Saturday, June 20, 2009

Ahli Keluarga Baru



Salam,

Lama kaklong menghilangkan? pekabar semua, terutama yang masih sudi menjenguk blog yang dah suam-suam kuku ni. Kaklong ada cuma memang tak aktif blogging sekarang.Kaklong sihat alhamdulillah

Ok, siapa dia gerangan baby kat atas ni? He, itulah dia baby kaklong yang baru..anak ke 6. Lahir pada Jumaat, 12 Jun, jam 1.00 pagi. Kiranya dah 8 hari la usia dia sekarang. Lupa lak, dia ni boy..ada meh meh asma' tak masa baru lahir? Tentang namanya, belum ada lagi..kaklong dan suami tengah pening nak guna nama yang mana satu..tunggu dah rasmi daftar, baru umumkan.
Bab dapat anak lelaki ni, bagaikan satu 'kemenangan' buat kaklong setelah hampir 9 tahun menunggu selepas Aiman. Yelah, Aiman sekarang darjah 3. Bayangkan, lepas dia, kaklong dapat Huda, Alia dan Asmaa. Jadi bila disahkan kaklong akan dapat anak lelaki kali ni, gembiranya hanya Allah yang tahu! Tak sangka doa kaklong makbul. Dan paling penting mengubat duka di hati kaklong setelah berlaku satu insiden sedih tahun lepas. Mungkin berkat sabar kot hehehe, Allah bagi hadiah ni. Terima kasih Allah!!!!
Mana yang tau kaklong tengah sambung belajar mesti terfikir, la..kaklong sempat beranak lagi time tengah belajar ni ..heheh, ni namanya rezeki tak disangka. Sungguh, kaklong tak terfikir dpt anak sorang lagi time tengah buat ph.d ni..masa buat master dulu, dapat Huda dan Alia...Eh, tak cuti belajar? oh tidak...sebabnya kaklong hanya menulis, tak de kelas yang perlu dihadiri, jadi tak de sebab nak ambil cuti belajar, nanti biasiswa pun berhenti sebentar, lepas tu proses nak mohon sambung balik makan masa..bab ni yang melemahkan badan.
Ok...berhenti dulu. Nanti ada masa kaklong kongsi cerita pengalaman bersalinkan si bayi ni.Oh ya, kepada rakan blogger yang kenal baik ngan kaklong macam Rafflesia Merah, Inqilab dan lain-lain, maaf ya kaklong tak war-warkan berita kehamilan kaklong sebab memang nak buat surprise untuk kalian. Ok, Wassalam

Saturday, April 11, 2009

Lama tak jenguk

salam semua,

lama tak jenguk ke blog sendiri :). Bersawang dah. Saja aje ni..

Opps lupa lak. Akhir bulan Mac lepas kaklong ke Singapura, tujuan kajian..3 hari 2 malam aje. Tapi tidur di JB. Ada gak gambar2 diambil..tak pelah, ada ruang waktu lebih kaklong akan masukkan gambar..oklah, sekadar coretan membosankan :( .

Thursday, February 26, 2009

Jus D Hatiku



Salam semua,

Pada pendengar setia Radio IKIM mungkin telah telah mendengar promosi produk Jus D Hatiku yang gambarnya tertera di sebelah ni.

Kaklong dah minum jus ni..dah masuk 3 botol. Alhamdulillah memang sesuai terutama bagi kita yang banyak kerja dan selalu keletihan ni, bagi extra stamina la kata orang. Paling ketara, kalau biasanya bangun pagi tu rasa badan letih semacam, liat dan malas-malas nak bangunkan? Tapi sekarang alhamdulillah, dah boleh settle masalah keliatan ni hehehe..

Lagi satu, bagi kaklong yang ada resdung ni, reaksi utamanya akan keluar lendir2 daripada tekak macam kahak dan muka rasa gatal-gatal (biasalah proses pemulihan tukan). Kiranya ia membantu mengurangkan resdung untuk peringkat awal ni, dan lama-lama insyaAllah akan menghilangkan terus resdung kita.

Bagi ibu hamil, bagus sangat amalkan jus ni terutama yang liat makan vitamin yang doktor bagi tu hehehe, sebab kandungannya adalah kurma, madu, habbatus sauda', goji (ni utk awet muda) dll. Dan semua kandungan ni mempunyai kandungan vitamin yang insyaAllah bagus untuk janin dan ibu hamil. Bahkan dalam pantang pun amat digalakkan untuk meminumnya untuk kesegaran badan, insyaAllah.

Kalau kita rasa gatal tekak dan batuk datang tiba-tiba, jus ni boleh bantu mengurangkan atau menghilangkan terus rasa tak selesa tu (ni bergantung atas orang la kan)

Jus ni juga memang sesuai untuk seisi keluarga. Anak-anak kaklong memang suka terutama Si Alia cilik tu, dia sendiri yang akan buka peti ais ambil jus ni dan suruh kaklong suapkan dia (sib baik dia tak togok sendiri dalam mulut huhu). Si Asma tu siap nyunyut lagi sudu tu sebab dia suka rasanya..Ada anak kawan kaklong, dia kembung perut, jadi asyik muntah-muntah lepas minum susu. Bila dia bagi anaknya minum jus tu, alhamdulillah serasi dan kembung perutnya hilang, dan tak alami muntah-muntah lagi..

Sebenarnya banyak lagi khasiat jus ni, antaranya untuk pesakit kencing manis, darah tinggi dll.

Ok..sesiapa yang berminat nak cuba atau dah cuba dan nak sambung minum lagi..boleh contact kaklong www.dihatiku.com . Bahkan sesiapa yang nak jadi penjual mahupun pengedar, boleh contact kaklong juga ya di website tersebut.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS UCAPAN BIRTHDAY DAN DOA YANG BAIK-BAIK BUAT KAKLONG..AMAT DIHARGAI..:)