Thursday, June 26, 2008

Selamat Ulangtahun Husna Fathiyyah...

Salam,

Hari ni, harijadi anak sulung kaklong pula, Husna Fathiyyah. Dah 9 tahun umur dia. Sebelum ke sekolah pagi tadi, dia dapat call dr mbahnya (mak mertua). Hmm..entah apalah amanat mak tu kat Husna. Yelah, cucu sulung..mestilah ingat tarikh lahirnya :).

Husna..macam selalu, doa ummi tak pernah putus untuk kamu : Moga Husna dapat semua yang terbaik dalam hidup ini. Jaga iman dan Islam ya. Biar di mana juga kamu berada, ingatlah ALlah sentiasa memerhatikanmu. PadaNya jugalah kamu mesti sentiasa memohon dan meminta untuk setiap kehendak kamu kerana segalanya yang ada di langit dan di bumi ini serta antara keduanya adalah daripada dan milik Dia dan segala kesempurnaan itu adalah dariNya...

Sayang tak dapat nak masukkan gambar dia, sebab ada problem sikit ngan pc ni..sib baik dah boleh bertenet. Dan terima kasih banyak2 kepada semua yang wished dan doa untuk Huda ya. Amat2 dihargai :).

10 comments:

Maryam said...

selamat ulang tahun untuk husna... moga jadi srikandi yang mempertahankan islam.. :)

Unknown said...

salam
selamat hari lahir husna. Moga dirimu menjadi sebaik namamu.

Mulan said...

selamat hari jadi.. moga jadi anak yg soleh, berbakti pada ibubapa..

Ayu Mohamad said...

hmmmm selamat ulang tahun semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat
-ikhlas drp Auntie Ayu -

Ummi said...

salam,

dah lama tak menjenguk. :)

selamat ulang tahun untuk husna dan huda.

semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat :)

Alinlai said...

Hepi b'day Husna :) banyak dpt hadiah? ke ke ke

RaFFLeSiA MeRaH said...

laa...dkt2 tarikh lahir diorg ni yer kak syikin...apepun same cam husna gak, hepi besday...moga pjg umur dan insyallah boleh jadi anak yg soleh utk kedua org tua husna...

KAMATO said...

moga jadi anak solehah

Bunga Rampai said...

Selamat Hari Lahir buat Husna - semoga membesar sebagai wanita berhemah menjadi kebanggaan keluarga dan agama.

Salam :)

cikdinz said...

hepi besday to husna.
semoga menjadi anak yg solehah...