Friday, March 21, 2008

Cuti Maulud Nabi

salam,

Pagi ni kaklong tak ke kampus. Minggu depan la pergi.

Kaklong terfikir, agaknya kalau tak de sambutan maulud Nabi ni, agak2nya ada tak orang ingat tarikh kelahiran bersejarah Rasulullah kita ni? Orang2 yang rajin tengok kalendar hijrah dan tau kisah sejarah Islam, memang taulah tarikh lahir Rasulullah bila, insyaAllah. Tapi yang tak pernah tau kisah sejarah Islam tu, camner ya?

oklah, semalam kami tak kemana2 belah siangnya, duduk rumah aje. Tapi malam tadi kami ke pasaraya cari sikit barang dapur. Makan kat luar siap2.

Eh, lupa nak cakap kat Husna, yang semalam birthday dia yang ke 9 ikut kalendar Hijrah. Sama ngan tarikh kelahiran Rasulullah.


Kat bawah ni pulak saja nak kongsi aktiviti Asmaa dan Alia. Perlu diingatkan, aktiviti budak kenit dua orang ni berlangsung pada salah satu hari dalam minggu lepas waktu 3 orang anak kaklong yang lain tu duduk di rumah mertua.

Waktu: 1 pagi lebih (nak masuk tidur dah masa tu)

Lokasi: Bilik Tidur

*maaf gambar nampak gelap pula bila dah masuk dlm blog ni*

oh ya Azwa, Asmaa belum merangkak tapi dah suka angkat punggung tinggi2. Sitilina, x de nampak pun gigi Asmaa mula nak tumbuh, tapi rasanya dia tengah peringkat gatal gusi :).

Citer politik lagi sikit...rasanya berita2 politik sekarang ni lebih mendebarkan. MB Terengganu lum tau lagikan. Ada pulak yang letak jawatan dalam kabinet Pak Lah..ada pulak yang dah tak sesuai dilantik semula dalam kabinet..sabor ajelah.

10 comments:

tee said...

salam kaklong,

pejam celik, pejam celik ... asmaa dah nak masuk 6 bulan ek.. anak tee bulan depan 6 bulan.. perangai samerla cam asmaa tu, pantang nampak buku/paper kat depan dia, cepat jer tangan dia tu dok capai kertas pas tu masuk mulut.. hehehe... azim sekarang ni pun dah angkat2 punggung...

silversarina said...

cuti dapat jugak kak long rehat ye... rehat dengan gelagat anak-anak.. dah nak merangkak tak lama lagi ye si kecik tu...kejap je masa berlalu :)

aNIe said...

Salam kak long...asmaa dah nak merangkak ke? Rasa sekejap aje kan? Tapi yang menjaganya memang rasa lama..

Pasal politik tanahair ni...memang banyak kejutan kan? Kita tunggu dah lihat...rasanya pasti banyak lagi yang berlaku nanti...

Salam Maulidur Rasul dari kak lady buat kak long juga...

Anonymous said...

salam maulidur rasullll..


Corn... Cow.. bukan ekau.. sabar aje.. syikin nihhhhhhh..hihihihihi

Sastri said...

cepat betul masa berlalu kan? Asmaa pun dah pandai angkat punggung tinggi-tinggi... :D

nawalraudhah said...

Salam kak syikin...

lama tak kesini...dah besar dah Asmaa ye..nanti kejap je dah jalan lak...

Ish...rajin betul la kak Syikin ni study ek...kagum2...

Salam Maulidur Rasul

KV said...

akak, dina pun blum boleh menysur lg. Tp suka angkat punggung tinggi2. Tak sabar nk nengok dia menyusur atau merangkak ni.

RaFFLeSiA MeRaH said...

hehehe...sonok sy tgk gelagat anak2 akak 2 org tu...bahagia jerrr nengok diorg tgh membesar kan kak...

YuszTieY said...

bior betoi..asma dah nak merangkak da..anak saya aysar baru nak belajar menerap tu pun kalu dia menerap msti menagis suh balikkan2 elok2,,bulan depan dah nak masuk 7 bulan..
k.long dah sihat dah kr ni

YuszTieY said...

silap la plak tulis kat komen n3 ni.. nak tulis yg n3 atas dah terbaca yg ni terus komen..hehehee..tak per la yer