Monday, March 10, 2008

PRU 12: TARBIAH ATAU HUKUMAN?

Salam,

Siapa sangka ya? Tak sangka langsung. Tak jangka langsung. Penangan PRU 12 kali ni sungguh luar biasa.

Hasrat nak nafikan majoriti 2/3 asalnya terus dapat 5 negeri. Sapa nak sangka BN akan jadi pembangkang di 5 negeri!

Ia tarbiah (didikan) atau hukuman? Kaklong anggap ia satu tarbiah (didikan) dan hukuman dari ALlah. Kenapa? Bila kita berkuasa, kita ada kekuatan jentera, duit banyak, media massa dan elektronik di bawah kawalan kita, kita boleh jadi lupa diri, dan timbul satu sifat keangkuhan. Bila angkuh menguasai diri, kita fikir kita boleh kuasai semua. Tapi kita lupa, ada kuasa lagi tinggi drp kita. Iaitu Allah. Dialah yang menguasai pemerintahan langit dan bumi. Maka, segala sesuatu itu berlaku dengan kehendak dan keizinanNya. Pendek kata, ALlah tak izinkan BN menang kali ini.

BN kena muhasabah diri balik. Apa yang tak kena sampai jadi macam ni? Kaklong ni bukan reti bab2 politik, tapi, stakat pemerhatian kaklong, pemimpin2 BN ni dah sampai tahap angkuh. Cakap besar, terutama yang beragama Islam tu. Bila dekat2 pilihanranya hari tu, nak muntah baca akhbar2 utama negara. Eksyennya perangai depa masyaAllah. Jgn lupa kita ada Tuhan. Semua benda dalam dunia ni, wlwpun sebesar zarah dalam pemerhatian dan pengetahuan Allah (surah Yunus: 61). Dia tak pernah mengantuk atau terlelap. Maha suci Dia drp sifat2 lemah itu. Bila kita jadi angkuh, manusia keliling kita menyampah, apatah lagi Allah. Tu yang Allah tunjukkan sekali kekuasaan Dia, tak de sapa boleh menghalang...

Lagi satu, pemimpin2 politik ni khususnya beragama Islam kena fikir, aku nak jadi wakil rakyat kerana apa? Nak kumpul harta untuk sendiri dan keluarga, atau nak kejar pangkat atau memang betul2 nak jadi pemimpin untuk memikul amanah Allah dalam menjaga rakyat? Kalau nak kumpul harta untuk diri sendiri dan tak mahu menggunakannya utk jalan Allah, ingatlah amaran Allah ni;

"orang-orang yg menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka (bahawa mereka akan mendapt) seksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan utk dirimu sendiri, maka rasakanlah mereka sekarang (akibat dri) apa yang kamu simpan itu" -
al Taubah: 34 & 35

Bila dah sampai tahap kumpul harta utk diri sendiri tu, tu yang sanggup main rasuah. Terima rasuah tu tok sah katalahkan. Tu belum lagi bagi rasuah sbb nak pastikan jawatan yang dipegang sentiasa dalam tangan. Inilah fitnah dunia...berhati2lah wahai para pemimpin dunia.

Kepada yang menang, khususnya pembangkang yang dpt 5 negeri ni, jangan suka sangat, jgn lalai. Ini pun ujian utk anda. Menang ujian, kalah lagilah ujian. Mohonlah sentiasa padaNya agar memberikan petunjuk utk anda jadi pemimpin yg amanah. Ingat, bukan takat solat, puasa aje yg ditanya Allah nanti. Tugas kita kat dunia ni pun kena tanya. Hmm..sapa kata politik bukan sbhgn drp agama? sapa kata ekonomi bukan sbghn drp agama? pendek kata semua urusan manusia di dunia ini akan ditanya di akhirat kelak.

oklah. takleh nak tulis panjang lebar lagi ni. Rasa macam tak best aje menulis ni. oklah, Asmaa nakkan perhatian. kaklong duduk rumah hari ni. hanya alia dan asmaa kat rmh. yg lain tinggal rumah mbahnya.

12 comments:

Alinlai said...

:) setuju... yang penting segala manifesto kena dilaksanakan sebaik mungkin, tak kiralah sama ada manifesto pembangkang atau k'jaan... relevan juga DSAI rupanya :)

RaFFLeSiA MeRaH said...

setuju ape yg akak tulis kat sini, semuanya ader hikmah kan...lame x mengupdate blog ye kak...ader benda nk citer tapi x nk la kacau study akak, bila dah free skit nanti kita bercerita ye kak...

Anonymous said...

Lama tk menjengah ke blog akak...Alhamdulillah kami sgt2 bersyukur dgn keputusan PRU kali ini...berkat doa para2 ulama' dan sekalian rakyat.

bie.

WRA said...

itu la...yg penting niat...nak jadik somebody kerana apa? apa2pun, memang respek tok guru jugak....yg lain kena pi berguru ngan tok guru kat Kelantan nuh...

KV said...

alhamdulillah kan kan. Allah nak suruh yg tak sedar tu berubah demi utk kebaikab. Demi untuk rakyat. Moga negara kita aman selamanya.

Qaseh Bidadari said...

semoga yg menang akan tunjukkan bukti dan yg kalah,perbaiki diri...

Anonymous said...

Ramai mengharapkan perubahan, itu pasal bertambah 4 negeri dibawah BA, harap-harap BA tak mengecewakan pengundinya.

*lama tak melawat, dah tukar rumah pula ya hehehe

zino said...

lepas ni pening macam mana nak tunai segala janji manis hehe

Mak Su said...

dua-dua pihak ada benda nak direnungkan

Helena said...

politicians ni cepat lupa.... tula masalahnya. lupa diri, lupa daratan, lupa asal usul.

Anonymous said...

hehe
terkedu terkaku, teruja, terkesima semua ada eh PRU12 ni hehe,
alhamdulillah, moga perubahan ini kearah kebaikan insyaAllah

Zareda Norman said...

Syikin
Keputusan PRU kali ni betul betul tsunami.. patutlah ramai kawan kawan zar kata tahun ni sure terkejut.. memang terkezut pun..

apapun harap harap yang memang akan sedar diri dan amik iktibar..