Monday, January 7, 2008

Rutin Baru

Salam,

Sejak Khamis lepas rutin hidup kaklong dah berubah. Cara hidup kaklong dah macam ibu yang bekerja. Bezanya kaklong bergelar pelajar. Tanpa maid, segalanya kena dilakukan sendiri urusan rumahtangga. Disiplin tu kena lebih, tak boleh sesuka hati aje nak buat kerja rumah terutama bab menggosok, basuh kain baju, pinggan mangkuk bagai. Pendek kata ada dua tiga perkara kena diberi keutamaan. Kalau tak, alamat kelam kabut pagi nanti, dengan nak uruskan 5 anak lagi.

Tadi, pertama kali Asmaa dihantar ke nurseri. Telefon sebelum tengahari dia ok aje. Telefon sebelah petang, pengasuh bagitau dia tak mo minum susu yang diperah. Sikit aje dia mau minum. Itupun pagi tadi. Yang petang tu, disuakan susu dia tak mo. Alahai, kesiannya dia. Ingatkan nak balik terus ke rumah daripada kampus dan biarkan suami yang ambil semua anak lepas waktu pejabat (Husna dan Aiman balik petang. Taski Huda dan Alia pun sama). Sementara tunggu depa balik tu, cadangnya nak buat kerja rumahlah. Dah jadi macam tu, tukar plan. Daripada Terminal Putra LRT ambil teksi terus ke nurseri Asmaa. Masa dalam LRT lagi duk pulun berdoa mohon Asmaa nak la minum susu. Sampai nurseri, alhamdulillah pengasuh bagitau yang Asmaa dah minum susu.

Kebetulan masa sampai tu, beberapa anak asuhan tu punyalah menangis teruk. Rupanya depa memang kuat menangis walaupun tanpa sebab dan ada yang nak kena tepuk2 selalu. Tengok dua pengasuh tak menang tangan sebab sorang lagi ada urusan kat luar, kaklong pun volunteer tolong dukung baby yang kuat menangis tu. Asmaa pula kaklong biarkan relax aje sebab dia tak menangis pun. Tabiklah kat pengusaha2 nurseri yang tahan dengan kerenah anak2 banyak ragam ni. Kaklong yang sekejap tu pun pening kepala dengar jerit pekik depa. Tapi tulahkan, kesianlah kalau baby yg kuat menangis tu, sebab letih tau menangis kuat2 ni pas tu sampai serak2 suara. Dah didukung pun nak merengek2 lagi.

Kisah Huda dan Alia yang masuk Taski pula. Sampai hari ni, pagi2 masih menangis lagi kalau nak ditinggalkan. Tapi bila kami beredar, pandai pula depa berhenti. Hmm..ujian kecil la ni. Hari Jumaat lepas, kaklong yang hantar depa masuk kelas. Menangis2 Huda dan Alia sambil cium tangan dan pipi. Kaklong tinggalkan aje. Sendiri kena kuat semangat, kalau tak, tak leh nak buat kerja lain. Yang lucu tu, bila telefon cikgunya bertanya khabar, cikgu tu bagitau yang Alia asyik mengekor aje mana dia pergi :). Huda pula pandai bermain dah. Bila balik rumah tanya Alia apa nama kawan dia, Alia jawab, "nama dia cikgulah.." lerrr..cikgu dia rupanya. Si Huda pula cakap dia tak tau nama kawan dia lagi. Hari Ahad, kaklong tanya Alia nak ke sekolah ke tidak, dia cakap tak nak, nak ikut ummi. Pulak dah. Kaklong bagitaulah tak boleh ikut sebab nanti nak pergi universiti. Dia kata nak pergi jalan2 pulak. Macam2 idea budak ni. Hari ni pula, ayahnya yang hantar sebab kaklong nak hantar Asmaa ke nurseri. Lamala menunggu cik abe tu kat kereta, rupanya dia jenuh memujuk anak2 daranya berhenti menangis. Akhirnya tinggalkan aje, cikgu2 dah standby memujuk. Moga dalam minggu ni Huda dan Alia akan belajar tak menangis lagi bila nak ditinggalkan.

Oh ya, daripada kampus tadi, singgah jap KLCC sebab nak survey pek ais dan beg khas untuk sejukkan perahan air susu. Dah jumpalah, nanti lain kali boleh datang dan beli pula. Terima kasih Angah ya (mama blogger kita), sorilah kaco aje tanya bab barang2 susuan ni.

Terima kasih atas ucapan tahniah dan kata2 semangat untuk kaklong ya :D. Semua tu Allah yang beri terutama bab kuat semangat macam kalian kata tu. Kaklong pun tak sangka rezeki belajar lagi secepat ini. Dan hendaknya takkan berkerusi roda pula time ambil skrol nanti, kan Oren? :). Eh, tak leh berangan2 pasal skrol dulu..belajar kasi habis baru cerita itu skrol hehe.

9 comments:

Qaseh Bidadari said...

selamat berjaya kak long...

semoga semuanya akan berjalan lancar...

Anonymous said...

Semoga dipermudahkan..

salam maal hijrah ..

Zareda Norman said...

syikin
zar sorang anak pun agak kelam kabut gak sejak Ika masuk sekolah, apatah kalau 5 anak.. mau kurus balik zra.. heheh aniway.. semoga semua urusan syikin dipermudahkan.. InsyaAllah

MAMAMIA said...

Dari tingkap dapur akak, boleh nampak nursery seberang jalan. Pemandangan biasa pagi2 tu tengok anak2 kecik nangis tak nak kena tinggal.

Selalu tengahari, senyap aje.. Agaknya time tidur. Kdng2 heran gak, camana pengasuh2 tu boleh suruh semua budak2 tu tidur serentak. Akak ni dgn sibongsu, kdng2 kita tertidur dulu, dia ttetap tak nak tido...

YuszTieY said...

salam
selamat jadi pelajar semula yer k.long..

13may said...

Semoga dipermudahkan..

salam maal hijrah ..

Mak Su said...

selamat berjaya... bayi2 tu skrg kuat nangis kot. dah besar mungkin kuat bercakap plaks, mungkin jadik pemidato handalan kat sekolah ker.. kita pinta yg baik2 aje lah ek.

Makcik Runner said...

salam kak long;

dah masuk 5 org anak kak long yek? fuh! sambil jaga anak sambil belajar mmg tabik spring kat kak long laa. bila dah grad nanti pos2kan ler gambor yek...rasenya dah lama no study tuh..hehe

Sastri said...

memang superwoman kak long ni... really admire cara kak long bahagikan masa dan disiplin... semoga segalanya dipermudahkan untuk kak long...