Wednesday, February 11, 2009
Sudah 35 Tahun rupanya
happy birthday to me..
happy birthday to me...
happy birthday to me....
10 Feb. genap usia kaklong 35. Huh, bertambah tue rupanye..ada 5 tahun lagi nak mencecah 40.gulp...takut? ha ah, takut..camner pulak rasanya masuk usia 40 nanti :).
apa yang dah kaklong sumbangkan di usia 35 ni?
apa yang dah kaklong capai di usia 35 ni?
Segalanya bermain di benak fikiran kaklong..
Makin banyak umur yang Allah anugerahkan pada kita, makin hampir sebenarnya dengan lambaian kubur..huh, kena sentiasa sedar diri ni. jgn lupa diri..
moga kaklong bahagia sentiasa hendaknya, murah rezeki, kesihatan yang baik dan sentiasa di dalam perlindungan dan peliharaanNya sentiasa, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan pengakhiran hidup yang baik. amin...
p.s. terima kasih pada kalian yang masih sudi mengunjungi teratak blog ini biarpun kaklong dah kurang aktif sekarang. Mohon maaf juga kaklong dah tak luangkan masa untuk melawat blog kalian. Tiba masanya, kaklong akan aktif kembali, insyaAllah.
Thursday, November 20, 2008
Selamat Harijadi Alia - 4 tahun
Selamat harijadi Alia Khairiyyah..ummi doakan segala yang terbaik buat kamu ya.
16hb Nov. yang lalu tarikh lahirnya...kebetulan jatuh pada majlis perkahwinan mak saudara pupunya (adik sepupu suami kaklong). Kiranya gambar ni adalah gambar terkini dialah.
Sejak masuk Taski, bertambah matang nampaknya dia, bertambah bijak, bertambah berisi dan mcm2 tambah lagilah...
Oklah, sampai sini aje ya..nanti entah bila la pula ruang waktunya kaklong akan buat entri baru lagi. Terima kasih yang tinggalkan komen pada entri sebelum ni terutama yang mendoakan kejayaan kaklong. Amin, 1000x.
Oh ya, pasal kaki kaklong yg terseliuh dulu, ok dah, tp kaklong tak leh lasak sangat2, nanti kaki tu jadi cramp, terasa urat halus jadi genting sangat, nak menapak memang sakit, terasa macam nak putus urat halus..masa tu nak kena pakai bandage kaki dan berurut.
Monday, July 14, 2008
Selamat Hari Jadi Aiman Fathi
Happy birthday AIman (3x)
Happy birthday to you..
Happy birthday to you...
Dah 8 tahun umur Aiman hari ni (14 Julai). Satu-satunya anak lelaki kaklong buat masa ni :). AIman, macam Husna dan Huda, ummi doakan yang terbaik untuk kamu dalam segalanya.
p.s. Ok..tak leh lelama, sibuk sangat skrg. Sbnrnya banyak gak citer nak kongsi dan nak bagi pandangan ttg isu semasa. Tapi tak dapatlah nak lama2 mengadap blog ni. Nak jenguk blog orang apatah lagi. Maaf ya tak buat kunjungan balas. Tq atas respon entri kat bawah ni..tak sangka fobia Alia ni ramai gak yang alami ya..tentang gigi kaklong, alamak, rasanya macam nak kena cabut gaklah, sebab sesekali terasa sakit kat dalam tu.
Maryam, seronok terserempak ngan awak petang tadi. Sori ya tak dpt berbual lama2. Nak layan perut lapor n dating ngan cik abe hihi.
Thursday, June 26, 2008
Selamat Ulangtahun Husna Fathiyyah...
Hari ni, harijadi anak sulung kaklong pula, Husna Fathiyyah. Dah 9 tahun umur dia. Sebelum ke sekolah pagi tadi, dia dapat call dr mbahnya (mak mertua). Hmm..entah apalah amanat mak tu kat Husna. Yelah, cucu sulung..mestilah ingat tarikh lahirnya :).
Monday, June 23, 2008
Selamat Harijadi Huda Nasriyyah
Sunday, February 10, 2008
Happy Birthday to Me
Wednesday, January 30, 2008
Selamat Hari Jadi
SELAMAT HARI JADI BUAT SUAMI TERCINTA, ABE F... (hihi)
Dah genap 34 tahun hari ni.
All the best to you, babe..
Moga bertambah amalan baik kerana makin meningkat usia kita, semakin kita menghampiri kematian sebenarnya.
SELAMAT ULANGBULAN K 4
Alhamdulillah Asmaa pula genap 4 bulan hari ni :). Gambar dia meniarap tu akan dimasukkan kemudian, insyaAllah. Dah boleh ajar dia makan makanan lembut. Pandai menangis gak sekarang.