Wednesday, April 30, 2008

Sakit lain pulak

Salam kawan2,

Terima kasih kerana masih mendoakan kebahagiaan rmhtangga kaklong dan kesihatan kaklong. Yang demam ari tu mmg demam dah. Syukur satu hari aje demamnya. Pergi klinik cepat2 dan mmg tekak tu merah. Doktor bagi ubat, alhamdulillah esoknya kebah. Memang wajib kebah pun sebab kaklong ada urusan penting nak uruskan kat kampus.

Tapi, kaklong tak sihat lagi..sakit dlm telinga pulak. Dinding dlm telinga merah. Masalah bertambah bila dia bengkak. Sakitnya tok sah cakap. Berdenyut2. La ni terasa lubang telinga tu tertutup dan ada mcm kedengaran 'bising' kat dlmnya. 'Lemas' pun ya rasanya. 2 kali jumpa doktor. Kali pertama masa belum bengkak. Doktor ckp gegendang ok. Tapi bila dah bengkak, pergi lagi dan baru dpt antibiotik n ubat susut bengkak. Kali ni bila dr. check, mmg tak leh nak nampak gegendang dah sebabnya dinding yang merah tu dah bengkak. Dr. cakap takut nak tumbuh bisul aje..ayoyo.. janganlah bisul jadinya.

Malam tadi menangis sepuas hati sebab rasa tak selesa ngan telinga ni. Mana nak deal ngan kerenah anak2 lagi dan lain2 hal. Masa nilah rasanya mcm nak ada kepak (bukan kepak burung tau, tapi kepak citer fairytale yang cantik tu la..) dan terbang keluor kejap cari angin. Layan diri sendiri bertenggek atas pokok. Merenung bulan dan bintang di langit sampai rasa sakit tu hilang. Dan bila rasa dah ok..barulah terbang balik rumah. Hehehe..jauhnya berangan.

Oklah..stop dulu. Baru lepas sarapan n makan ubat ni. Jap lagi kalau ngantuk, layan tidur sat. Pastu sambung wat kerja rumah..kerja tesis? oh tidak...huhuhu..

13 comments:

Anonymous said...

jgn lupa makan ubat..

Anonymous said...

kesian akak...jaga kesihatan baik2 ye kak...dan jgn lupa makan ubat...

Bie.

penjahit said...

kesian kak long... kita kat sini dah sihat dah. tapi badan still gigil lagi. takde mood nak buat kerja pun. gi keje asyik wat cerita karut. huhuhu

Unknown said...

kesian kak sykin. Moga cepat sembuh.

Akak!! Happy 10th anniversary. Baru baca hari ni coretan akan 3650hari bergelar isteri tu. Suka yus baca, semua yang akak tulis memang betul. Kalau ikut haribulan akak kahwin 10 hari awal dari yus ekk, tapi ikut tahunnya lainlah..haha. Moga rumahtangga kita semua akan terus kekal bahagia selamanya..aminnn

zino said...

semuga tabah dengan ujian yg mendatang... jangan lupa jadual makan ubat.. dan semuga cepat sembuh..

Kiah Kardashian said...

take care kak long!!

Mak Su said...

sabar ya, bawak2 tidur kot2 lega

Anonymous said...

take care kak long, take a good rest.. kerja tesis bila lagi pikir lagi sesak jiwa raga.. rehat dulu sampai sihat kay..

oldtown~Smell the Roses said...

Salam Kaklong,
lama tak singgah sini. Take care n jgn lupa mkn ubat.
gelak sorang2 baca entry pasal kawin n bercinta kaklong tuh...hehehe! Nway Selamat Ulang Tahun, semoga bahagia ke akhir hayat!

Tinta Pendeta said...

papa-mea rasa kak long syikin kena banyakkan makan vitamin c eg. limau, or at least minyak ikan kod hehe...itulah ujian pada yang idup, penunjukkan Allah sgt sayang kat kite...chayyooo!

ShalinzZ85 said...

kak long,rasanya blum terlambat nak wish happy annversary..seronok tgk life kak long..mudah2 han saya pun dpt jadi isteri macam kak long

RaFFLeSiA MeRaH said...

alahai kak...siannyer, baru pas demam ader lak kena sakit lain, sabar byk2 yer kak...suami sy selalu kata, kalau kita dpt sakit, tu sebagai penghapus dosa...betul ke tah, x tau laa....bagi sy kalau kita sakit, kita selalu ingat tuhan...tuhan nak bagi kita selalu dkt pada Dia...

ummunu'man said...

alah kecian akak. syafikillah.
sy ni dah lama menjenguk blog akak tapi tak bertegur sapa. entah sudi ke idak akak nak berkenlan dgn sy. apapun coretan akak membuatkan saya rasa tak keseorangan dalam menghadapi samudera alam wanita.

salam perkenalan (: