Monday, May 26, 2008

5 - 4 = 1

Salam semua,

Lima tolak empat jadi satu. Begitulah halnya kat rumah kaklong ni. Daripada 5 org anak kat rumah ni, 4 dah mula duduk kat rmh mbahnya (mak mertua) di kampung. Jadi, tinggal Asmaa ajelah ngan kaklong n suami. Honeymoon bermula? Yessssssssss..hahaha. Tapi sedih sebab rumah ni tak riuh macam biasa. Ada kurenggggggggggggg..

Tengahari Ahad (semalam) kami balik rumah mertua. Lepas maghrib kami bertolak ke rumah mertua adik ipar kaklong sebab buat kenduri cukur jambul baby sulungnya; Insyirah. Lebih kurang jam 10 malam lebih kami bertolak balik ke Gombak. Anak2 yang tinggal tu ikut kereta mbahnya balik kampung semula. Nak nangis pun ada, tapi kaklong tahan sebak, takut nanti semua anak menangis, dah tak jadi depa tinggal ngan mbahnya. Ayahnya pun samalah tahan sebak. Mana tak sebak, anak2 pakat peluk cium kami. Aduh..ha, ni dah mulalah bergenang air mata. Paling kaklong tak sanggup rasanya nak berpisah ngan Alia, agaknya bonding dia ngan kaklong lebih kuat kot sebab dia menyusu badan ngan kaklong dalam 2 tahun lebih. Sedangkan kakak2 dan abangnya dalam 6-7 bulan aje masing2.

Pagi tadi (Isnin), macam biasa hantar asmaa ke nurseri. Kaklong pula ke kampus, ada urusan sikit. Yang best tu, cik abe pun cuti, so dia tolong hantar. Kalau tak tu kaklong naik pengangkutan awam aje ke kampus. Lepas urusan di kampus, kaklong ikut dia p beberapa tempat atas urusan rasmi dan tidak rasmi. Considered datinglah ni hehehe. Bukan senang nak ada can berdua2 camni, tu kaklong pejam aje mata ikut dia, kalau tak tu bertapalah kat lib. je..Merasalah berjalan tu berpegangan tangan. Kalau tak tu, bila keluar ada anak2 bersama, Suami dukung asmaa. Kaklong pula pegang Huda dan Alia. Atau sebaliknyalah. Camner tu? Itulah halnya kalau beranak kecil ramai hehe. Tapi esok, back to normal, kaklong ke kampus dan dia p training 3 hari. Asmaa cam biasa p nurseri.

Oklah..tak de cerita menarik pun, saja nak membanyakkan entri :). ..oh ya, hari aje 3-4 kali tentera2 kecil kaklong menelefon daripada rumah mbahnya. Ada aje soalannya hehehe. Dan gatallah pulak tangan ni tukar template. Rasa2 tahun depan nak tukar pada wordpress la pulak. Wassalam

19 comments:

zino said...

biasa macam tu le kalau biasa dengan riuh anak anak bila mereka tak ada baru terasa sunyi nya..

rumah zino berlainan pulak hal nya.. sekarang along dah duduk sendiri tak lama lagi angah pulak.. alang bila2 masa je akan masuk asrama semula..fizah tu boleh le bertahan setahun lagi.. lepas tu kemana nasib dia..

nasib baik ada si kecik tu jadi kawan hehe ada juga geng nak gaduh...

Anonymous said...

huwaa..mesti sunyi habis..saya pun tak leh imagine kalo anak2 pakat nak duk umah tok/tokwan depa..so far, mcm ok jek la..cuti skolah pun takde beza sgt..cuma mira happy sebab tak yah bangun pagi2 utk mandi...happy sebba bleh main ngan adik dari pagi sampai petang kat nurseri..

Alinlai said...

;) peluang ummi berdating la...opsss ada asmaa la... ke ke ke

azlanlin said...

Manfaatkan waktu yang sukar dicariganti.... tambahan plak ada peluang "berdating semula"...kan kak long?

Mak Su said...

siok sesekali honeymoon, byk kali kita plaks rindu kat anak2

KAMATO said...

walau pun keriuhan anak2 itu kadang2 menggugat kesabaran kita, tapi itulah syurga rumah tangga, tanpa mereka2 itu kita akan kerinduan

ShalinzZ85 said...

seronoknya kehidupan kak long kan?bagusnya jadi akak..bile masanya utk ku berkawin akak?heheh

Zareda Norman said...

rumah ni kalau salah sorang tak de, memang sunyi.. kalau zar out station, siapler Ika call 3-4 kali.. rinduuu dia kata. Baru ni hubby outstation 4 hari.. Ya Allah, bosannya zar kat rumah.. apatah lagi kalau Ika tak de.. aduhai aduhai

Sesekali jalan berduaan pun ok juga syikin, tapi asyik lah teringat anak kat rumah kan.. ehheh

Anonymous said...

salam alaikum...

ahaks~ honeymoon tika anak tiada.peluang baik tuh.tapi bagaimana pun mesti terasa sunyi kerana anak-anak boleh meriuhkan suasana, dalam masa yang sama menghiburkan ibu bapa.

hiks~

HAPPYIRFA said...

SALAM KAK LONG..
kat umah saya 2 - 1=1.kakak kat umah makwan di cheras,adik kat umah babysitter.sian pulak.umah pun sunyi x dengar celoteh kakak.

en3 akak yg sblm ni begitu menyentuh hati..

Sastri said...

errr... saya plak rasa sebak sebab saya jauh dari mak ayah dan adik2 saya... uwaaaa...

Anonymous said...

Am pulak memang hari-hari hantar rumah mak, malam ambil jadi tak ada beza pun bila cuti sekolah, tak merasa nak honeymoon hehehe

Kiah Kardashian said...

waaaa...camner ni asmaa kacau daun nih. Hihihih...

YuszTieY said...

ok lah tu boleh k.long berehat sekejab...hilangkan keletihan melayan anak2 n dapat fokuskan pelajaran sekejab..

MOKCIK AZWA said...

Sesekali berpegang tangan seronok gak, teringat masa baru2 kawen dulu ahaksss. Memandangkan kat rumah azwa skang ada mama, mudah sket nak berpergian ke mana2 tanpa perlu membawa si kecik tu. Dua orang anak dara selalu gi ke rumah tok dia. anak bujang tiga orang dah bleh jaga diri sendirik bila berjalan keskeskes.. abah pegang tangan umi je lah muahahaha

p/s Asmaa' pekabar, dah tumbuh gigi ker?

Maryam said...

ala... terimbau kenangan la pulak. haha!

silversarina said...

okaylah sekali sekala berpisah dengan anak-anak , tapi akak memang tak pernah lakukan semasa diaorang kecik dulu, mau menangis dibuatnya sebab mak duduk jauh .

selamat bercuti kaklong !!

Hanisumayyah said...

Syikin, nilah masa tambah baik hubungan dengan cik abang tu, bukan selalu peluang macam ni adakan? Bolehler berduaan lebih2 sikit....bz lagi yer...harap teruskan kekuatan semangan yanga da..saya tumpang gembira...apa yg berita gembira kat blog satu lagi tu? Nak jugak tau..hehehee

Ajzie said...

Syikinnnnnn
Lama saya tak kemari.. Awak apa khabar???