Wednesday, March 12, 2008

Bermalas-malasan

Salam semua,

Malasnya la dalam dua tiga hari ni. Mentang2 la cuti sekolah. Anak2, 3 org kat kg. suami, lagilah menjadi2 malas tu. Nak buat itu ini rasanya slow betul bergerak. Hmm..bilalah malas-malasan ni nak berakhir. Tak pe, esok nak keluar p perpustakaan dah. So, pulun malas hari ni :). Jangan..jangan..malas itu sifat syaitan huhuhu.

Seronok pulak rasanya tgk perkembangan politik negara kita lepas PRU 12 ni. Paling ketara, kalau tgk temuramah ngan pimpinan2 BN dalam tv tu, nada suara depa dah mula berubah. Nampak sifat rendah diri tu mula ada. Siap pesan lagi kat pemimpin baru kat 5 negeri tu supaya buat kerja dengan baik. Bagus..baguslah. Jadi pemimpin ni kena ada sifat rendah diri. Baru orang sayang. Betullah agaknya, nak kena kalah sekali, baru nampak rumput tu kalernya apa, kalau tak, jalan tu mendongak ke langit aje... Yang menang lagi tu, dan yang baru menang, kena ingat dan didik sifat rendah diri ni dalam diri..confirm menten orang sayang. Allah lagilah sayang.

Apapun k.long tabiklah kat ex YB Lembah Pantai, hari pengumuman keputusan tu dia masih mampu tersenyum dan bercakap dengan wartawan walaupun kita tau sedihnya hati dia yang teramat kerana kalah pada lawan yang masih hijau dlm politik. Mcm tulah nampak pro. Ex MB Penang pun sama, masih mampu tersenyum dan bertenang.

Hmm..apapun kaklong duk menanti ni sapalah yang bakal jadi menteri jaga tol, menteri jaga harga minyak dan menteri jaga harga barang. Harap2nya YB2 yg bakal terpilih tu, kena hati2 dlm bab2 nak naikkan rege benda2 ni, kalau tak nanti nahas kena cantas dlm pilihanraya akan datang. Jangan main2 ngan rakyat sekarang..la la la la...

8 comments:

Qaseh Bidadari said...

betul tu kaklong...

rakyat sekarang very open...

kenalah hati2 ya!

Zareda Norman said...

Kawasan lembah pantai tu betul betul zar tak sangka. Ex Yb lembah pantai tu memang bagus, dia jaga kawasan dan sebagai menteri banyak dia buat pembangunan bagi kaum wanita tapi Kuasa Allah SWT mengatasi segalanya..

ShalinzZ85 said...

akak!akak sambung phd kat uai ke?saye kat uia..hheheh..amek SOCA.saye dah link kan akak

silversarina said...

YB sekarang kena betul-betul jadi wakil rakyat , telus dan bijak menjalankan tugas, itulah yang sebaiknya.

RaFFLeSiA MeRaH said...

hehehe...sonok baca entry akak kali ni...dari malas nak baca terus jadi rajin utk mengkhatamkannya...x sempat lagi nak e-mail kat akak...nanti2 la yer kak...

zino said...

mari kita nilai prestasi YB yg baru2 ni.. bagi dia 5 tahun utk buktikan..

apa di kata apa di kota

Titicaca said...

wah..mak nak rileks tu..bukan malas..betul tak?

Saya pon harap negeri yg 5 tu buktikan yang mereka boleh lakukan kerja mereka dengan telus. kita tunggu dan lihat..
tempat kawe duduk doh naik roket doh...hahhaa

Anonymous said...

kut mana pun, penang dah terasa bahangnya di sini...