angkuh. Cakap besar, terutama yang beragama Islam tu. Bila dekat2 pilihanranya hari tu, nak muntah baca akhbar2 utama negara. Eksyennya perangai depa masyaAllah. Jgn lupa kita ada Tuhan. Semua benda dalam dunia ni, wlwpun sebesar zarah dalam pemerhatian dan pengetahuan Allah (surah Yunus: 61). Dia tak pernah mengantuk atau terlelap. Maha suci Dia drp sifat2 lemah itu. Bila kita jadi angkuh, manusia keliling kita menyampah, apatah lagi Allah. Tu yang Allah tunjukkan sekali kekuasaan Dia, tak de sapa boleh menghalang...

Lagi satu, pemimpin2 politik ni khususnya beragama Islam kena fikir, aku nak jadi wakil rakyat kerana apa? Nak kumpul harta untuk sendiri dan keluarga, atau nak kejar pangkat atau memang betul2 nak jadi pemimpin untuk memikul amanah Allah dalam menjaga rakyat? Kalau nak kumpul harta untuk diri sendiri dan tak mahu menggunakannya utk jalan Allah, ingatlah amaran Allah ni;

"orang-orang yg menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapt) seksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan utk dirimu sendiri, maka rasakanlah mereka sekarang (akibat dri) apa yang kamu simpan itu" -
al Taubah: 34 & 35

Bila dah sampai tahap kumpul harta utk diri sendiri tu, tu yang sanggup main rasuah. Terima rasuah tu tok sah katalahkan. Tu belum lagi bagi rasuah sbb nak pastikan jawatan yang dipegang sentiasa dalam tangan. Inilah fitnah dunia...berhati2lah wahai para pemimpin dunia.

Kepada yang menang, khususnya pembangkang yang dpt 5 negeri ni, jangan suka sangat, jgn lalai. Ini pun ujian utk anda. Menang ujian, kalah lagilah ujian. Mohonlah sentiasa padaNya agar memberikan petunjuk utk anda jadi pemimpin yg amanah. Ingat, bukan takat solat, puasa aje yg ditanya Allah nanti. Tugas kita kat dunia ni pun kena tanya. Hmm..sapa kata politik bukan sbhgn drp agama? sapa kata ekonomi bukan sbghn drp agama? pendek kata semua urusan manusia di dunia ini akan ditanya di akhirat kelak.

oklah. takleh nak tulis panjang lebar lagi ni. Rasa macam tak best aje menulis ni. oklah, Asmaa nakkan perhatian. kaklong duduk rumah hari ni. hanya alia dan asmaa kat rmh. yg lain tinggal rumah mbahnya.

Cerita kaklong dan keluarga

SALAM,

Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya. Kaklong sekeluarga sihat seadanya, alhamdulillah. Asmaa dah 5 bulan tau. Dah pandai menjulur ke depan, buat pusingan 360 darjah. Pendek kata, pandai merayap. Pandai mengutip pun satu. Pandai menumpahkan air dalam cawan (ni kes letak cawan berisi air dekat dengan dia la ni.). Mulut pun dah banyak bising. Pandai protes, oh..tapi tak lah sampai jadi mcm PRU 12 ni. Very very big swing huh..

Baru hari ni berkesempatan nak buat entri. Keadaan dan masa tak mengizinkan. Baru-baru ni Satu hari dalam minggu lepas, kaklong terserempak dengan adik blogger, Inqilaab, kat luar lib. kampus, itulah pertanyaan pertama dia napa kaklong lama tak update blog. Inqilaab, akak suka tgk keadaan awak sekarang; bertambah ceria dan sihat ! Kekalkan.

1 Mac lepas, kaklong ada kelas. Masa time rehat tu, kaklong dan beberapa rakan sekelas makan kat cafe, tiba2 datang sorang lagi. Belum sempat dia duduk kat meja tu, soalan dia, "akak..akak ada blog ya?" errkkkkk...terkjut kaklong. Merah jap rasa muka tu. Alamak..kantoi den. Camno dia tahu ni? "Ala..napalah tanya depan kawan ni2," lebih kurang jawapan kaklong. Dia terkejut, ingatkan kaklong ada bagitau kawan2 sekelas yang kaklong ada blog. Memanglah tidak. Elok2 kengkawan baru ni tak tau kaklong ada blog, dah tau. Seganlah. Memang sungguh segan rasanya. Tak pe, kaklong tak marah pun kat dia.

Kaklong tanyalah mana dia tau, rupanya dia kawan sorang blogger tu, la..kawan si alBazrah rupanya. Dia pun rajin masuk blog al Bazrah dan surf blog bloggers lain dlm blog alBazrah tu. Bila dia masuk blog kaklong dia kata, dia dah syak kaklong orangnya. Dia kata, gaya kaklong bercakap kat luar dengan stail penulisan kaklong ni mcm sama aje ngan kaklong. Tu yang dia tanya tu. Kaklong ni masih tak confirmkan lagi betul ke idak itu kaklong. Bila dia cakap nickname blogger tu, "kaklong syikin"..heheeh, sah sahlah kaklong tu. takkan nak menipu kot. Yang entah apa2 tu, kaklong boleh reaksi spontan menyorok muka belakang tudung kawan yang duduk kat sebelah.Sabor ajelah. Reaksi terkejut kata orang. Bila fikir balik, hmm...mcm budak2 aje kaklong ni. Kengkawan lain yang baru tau tu, tanya gak blog pasal apa, kaklong cakap citer pasal family aje... Ada sorang tu cakap nak cari blog kaklong ni, tak taulah dah jumpa ke belum :).

Kisah anak-anak yang lain pula. Utk prestasi pelajaran Husna dan Aiman, dalam test 1 ni. Alamdulillah, Husna dapat no. 1 dan Aiman no. 7. Punyalah risau, yelah, maknya belajar, ayahnya pula sibuk bekerja dan belajar juga, mana nak fokus kat anak2 sangat. Kaklong balik rumah pula sibuk ngan kerja2 rumah dan hal ehwal anak2 yang 5 orang ni. Nak duduk study ngan depa macam dulu2 tak dapat sangat. Tapi syukurlah doa kaklong makbul. Cuma time nak exam tu, memang bingitlah telinga depa dengar kaklong pot pet pot pet pasal exam ni.hmm..tulah dia kalau dah jadi mak, memang confirm ada lesen membebel..huhuhu.

Alia pula, aduh..memang dia ratu air matalah. Dah masuk bulan mac ni, masih lagi menangis kalau nak ditinggalkan di taski. tapi kejap ajelah. Tu yang kaklong malas nak hantar dia sampai depan muka pintu taski tu, dia nak kaklong gak yang hantar, bukan ayahnya. Syukurlah cikgu2 Taski dia memang jenis penyayang, bolehlah pujuk dia. Bila kaklong tanya kat rumah nape masih suka menangis, dia jawab ngan pelat2nya tu, nak ikut ummi. Pernah tak dia tak menangis? Pernah, tapi rasanya tak sampai 5 kali dia tak menangis bila kaklong nak tinggalkan dia.

Lagi satu, kaklong baru tau daripada cikgu Taski, yang ALia ni kalau diajar mengaji masa kat taski, suaranya tak keluar, cuma nampak mulutnya kumat kamit aje. Jadi cikgunya ingat Alia ni pendiam, hinggalah bila dia terdengar Alia menjerit melaungkan nama abangnya yang datang mengambil setiap kali habis kelas, baru dia tau Alia ni bersuara nyaring. Kat rumah, tok sah cakaplah, suara dialah paling nyaring, nada suaranya tinggi memanjang,sampai tahap bingit. Kalau menyanyi lagu2 yang diajar kat Taski tu, aduh...

Huda pula, cik mek ni menten ok. Balik rumah suka ajar kaklong menyanyi lagu2 yang dia dapat kat taski tu. Siap kena tengok dia perform camner. Kena paksa pula tu..sabor ajelah.

Saturday, February 23, 2008

Terima Kasih

Salam,

TERIMA KASIH
banyakk-banyakkk atas ucapan besday dan doa2 yang baik tu. Amin....

p.s. hari ni tak kemana. Suami ikut bengkel kat luar. Ni pun letih sangat..tak cukup tidur. Siapkan kerja nak email pada supervisor. Lega dah siap dan dah email pun.
oklah..chow. nak p tiduq sat. qada' la, apa lagi :)

Sunday, February 17, 2008

Faktor masa

Salam,

Nota: entri dibawah ini telah ditaip pada malam Ahad, dan disambung sedikit pada pagi Ahad ini.



Malam ni curi masa lawat blog kengkawan. Tak sedar, hampir satu jam rupanya kaklong ronda2 blog kawan2 mana yang sempat plus buat entri ni. Lama tak duduk macam ni untuk blog hop. Tapi pergi mana yang sempat ajelah. Macam2 cerita kawan2 yang kaklong ketinggalan. Terkini, takziah pada KV dan family atas pemergian arwah bondanya yang tersayang. Al-Fatihah.



Barangkali ada yang terfikir, susah sungguh ke kaklong nak bertenet sekarang di waktu siang hari terutamanya? Memang susah.



Jadual kaklong, hari2 keluar pegi kampus, naik LRT dan bus. Macam orang pergi kerja tu. Biasalah naik pengangkutan awam ni, mmg banyak ambil waktu kita. Biasa sampai dalam kampus antara jam 9 pagi lbih - jam 10 pagi. Lepak kat perpustakaan cari bahan. gedebak gedebuk buat itu ini, termasuk memfotostat bagai, curi masa makan tgh lagi, maka jam 2.30 ptg kaklong dah kena standby tunggu bas nak keluar kampus utk ke stesen lrt. biasanya jam 3 dah naik lrt. lebih kurang 3.30 ptg sampai destinasi perhentian. pastu berkejar nak naik bas rapid ke tmpt kerja suami pula. biasanya lagi 5 atau 10 minit jam 4 ptg baru sampai tpt kerja suami. daripada sana, kami ke sekolah, taski n nurseri anak2 ambil depa.


Biasanya sebelum 5 ptg kami dah sampai rumah, tapi kalau singgah beli barang or kuih muih, atau suami masih ada kerja, 4.30 prg baru kami ke sekolah anak2 dan lepas 5.30 baru sampai. Masuk rumah, terus buat kerja rumah pula. Kalau penat sangat, rehat jap. Kalau rasa ok lagi, mmg buat kerja rumah tak berhenti. Nak tgk tv sakan macam dulu pun tak berani. Tapi tulah, kerja rumah tak pernah habiskan..tenaga kita pula terhad. Suami pula jadual malamnya mmg banyak kat luar. Balik pun lewat. So, banyak kerja rumah mmg kena buat sendiri. Tapi kaklong tak mo paksa diri, buat mana yang larat. kalau tak boleh meroyan, ngan anak2 lagi. mana nak sempat bertenet berjam2 waktu malam hari?


La ni, jam 10 malam mmg dah boleh masuk tidur (pernah 9 mlm lebih tertidur dah), penat sangat2 lah tu, kalau tak boleh tahan mata sampai jam 12 malam wlwpun penat. Nanti pagi2 esoknya, jam 5.30 pagi lebih kurang, dah bangun. Paling lewat 6 pagi. Atau tidur jap lepas maghrib, pastu bangun buat apa yang patut. La ni ada jadual baru, masakkan bubur nasi Asmaa sebaik bangun pagi. Dah seminggu dia mula makan bubur. Skrg ni dah tak jual ke nestum utk 4 bulan? Setakat yg kaklong jumpa, semuanya utk 6 bln ke atas. Kat hypermarkets pun tak de utk 4 bulan. Ada sesapa tau kat mana boleh jumpa nestum 4 bulan? tulah sebabnya kena masak bubur nasi asmaa. pas tu kena sejukkan kejap dan blender halus siap2 utk dibawa ke nurseri.


Mesti ada yang bertanya..tak baca buku ke kat rumah waktu malam? hehee..anak2 kaklong dan kerja rumah adalah 'buku2 kaklong'. sesekali ada ruang masa baru dpt baca.


Tu sebabnya kalau kat kampus kaklong betul2 gunakan masa tu cari bahan.Bukannya tak de pc n internet dlm lib tu, ada. Bukannya tak de makmal komputer, ada. tp kaklong tak leh nak blogging memanjang. faktor masa tu penting buat masa ni. Lagi satu, ramai student nak guna internet gak, sedangkan pc terhad. Tu tak boleh nak guna pc lama2. Rugi p library tapi tak leh nak access bahan banyak2. Dan kaklong belum ada rezeki nak beli laptop masa ni, kalau tak bolehlah bertenet daripada mana2 tempat yang ada tawarkan wayarless internet tukan, hatta dalam kampus sekarang pun mmg ada kemudahan tu.

Kaklong tak boleh nak lepak kat lib. lama2 sampai malam sekarang ni, sian kat anak2 terutama Asmaa yang masih breastfeed. Yap, kaklong buat susu perah dan bekalkan. Tunggulah Asmaa dah setahun kot, mungkin boleh balik lewat sikit.


Dan mesti ada yang pelik, panjang lebar entri kaklong kali ni. Ini pun tadi baru terjaga tidur, curi tidur lepas maghrib. Bawa asmaa tidur sama. Anak-anak yang lain berjaga. Penat badan giler2 sangat. Rehat jap, sambung buat kerja rumah. Kaklong tak masak sebab mak dah bekalkan nasi dan lauk. Siput sedut masak lemak cili api you.... Pagi - petang Sabtu ada kelas. Balik naik lrt dan bas sampai ke rumah. Suami dan anak-anak pula duduk rumah mak kaklong. Husna dan Aiman ada sekolah ganti hari Sabtu. Biila kaklong balik rumah, baru suami dan anak2 dapat balik rumah. Mana taknya, kunci rumah suami tertinggal pada kaklong masa kunci pagar, lupa kaklong nak serah kat dia lepas kunci pagar tu. Tu yang suami tak dapat nak bawa anak2 balik rumah awal.
oklah. stop dulu, kerja rumah dah menanti tu...(oh, ni pagi ahad pula).

Sunday, February 10, 2008

Happy Birthday to Me

Salam semua,

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!

MOGA KAKLONG DIBERI YANG TERBAIK DI DALAM KEHIDUPAN INI, ALAM BARZAKH DAN ALAM AKHIRAT. AMIN....

Hari ni, 10 Februari adalah tarikh kelahiran Kaklong. Dah 34 tahun. :)

Terima kasih buat suami tercinta yang belanja makan satay siang tadi. No candle light dinner bagai, hangkut semua anak sekali hahaha.

Thursday, January 31, 2008

Wednesday, January 30, 2008

Selamat Hari Jadi

Salam,

SELAMAT HARI JADI BUAT SUAMI TERCINTA, ABE F... (hihi)

Dah genap 34 tahun hari ni.
All the best to you, babe..
Moga bertambah amalan baik kerana makin meningkat usia kita, semakin kita menghampiri kematian sebenarnya.

SELAMAT ULANGBULAN K 4

Alhamdulillah Asmaa pula genap 4 bulan hari ni :). Gambar dia meniarap tu akan dimasukkan kemudian, insyaAllah. Dah boleh ajar dia makan makanan lembut. Pandai menangis gak sekarang.

oklah..berhenti dulu. Tentang ujian kaklong tu, kaklong dah ok semula. Sabtu dan Ahad tu memang penyedih jadinya. Ala..ni bab pengajian Ph.D kaklong la ni. Tapi dah nampak cahaya di hujung jalan, ecewah hehee. Ada beberapa alternatif lain untuk penyelesaiannya. Takpe, Allah nak uji tu nak tengok daya tahan kita camnerkan? Yang penting, kita tak putus munajat dengan Dia, adalah jalan keluar tu. InsyaAllah. Terima kasih atas doa kalian.





Saturday, January 26, 2008

Ujian

Salam,

Tiba2 kaklong diuji hari ni. Cukup untuk mengalirkan air mata. Yang pasti bukan ujian rumahtangga. Nau'udzubillah.

Wednesday, January 23, 2008

Cerita Cuti

Salam,

Hari ni cuti sempena Thaipusam. Kami tak kemana2 pun. Nama aje cuti, tapi masa nilah nak pulun buat kerja rumah. Heheh, itulah kalau dah hari2 keluar rumah sekarang ni. Ari tu Sastri cakap kaklong superwoman. Aduhai, menakutkan gelaran tu. Ada masanya, apa yang kita rancangkan tak jadi seperti yang diharapkan walaupun kita cuba untuk berdisiplin sebaik mungkin dalam melakukan kerja2 rumah. Biasalah, kita ni manusia yang lemah. Tak semua dalam kawalan kitakan. Terutama kalau badan dah terlalu letih tu, memang susah nak buat seperti yang dirancangkan. Contohnya kain baju yang dah dibasuh malam tu, kalau dah letih sangat, biarkan aje, esok paginya sebelum keluar rumah baru dijemur.

Cerita Asmaa yang terkini, dia dah boleh meniarap!!! Rasanya anak cikdinz seawal masuk 3 bulan dah meniarapkan? Tapi asmaa ni dah nak masuk 4 bulan baru boleh meniarap. Takpelah, yang penting dia dah boleh meniarap walaupun sedikit lewat. Tak leh dah letak atas katil atau sofa tanpa pengawasan.

Oh ya, Zar ada pesan hati2 dengan cik ti takut dia datang lagi..memang pun dah datang lagi. Bahkan dia datang waktu malam pada hari siang yang dia dihalau keluar tu!!! Tapi dia tak leh masuk bilik belakang tu dah sebab ditutup. Suami berjaya halau dia keluar. Dan kami dah tau dan tutup lubang kecil yang dia berjaya loloskan diri keluar masuk tu. Harapnya sampai bila2 tikus tu dan kaum kerabatnya takkan masuk rumah ni lagi. Tak larat dah nak layan najis2 dia tinggalkan tu.

oklah, berhenti dulu. Mata dah berjerait ni. Nak tutup aje rasanya. Ni pun duk menguap aje. Tak larat nak blog hop. Wassalam

Friday, January 18, 2008

Apa2 ajelah tajuknya

Salam,

Curi masa sikit.

Kaklong sefamili sihat. Kami sekeluarga baru aje kebah daripada sakit tekak. Doktor kata virus la tu sebab hampir semua kena waktu yang sama. Semua anak kecuali Asmaa kena batuk dan selsema masa tu. Alia paling teruk. Syukur lelah dia tak datang sebab cepat2 bagi ubat alahan.

Asmaa nampak gaya nak belajar meniarap. Dalam dua tiga hari ni galak dia mengiring, nak tunggu harinya dia betul2 dapat meniarap sendiri. Kalau ditiarapkan kepala dia memang dah boleh tegak sendiri. Dia pun dah terima suntikan k 3 serangkai minggu lepas. Demam juga, walaupun dah diberi ubat demam terus lepas suntik dan dituam kat tempat cucuk tu.

Kisah Huda dan Alia di alam taski depa ni. Percaya tak dah masuk minggu ketiga ni, Alia masih menangis bila suami/kaklong nak balik. Tapi taklah meraung, nangis kecil aje. Sambil menangis tu ikut gak cikgu masuk dalam kelas. Huda pula dah tak menangis dah, walaupun bila tengok adik dia menangis, dia pun nak menangis sama heheh. Hari ni kaklong tak ke kampus, jadinya huda dan dua adiknya tu kaklong tak hantar ke taski dan nurseri. Tak ke kampus pun, kerja rumah melambak menunggu, tak leh nak blog hop mana. Oh ya, ari tu dah jumpa adik blogger kita, Inqilaab kat kampus. Kecik molek aje orangnya :). len kali jumpa lagi ya.

Dan hari ni kaklong tersenyum happy. Mana tidaknya, mission yang awalnya impossible dah berjaya dilaksanakan. Mission accomplished. Yehaaaaaaaa. Cik tikus yang jadi musuh ketat kaklong tu dah berjaya dihalau keluar betul2 pagi tadi. Bayangkan sekarang ni hari2 rumah kami dah bau kencing tikus aje..Bukat takat kat bilik belakang tu, kat ruang tamu pun dia buat bisnes kat belakang almari2 buku. Geram betul. Dah basuh, bau kat tempat lain pula di hari lain. Selalu tertipu ingatkan dia dah keluar daripada rumah, rupanya ada lagi.

Dan pagi tadi, kaklong betul2 kemas bilik belakang tu, rupanya elok aje dia berumahtangga dalam satu beg plastik hitam atas almari. Bila kaklong turunkan plastik tu, rupanya dah berlubang sana sini plastik tu, ngan bau hapak kencingnya lagi. Tiba2 dia terpacul keluar. Apa lagi, kaklong menjerit lari keluar takut dia lari dan terpijak pula atas kaki kaklong..eiiii geliiiiii. Dah lah badan besar macam tikus2 yang ada kat pasar2 malam tu. Dia pun apalagi macam mat rempit melulu lari keluar ikut sliding door yang sedia terbuka tu. Leganya.. Tapi jangan tak percaya, badan kaklong menggigil kejap lepas tu sebab terkejut tengok kebesaran tubuhnya itu Heheh..apa raaa.. So, sekarang rumah i dah bau terra care dah, itu hapak kincing sudah tarak..Harapnya berkekalan. Sekarang ni nak pastikan malam2 dia tak cuba curi masuk lagi. Kaum kerabat tikus ni ramai, jiran2 pun duk mengeluh rumah depa dimasuki tikus. Buat macam rumah sendiri pulak tu, sabor ajelah.

Sunday, January 13, 2008

Tak mo kerja ke?

Salam,

Buat apa sekarang?

Tak mo kerja ke?

Bila nak kerja?



Tiga soalan di atas adalah soalan2 popular diutarakan pada kaklong oleh mereka yang kenal rapat atau mengenali diri kaklong terutama saudara mara kaklong. Yelah, asyik dengar belajar..belajar..belajar tak habis2. Bukan tak mau kerja. Tapi ORANG TAK MO AMIK KITA BEKERJA!!! hehehe. Maknanya rezeki kaklong nak dpt kerja tetap tu belum ada lagilah. Bukannya tak de pengalaman kerja langsung, ada, tapi kerja sementara aje mcm jadi guru ganti, tolong kawan buat bisnes.




Merata-rata i hantar resume you..tapi, samada tak de respon langsung, atau dpt panggilan temuduga tapi gagal. Ada sekali tu, bila follow up, staff tu cakap resume dah masuk bilik dekan, tapi sampai sekarang tak keluar2. Sahih la tu..hehehe. Ada gak terlepas peluang nak mohon, tarikh permohonan dah tutup. Tu la pasal terlepas chance nak diinterview oleh Prof. MKI aritu heheh.




Satu lagi, bila dah beranak pinak ni serta suami punya kerja tetap dan stabil, kaklong tak boleh nak keluar bekerja di luar negeri yang kaklong menetap sekarang. Famili keutamaan kaklong. Kaklong tak sanggup nak jadi isteri pjj (perhubungan jarak jauh) dengan anak2 aje kat negeri lain dan suami duduk kat tempat lain. Kecuali awal2 berkahwin dan sebelum ada anak dah jalani hidup pjj, itu lain cerita. Bukannya tak de kerja kosong untuk dipohon yang sesuai dengan kelayakan kaklong di luar Lembah Klang ni, ada, tapi tulah no pjj please. Itu kaklonglah (buat masa ini). Orang lain cara mereka. Yang pasti sesuai dengan kemampuan diri masing2kan. Dan kaklong tabik springgggg dengan pasangan yang boleh hidup cara pjj ni.




Dan rezeki sambung belajar kali ini pun tak disangka2 sebenarnya. Dapat biasiswa pula tu. Memang out of planning. Unsangkarable cakap orang Jerman. Cadangan asal nak bekerja dulu, lepas beberapa tahun baru sambung belajar. Allah tu dah atur rezeki kaklong camtu. Habiskan belajar betul2 baru dapat kerja kot. Bersangka baikkan?




Yang syukur tu, rezeki kerja tetap payah dapat, tapi dapat anak ramai, peluang sambung belajar tinggi2 walaupun bukannya kategori bijak, kesihatan yang baik, rumahtangga bahagia setakat ni, makan pakai cukup sekadarnya, alhamdulillah kaklong dapat. Itupun rezekikan?