Wednesday, April 16, 2008

Bila Mama dan daddy kim salam. Apa maknanya?

Salam,

Lama tak update. mood on off. anak2 silih berganti tak sihat. Terkini, Asmaa, Huda dan Alia batuk berkahak dan selsema pulak. Demam baru lepas. Kita yang menjaga pun rasa terjangkit sama.

Ni nak citer.

Lokasi: Ruang tamu rumah

Hari: Sabtu atau Ahad minggu lepas (tak ingat daaa)

Waktu: Malam

Aktiviti:

Kaklong dan suami duduk kat sofa sambil menonton tv. Sambil2 tu, kaklong kejap2 ke dapur nak uruskan makanan rasanya. Suami pulak duk sibuk sms. pastu berbalas. Tak pelik lagi. tapi lama2 galak pulak sms tu berbalas2. Sesekali nampak dia senyum-senyum. Moskil moskil. Suspens dah ni. Hinggalah last bunyi sms masuk, suami tak balas dah. Dia biarkan aje hp terletak atas sofa.

Kaklong pun datang dekat dia. Suami tak perasan perlakuan kaklong menunduk lihat kat hp dia tu, sebab dia leka menonton. Dan mata kaklong tak dapat menahan daripada mencuri baca sms yang masih tak ditutup lagi,
"Mama dan daddy kim salam"..aik..lain macam bunyiknya..mesra semacam. Mama dan daddy sapa? Takkan calon pak mak mertua baru kot? Berdebor dah ni. Hish..hati dah mendesak2 nak bersuara dan bertanya. Tapi kang dikata cemburu buta pulak. Mata sempat menjeling kat sms sebelumnya, no yang sama, tapi tuan punya no tu tak de pulak nampak pelik. Hmm..Sudahnya,

"Amboi..siap mama dan daddy kirim salam," terluah gak rasa hati. Suami pandang kaklong blur. Dia terkejut. Dia pandang kat hp dan tiba-tiba tergelak. Sungguh dia tak sangka jauh kaklong fikir. Sebab pada dia sms tu biasa aje, tapi tak sangka luar biasa pada kaklong.

"Ni anak murid lelaki abanglah.."sambil gelak2 dia terangkan. Rupanya parent budak tu kenal suami kaklong, no wonderlah depa kirim salam kat suami. Padanlah nama pengirim sms tu tak pelik bagi kaklong sebab memang nama lelaki pun, tapi bab kirim salam tu yang pelik.

"Yelah, mama dan daddy tu, lain macam bunyinya..mesra aje..ingatkan bakal mak mertua dan bapak mertua baru ke?" lebih kurang itulah ayat kaklong. Sengih-sengih.

Sapalah tak risau ya tak? Naknya pulak kita ni spesis tamak, tak mo kongsi-kongsi, huhu...Dan kaklong salute pada isteri2 yang tak kisah suami kahwin lain. Cayalah...

11 comments:

Mak Su said...

hik hik hik (boleh sengih2 je)

Zareda Norman said...

syikin
sapa ler dalam donia ni nak kongsi ek.. ehheh curiga sesikit tu mesti ada jangan sampai cemburu buta udah.. betul tak

Alinlai said...

:) biasalah tu kena gak check sekali sekala...

Ajzie said...

Sengihhhh aje ..

Ummi365 said...

Bini manalah tak jeles! .. perasaan cemburu tu mesti ada..

Helena said...

haha.... bakal bapak mertua.....

tapi betul la tu kaklong, kita ni jangan percaya sangat spouse kita tu.... kena checking2 selalu.... hik2.

RaFFLeSiA MeRaH said...

sy pun kak kalau sesekali tgk suami bersms dpn sy, ati ni dah mula rasa cemburu, tapi baru2 ni gaduh ngan dia pun sbb sms jugak...dia komplen selalu abaikan dia and duk layan sms kengkwn, huhuhuhu...rupanya dia pun jeles same....

Anonymous said...

Tak tahu nak komen tang mana, pasal Am baca dan tak habis senyum ni hehehe

AppleB said...

salam kak syikin,

lawak ok kakakakakakaakak.

tp kalau suami saya dok sengih sorang sambil bersms, harus saya cepat2 tanya dia sms dgn sapa. kalo tak siap la perang hehehehheeheh

silversarina said...

salam,

hahahaha. kelakarlah..jelesnya bukan main ye...

penjahit said...

hai kak long... fisrt time baca blog kak ni. seronok nye dpt baca blog rakan senasib...huhuhu... maksudnye pompuan, isteri dan ibu juga pelajar. huhuhu... cuma kite ni pelajar bodoh. nak dpt ijazah sarjana muda pun cam nak setgh maut dah ni. kengkawan lain sume dah lepas. kekeke. nanti kak long blog lagi cite kak long ye. seronok la kite baca.